Tuesday, 6 September 2011

Suji Kristal @ Biskut Arab




Salam buat semua.. Belum habis demam raya lagi kan??? Kalau ada lagi rumah sedara mara atau rakan taulan yang belum sempat dikunjungi, bolehlah lapangkan diri untuk saling kunjung mengunjungi ye. Kalau tak sempat sebelah siang dek kerana kesibukan bekerja, boleh pergi pada sebelah malamnya. Tapi, tau2 je lah kan..kalau sebelah malam ni, tak banyak rumah lah kan..takpelah..janji ada hasrat nak menziarah, tak perlu lama-lama, sebab tuan rumah pun dah penat..hehehe... Pepandai je aku ni bagi cadangan. Kali ni aku nak masukkan pula entry biskut arab ataupun nama baru yang aku suka2 letak iaitu suji kristal. Ada jugak yang panggil dia bebola kristal. Mungkin lepas ni kita blh namakan biskut ni biskut bebola api pulak...hehehe.. Tak kisah lah apa nama pun, yang penting rasanya tetap sama mcm dulu-dulu jugak. Cair dimulut, tidak ditangan... Dah macam iklan coklat m&m lah pulak... jom..layanzzz...

Biskut Arab

Bahan-bahan
1 cawan gula halus
1 cawan minyak sapi (QBB ataupun ape2 jenama)
secubit garam
tepung gandum secukupnya

Cara-cara:
Masukkan gula, garam dan minyak sapi ke dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian masukkan tepung sehingga menjadi doh yang boleh digentel. Lepas tu buat bulat2 dan letak kat atas loyang pebakar. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 150C selama 15-20 minit. senang je kan..okay..selamat meng'cookies' ye...



No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...