IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Wednesday, 14 September 2011
Strawberry Cicah Coklat
Selamat malam semua.
Hari takde entry menarik. Cuma, siang tadi aku pergi beli sayur kat A1 Market yang jaraknya kira-kira 4 km je dari rumah aku. Lama dah aku tak beli strawberry ni. Tetiba hari ni terpandang pulak pada buah ni dalam bekas dia. Cantik je ropanya...Harga hari ni pulak agak murah dari biasa... 3 pack for $4... Kira oklah..murah sangat la tu. Selalunya, kalau aku beli strawberry ni, anak-anak takdelah teruja sgt, agaknya sbb selalu sgt beli kot. Bila si kakak tu bukak je bekasnye, aku pun tumpang sekaki,.. Emmmm manis lah pulak strawberry kali ni. Anak dara aku si Aamira ni pulak terlebih rajin nak cairkan coklat. Dia godak-godak kat dalam kabinet, terjumpa pulak coklat masakan baki buat almond london hari tu. Bila coklat siap, yang lain-lain termasuk abahnye dok berebut cicah strawberry dgn coklat tu, Aku pulak sibuk nak deco untuk ambik gambar...hehehe.. Coklat ni bukanlah feberet aku, so takde lah heran sangat. Cuma, tu lah kan..bila dah snap, snap...tengok balik gambar ni nampak cantik dan meriah pulak dgn kaler merah ni..heheheh..maklumlah..warna kegemaran aku... Merah terserlah gitu... So, aku memang teruja dan bersemangat je nak masukkan entry ni.... Kalau setakat nak masukkan resepinya, takdelah sangat sbb cuma cairkan coklat je...hehhee...Takpelah, aku masukkan jugak resepinya kat sini...Sumbangan anak dara aku....(mesti bangga je dia).
Strawberry cicah coklat
sumbangan idea: Aamira Haifaa
Strawberry dan cooking chocolate secukupnya.
Cara-cara: Cairkan coklat menggunakan teknik double boil. Bila coklat dh cair, celup kan pada strawberry dan sedia untuk dinikmati. Ok lah ..jom layan gambar-gambar strawberry aku yg merah meriah ni...
p/s: kena makan strawberry ni puas-pusa sementara berada di Melbourne ni kan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
No comments:
Post a Comment