IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Thursday, 29 September 2011
Busy, busy, busy.......
Salam buat semua...
Detik-detik aku berada di bumi Melbourne ni hampir sampai ke penghujungnya. Dua hari lagi aku akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia tercinta... Dah dua hari berturut-turut hujan mencurah2 di bumi melbourne ni. Kejap renyai, kejap lebat, kejap awan berarak kelabu, kejap gelap gelita. Bak kata orang hujan manja gitu.. Walaupun nampak macam gerimis, tapi kira lebat jugak la, dan ianya berterusan dari pagi semalam...Aku dapat rasakan seolah-olah bumi Melbourne turut berduka sebab aku dah nak kembali ke tanah air tercinta...hahaha...Jangan ada yang muntah pulak dgn statement aku ni. Seperti bait-bait dalam lagu, "alam bagai mengerti, segala yang terjadi, embun menitis panas simpati, pertemuan tiada awal akhir....." Babai Melbourne!!! Selamat tinggal kawan-kawan di bumi Melbourne. Teruskanlah perjuangan kalian di sini. Aku tetap mendoakan agar kalian semua dipermudahkan dalam segala urusan di sini. .. Adoiyaii...pinggang ni dah rasa nak patah dah dok ngemas..nak setlekan rumah. Kejap kejar ke sana, kejap kejar ke mari...sini situ sinun...Cam tak sempat je kan bila kita dok bz camni... Mohon maaf juga buat kawan2, kerana ada beberapa jemputan makan, terpaksa ditolak dek kerana kesuntukan masa. Terima kasih daun keladi, tak sempat makan kat sini, kita jumpa di Malaysia je nanti okay!..hehehe...
Walaupun hati melonjak keriangan tapi dalam masa yang sama ada sedikit perasaan sedih kat sudut hati ni kerana bakal meninggalkan bumi Melbourne yang telah kami diami hampir 3 tahun ni. Bumi yang memberi kami seribu kenangan dan pengalaman berharga. Tempat yang penuh dengan memori indah yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2. Pahit manis di bumi Melbourne telah sebati dalam jiwa ini. Bak kata orang, "jauh perjalanan, luas pemandangan". Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan menjadi penghuni bumi Melbourne ini.
Hari ni juga, barang2 kami telah pun dihantar ke port Melbourne untuk urusan penghantaran melalui kapal laut (shipping).. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga barang-barang aku sampai dgn selamatnya di Malaysia nanti.
Okay, cukup untuk hari ni... Nak sambung buat keje...hehehe..(sempat lg curi tulang ni...).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
wow! bestnya kat Australia :)
ReplyDeletewelcome back to malaysia.
ReplyDeletekalau ada duit saya pun nak pegi australia.
ReplyDeletezila: insyaallah, kalau ada rezeki, akan sampai jugak satu hari nanti ye....
ReplyDeleteazim: mekasih ye...