Monday, 12 September 2011

Snow @ Mindoro Crescent

Assalamualaikum.... Bila aku dah masukkan entry musim bunga, tetiba teringat pulak nak masukkan entry untuk musim sejuk yang baru seminggu berlalu. Kisahnya, pada musim winter hari tu, ada jugak terdapat beberapa hari yang sejuknya terlalu extreme. Disebabkan cuaca global dunia tak menentu, begitu juga dengan cuaca di Melbourne ni. Pernah jugak ada hari-hari yang terlalu sejuk sehingga mencecah suhu minimum 3C. Keadaan suhu seperti ni jugak berlaku pada tahun-tahun lepas. Biasanya suhu yang di bawah 6C, akan ada ais (frost macam kat dalam peti ais) pada bumbung rumah, rumput dan juga di atas bumbung kereta terutama di awal pagi. Semasa kedatangan winter pada tahun 2009, di mana kami mula2 berada di Melben ni, memang teruja sangat kalau keluar rumah mulut berasap.. Siap hembus hembus lagi..hehehe jakun je mase tu.. Nak-nak pulak kalau jumpa frost kat atas kereta atau pun di atas rumput..memang terjerit-jerit lah kitorang kalau kuar rumah pepagi tu nampak frost yg seakan-akan snow tu...hahahha... Tapi bila tahun kedua(2010) dan thn ketiga (2011), keadaan jakun tu takde lagi lah... Cuma, aku lah, baru dapat tangan orang katakan (suka2 nak snap)... Jadinya, sempat sekali je aku teringat nak snap gambar frost yg aku anggap small snow lah ye... Tahun lepas pun sempat jugak snap gambar frost kat atas kereta ni, tapi nk kena cari dulu lah gambarnya ek... Jom tengok gambar-gambar kat bwh ni...p/s:kalau org yg berada di London, memang takdelah heran sgt sbb memang salji tebal kat depan rumah, tapi bg kami di Melben ni, ada frost sikit pun dh rasa teruja sangat dah,....Gambar ni di ambil jam menunjukkan pukul 8.30 pg waktu Melben (bertarikh 27/07/2011), frost dh mula mencair kerana matahari dah memancarkan sinarnya. Kalau ambik pukul 3-4 pagi memang lagi banyak lah frost ni menutupi kereta Hehehe jom..jom...Zassssss!!!!! Senyum...tak perlu kata apa-apa...senyumm... (cam dalam lirik lagu tu kan)....






No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...