Saturday, 3 September 2011

Majlis Pernikahan Amelia & Metehan

Pada 2.9.2011 (Jumaat) aku menghadiri majlis pernikahan Amelia yang merupakan anak kenalan aku dibumi Melben ni. kawan aku ni adalah rakyat Malaysia yang sudah lama mendapat kerakyatan Australia ni. Namun begitu, beliau akan sentiasa berulang-alik Malaysia-Melbourne setiap 2 minggu. Kiranya, travel macam balik KL-Penang kot,..hehhee.. Kebanyakan anak-anaknya adalah kelahiran Australia. Ni kira bagi intro lah sikit kan. Okaylah jom kita beralih kepada majlis pernikahan Amelia ni pulak ye..

Dipendekkan cerita, Amelia Roslyn bin mohd Faisal telah bertemu jodoh dengan jejaka hensem berbangsa Turki bernama Matehan Muhammad Kadir (sori kalau tersalah). Mereka dinikahkan di Masjid Preston, di mana di masjid ini jugak lah ibunya iaitu kenalan aku ni dinikahkan 35 tahun dulu. Hari ini, sejarah berulang lagi di mana anak gadis mereka juga dinikahkan di masjid yang sama. Seronok kan dengar kisah diorang? Sepatutnya, mereka dinikahkan sebaik sahaja selesai solat maghrib, tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, meraka dinikahkan sebaik saja selesai solat isyak.. Majlis pernikahan simple je, tak macam kat malaysia yg lebih2 ye tak.. Yang penting, kita dulukan yang wajibnya. Tapi aku tak sempat nak snap gambar majlis akad nikah tu. Sempat ambik gambar semasa penerangan kadi dan juga semasa kadi interview pengantin untuk dapatkan maklumat. Takpelah..tak de idea nak karang panjang lebar.. Hidung ni tersumbat, tekak gatal2, batuk, kepala sakit...jom layan gambar2 kat bawah ni je... Selesai saje majlis pernikahan tu, kami dijemput untuk jamuan di Restoran Turki(Pasha's Restaurant) di Smith Street, City Melbourne. Makanan disediakan di situ memang betul2 makanan Turki.

~pose dulu~
~flower girls aka pengapit~
~sabar ye, x lama lagi tu...hehehe~
~ayunya~
~smile!!!~
~berdebarrrr!!!~
~kusyuk mendengar penerangan dari kadi~
~kat dalam meeting room~
~senyuman kebahagiaan sebaik disahkan sbg suami isteri~
~sama-sama cantik!~

~bagai pinang dibelah dua~
~smpat lagi tu~

Nasib baik aku pernah makan makanan turki ni semasa kunjungan ke rumah rakan berbangsa Turki baru-baru ni. So, takdelah jakun sangat kan..Kalau tak..memang terserlahlah kejakunan aku tu... semua makanan yang disediakan adalah makanan yang aku dah pernah rasa..heheh. Apapun makanan yang disediakan oleh restoran turki @ Pasha's Restaurant ni memang superb... Best..best.. Walaupun malam tu aku demam teruk, tapi selera aku mengalahkan orang sihat..ehehhe...yelah kan..bukan senang nak dapat makanan camtu.... Tekak dah mula sakit2 dan perit semacam. Aku tengok je semua orang dok teguk air coke...Adoiyaiii..sabar je lah.. dengan muka selamba je aku mintak air panas. itu je yang boleh aku minum buat masa ni. Badan pun dah seram sejuk. tak boleh nk borak banyak dengan diorg semua. Dahle terpaksa terangkak2 nk speaking kan...hehehhe..Emmm layan je lah.... Sambil2 tu, sumbat juga mkn kan.... macam-macam makanan disediakan... Bermula dengan entra,main dish dan diakhiri dengan desert (manisan).. Antara makanannya ialah: turkish bread, kofte(daging cindang buat cam burger), shish, lamb n chicken grill, nasi turki, beberapa jenis dip, turkish desert, baclava, sarma (aku dah tahu nama dia,,..hehehe), salad, desert...Ahhhhh...banyak nye makanan, aku dah takleh ingat dah pun.. nak makan pun tak terdaya lagi dengan badan yg tak berapa sedap ni kan..rugi..rugi...

~lamb shish~
~aneka dip, dimakan bsama sarma dan seangkatan dgnnya~
~(entre~pelbagai dish, dimakan/dicicah dgn dips~
~main dish~nasi, kofte, chicken n lamb grill, shish)
~diakhiri dgn manisan~turkish delight~
~cenderahati dari pihak lelaki~
~toyee je muka aku ni kan~
~budak tomey~
~dalam kesuraman~
~makan, makan~
~memang x mesra alam je muka aku tu~~demam pun nk pose jugak...alamak...ada jari interframe~





No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...