Monday, 15 August 2011

Karipap..karipap....karipap....






Assalamualaikum...
Minggu ni memang minggu aku buat karipap je untuk berbuka puasa. Alang-alang buat kan... ambik kau!!!...3 hari makan karipap je. Lepas ni jangan mintak karipap lagi..hehehe....(Sebenarnya, xde sape pun yg mintak karipap ni....)... Aku je yang lebih-lebih.. Tapi, karipap yang aku buat ni berlainan versi... Hari pertama, karipap kentang+daging cincang, Hari kedua, karipap inti telur+sayur. Manakala hari ketiga, karipap berintikan ikan+kelapa @k@ dikenali dengan nama 'epok-epok'....

So, mana satu entry nak aku masukkan dulu ek???? Ok la, aku masukkan entry karipap telur dulu lah ek... Sebabnya, karipap biase,semua org tahu buat, lebih-lebih lagi kepit pakai acuan, cepat je siap... Tapi, bila buat karipap telur ni,kena buat saiz besar, jadilah namanya 'karipap giant'....heheheh... biladah besar saiznya, maknanye aku kenalah "kelim" tepinya. Haaaa..bila sebut pasal 'kelim' ni, suami aku ckp, aku x pandai sebut... Maklumlah...perkataan "kelim" ni adalah dari perkataan bahasa inggeris, "Clamp'.. Tapi pada aku, aku tetap mempertahankan bahawa, perkataan 'kelim' ni dah memang digunapakai oleh nenek-moyang kita untuk membuat karipap... Ia takde kena mengena dengan salah sebutan...So..maknanya, orang tua-tua dulu pun pandai jugak lah cakap orang puteh kan... Bila sebut clamp karipap, macam tak sedap je bunyinya... Kena sebut "kelim"..baru betul kan..kan.....Betul..betul..betul...mcm upin ipin cakap...hehhehe..
Kalau nak tahu, aku belajar buat karipap giant ni semasa aku berumur 12 tahun lagi. Memang minat memasak ni dah ada sejak kecik lagi. Semasa ada kelas memasak anjuran PENEROKAWATI, kat FELDA kampung aku, aku merupakan peserta termuda masa tu...hehehe bangga pulak rasenya.
La..terlebih sudah..aku membebel pulak pepagi buta ni...Lagi 3 1/2 jam nak bangun sahur ni..

Ok, jom kita tengok resepi mudah tapi tak senang juga nak membuatnya...

Bahan2:
1/2 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak yang dipanaskan (x suka guna butter sbb nanti kulit karipap terlalu rapuh)
sedikit garam
3/4 cawan air

Cara: Panaskan minyak dalam periuk kecil. Bila dah panas, tutup api, biarkan seketika, kemudian gaul sebati dengan tepung gandum. Campurkan garam ke dalam air. Kacau dan tuangkan ke dalam tepung. Gaul sebati hingga menjadi doh.

Bahan inti:
Beberapa biji telur ayam (1 biji karipap=1 biji telur ayam)
Daun saderi (dihiris halus)
Lobak merah (dimayang halus)-sperti gambar di bwh
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
*boleh juga ditambah dengan sengkuang, kalau mahu...
*sedikit cili besar, hijau...(aku tak letak, sbb xde stock kat rmh)

Cara-cara:
1. Canai doh menjadi nipis seperti gambar 1. Letakkan di atas mangkuk yang
melengkung. Letakkan sayur carrot, saderi, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sebiji telur. Berhati-hati supaya telur tidak terkena pada bhg
tepi doh. Nanti susah nak lekatkan doh tu.
2. Lekatkan doh seperti rajah 2 dan mula 'mengelim' bahagian tepinya.
3. Klim bahagian tepi dengan berhati-hati supaya telur tidak tertumpah.
4. Karipap yang telah siap dibiarkan di dalam mangkuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yg "sangat" perlahan. Nanti bahagian
dalamnya tak masak...
6. Senang je kan.. Tapi perli buat dgn berhati-hati ye...

TADAAAAA.........

Inilah dia karipap yang telah siap digoreng. Jom kita potong untuk lihat isi di bahagian dalamnya.....


Emmmmmm......Sib baik telur di dalamnya masak...
p/s: Mula-mula aku buat guna api sederhana..bila potong, cair je telur tu...Pastu aku masuk dlam microwave utk masakkan telur tu..hehehhe....
So, untuk gorengan seterusnya, memang guna api yang saaaangaaaatttt perlahan. Dan hasilnya seperti di bawah..Cantik je kan....(perasan dah aku ni!!!)

Karipap giant ni, memang sesuai dicicah dengan sos cili... Kalau rajin boleh buat sos sendiri. kalau tak rajin boleh guna sos cili "MAGGI" yang perlu dicairkan terlebih dahulu.... Tuangkan sos ke dalam mangkuk, campurkan dengan sdikit air panas, gula dan garam. Sedia untuk dimakan!!!!




Ok semua,...nak tido dulu.. kejap lagi nak sahur dah ni.... Salam untuk semua....
'

Wednesday, 10 August 2011

Lemak Ketam Berempah.... dan..Masih adakah insan mulia?

Assalamualaikum.....



Hari ni sudah pun masuk hari ke 10 kita berpuasa. 20 days to go!!!! Caiyokkk!!!!! Ada 2 jam setengah lagi untuk orang islam di bumi Melban ni berbuka puasa. Hari ni aku masak lemak ketam berempah, sayur buncis goreng dan karipap sayur/telur. Okaylah, sebelum jari jemari aku yang halus mulus ni menguli doh karipap, baik aku masukkan dulu resepi ketam lemak berempah ni kan.

Lemak Ketam Berempah
Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana (dibersihkan, dikerat 2)
1 biji bawah besar (dimayang)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih, diketuk dan diracik
4 sudu rempah kari ikan
1 batang serai (aku guna yg frozen)
2 sudu cili kisar
1 keping asam gelugur
1/2 tin santan
1 cawan air
sedikit kacang panjang (dikerat-kerat)
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, bawang besar dan halia hingga
naik bau.
2. Masukkan rempah kari. Bila sudah garing, masukkan santan, air, garam, asam
keping dan serai. Biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan ketam.
3. Masukkan sayur kacang panjang, biarkan mendidih. Bila ketam sudah masak,
tutup api dan sedia dihidang.

Align Centre
Buncis Goreng;
Bahan-bahan:

Kacang buncis, dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih, diketuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 biji telur
garam

Cara-cara: Tumis bawang putih, ikan bilis dan bawang besar. Masukkan kacang buncis, kacau. masukkan sedikit garam. Bila agak-agak kacang buncis dah layu, pecahkan sebiji telur ke dalamnya. Kacau lagi dan tutup api. Sedia dihidang.....


Ada satu perkara yang aku nak kongsi dengan korang semua pada hari ni.. Takdalah penting sangat, tapi ianya boleh memberi iktibar dan pengajaran juga buat aku dan kita semua. Begini citernya,... pagi tadi aku dan suami pergi ke pasar untuk membeli lauk-lauk yang dah kehabisan stock kat dalam peti ais aku. Dipendekkan cerita, lepas 1 jam sampai kat rumah, sambil berehat-rehat mengadap Facebook, tetiba aku dengar bunyi hon kereta. Tapi biasalah, aku buat tak endah je lah dengan bunyi tu, malas nak ambik tahu lah konon.... Lepas tu, tak sampai 5 minit pintu rumah aku pulak diketuk dengan kuat... Memang terkejut badak jugak lah... bila aku bukak pintu ada seorang tua lingkungan 50 an kat luar rumah aku. Tahu tak apa terjadi?? Rupa-rupanya, pakcik ni bagi aku kunci kereta aku yang aku tinggalkan kat pintu kereta.. Silap aku, sebab tinggalkan kunci kat pintu kereta. Ya Allah, mulianya hati orang tua tu. Kalau kat Malaysia, belum tentu ada insan semulia itu..silap haribulan dengan kereta aku pun lesap sekali.. Syukur, Allah utuskan seseorang untuk selamatkan kereta kami. Ini juga dikatakan rezeki Allah kan. Alhamdulillah.... seribu kali syukur aku panjatkan. Tetiba hati aku terfikir... banyak orang jahat kat bumi asing ni, tapi banyak jugak orang yang baik... DAN.....Tak banyak orang jahat di negeri sendiri, tapi tak banyak jugak orang yang baik..Maaf andai aku tersilap tafsir...

Sunday, 7 August 2011

MACAROON



Assalamualaikum....
Cuba tengok macaroon aku ni..Comel tak....? Hishhh...ada pulak boleh tanye comel ke tak kan...Sebenarnya aku memang bangga sangat sebab akhirnya, berjaya juga aku buat macaroon dengan begitu cemerlangnya.. Hehehe.. Anak aku, Aamira dah lama ajak buat macaroon ni..Puas jugak dia meng'google' sana sini untuk cari resepi macaroon...Tapi aku buat tak layan je....Bukan ape, rasa macam susah je nak buat. Kang tak jadi, aku jugak yg frust.... Kesian gak kat dia, sebab nak sangat rasa macaroon ni macamana. Yelah kan, nama pun dah nama omputeh. Resepi pulak macam2 jenis, taktau yang mana nak ikut..takutnye, kalau tak menjadi...Dalam pada tu, tetiba aku terpandang kat satu blog ni, ada resepi macaroon siap tunjuk step by step cara untuk buat macaroon. Wahh..ini sudah baguss...Blognya pulak memang cantik menawan, menarik dan tertarik dengan gambar-gambarnya yang super duper tip top... Terkedu aku tengok blog dia ni... Sekali tengok, terus terpikat dan melekat dihati.. Nak dibandingkan dengan aku...... memang berjela-jela jauhnya. Takpelah kan... Cara masing-masing nak present hasil kat blog. Boleh lah aku jadikan dia sebagai idola ye tak..Kalau korang berminat boleh singgah kat blog yang comel lote ni... sila
klik sini!... Banyak resepi menarik tau!!! Jangan marah ek kak ita, sebab promote blog kak ita ni..hehehe. Kat bawah ni juga aku mintak izin dari kak ita untuk share resepi macaroon ni ek..

Macaroon:
By: Azlita

MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..


Talam SUJI


Assalamualaikum.....

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh aku ucapkan buat kenkawan semua.
Semalam, aku buat kuih talam suji. Seronok, sebab pertama kali buat, dan ianya menjadi. Rasanya, kira sedap jugak lah..Macam rasa kuih talam. hehehe... Aku dapat resepi ni dari majalah rasa keluaran Mei 2011. Ada sorang kawan yang belikan untuk aku sekembalinya dari tanahair baru-baru ni. Jadinya, sepanjang bulan ramdhan ni, aku dok belek majalah 'RASA" tu sampai lunyai. kira berbaloi la kan...Buat tak buat, belakang kira okay!. Kebetulan aku dapat jemputan berbuka puasa. Berbaloi buat untuk makan ramai-ramai kan. Kalau aku 4 beranak je, jenuh pulak nak ngabihkan seloyang kuih talam tu...
Jom kita semak resepinya.

sumber: Majalah RASA (Mei 2011)
Aku ubahsuai resepi menggunakan loyang bulat ukuran 9 x 9

Bahan-bahan:
LAPISAN BAWAH:
90 gram tepung suji/semolina
500 gram santan (aku guna 1 tin santan 400 ml + 100ml air)
100 gram gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS:
500 ml santan
1 sudu besar tepung kastard (stock kastard takde, aku pandai2 tukar dgn t.jagung)
60 gram tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
120 gram gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau di atas api
perlahan hingga pekat.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api
sederhana hingga pekat.
4. Kemudian tuang adunan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.
5. Ratakan dan kukus semula selama 20 minit. Apabila masak, sejukkan dan potong.
6. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Sambil-sambil masukkan entry ni, sempat jugak aku merayau-rayau kat blog DTS, CMG... Nak cari idea untuk menu berbuka petang ni. Terpandang pulak akan jemput-jemput nasi CMG tu. Emmmm, ok jugak kan kalau buat jemput-jemput tu. Macam best je kan. Terima kasih che mat atas sumbangan resepi tu ye. Biasanya blog DTS ni jadi bahan rujukan aku. Kekadang tu, kita ni tahu je buat sesuatu tu, tapi tak datang seru nak buat. Jadinya dengan berpandukan blog2 dari blogger terpilih ni, baru lah datang idea nak masak apa. Kalau korang nak buat jemput-jemput nasi macam aku, blh klik je kat sini.



Roti Jala

Assalamualaikum,.......
Pejam celik pejam celik, dah pun masuk hari ke 7 puasa. Cepat... memang cepat sungguh masa berlalu. Korang dah fikir-fikir nak masak apa petang ni? Aku baru je bangkit dari baringan..hehehe..seronok je bermalas-malas di hari minggu ni kan? teringat pulak hari ke 5 puasa, aku ada buat roti jala dan tak sempat masukkan entry kat blog ni. Kebetulan sebelah pagi tu, aku dok belek-belek blog seorang blogger ni. Wow!!! memang tertarik dengan persembahan beliau kat dalm blog tu. Sangat cantik dan menarik. Belek-belek punye belek, terpandang akan roti jala beliau yang betul mengancam yang boleh buat semua orang terliur. Siap berkaler-kaler gitu. Kebetulan, dah lama betul aku tak buat roti jala ni kan. Dipendekkan cerita, dapat jugak bagi aku idea nak masak apa untuk berbuka kan. Terima kepada Pn. Azlita, si pemilik blog yang cantik tu. Boleh klik kat sini untuk resepinya. Dan boleh juga tengok kat bawah ni untuk resepi aku.

Roti Jala:

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/kunyit

Cara-cara:
Satukan semua bahan di dalam alat pengisar. Kisar hingga sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Guna kuali leper, non-stick.
Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan tebar ke dalam kuali.
Biarkan sehingga masak dan gulung mengikut citarasa sendiri.


Kuah Kari Ayam: (untuk 4 orang)

200 gram isi ayam (bhg dada), dipotong dadu.
3 biji kentang sederhana, dipotong dadu.
1/2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (bahan * ditumbuk)
5 sudu besar rempah kari
1/2 tin santan
2 cawan air
sedikit paste asam jawa/asam keping
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula

Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk. Tumis hingga garing.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan rempah naik bau dan masukkan air lebihan.
Biarkan mendidih sebelum dimasukkan isi ayam, kentang, paste asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan.
Biarkan mendidih seketika
Tutup api dan sedia dihidang bersama roti jala tadi.



Saturday, 6 August 2011

Singgang Ikan @ Ikan Masak Pindang?

Alhamdulillah..selesai sudah kita berpuasa untuk hari yang ke-6. Tapi hari ni aku nak post entry masakan aku pada hari ke-5 berpuasa. Masakan yang simple atau dalam bahasa melayunya ringkas, mudah dan cukup menyelerakan. Sesekali ubah angin pada masakan yang light macam ni pun okay jugak kan... Penyediaannya pun mudah saja. Kalau kat kampung aku, belah pahang ni, kita panggil ikan singgang..begitu juga bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Lain pulak bagi orang sebelah Melaka dan Johor. Biasanya masakan macam ni diorang panggil masak pindang. Tak kisahlah apa nama pun, yang penting resepi dan penyediannya mudah je. Jom semak resepi...

Ikan singgang:

Bahan-bahan:
2 ekor ikan (kat oz aku guna ikan silver bream/adik beradik ikan selar)
-blh juga guna ikan kembung, tenggiri dsb
1 inci halia
i inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili padi
2 keping asam gelugur
1 batang serai-dititik
beberapa biji buah tomato kecil (cherry tomato)
garam
air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumbuk halia, kunyit, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan tumbuh hingga naik bau. masukkan air secukupnya, asam keping, cili padi, serai, tomato dan garam. Bila mendidih, masukkan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidang...

p/s: boleh juga masukkan bendi atau pun terung ke dalamnya.


Senang kan.... Sesiapa saja boleh mencubanya...
Wassalam dan selamat malam...

Thursday, 4 August 2011

~AYAM BUMBU~

Alhamdulillah, selesai sudah solat terawih jam 8.15 mlm td. Sebelum menutup tirai pada malam ini, aku nak masukkan entry ayam goreng bumbu ni... JOm jom...tengok resepi mudah ni tapi nak kena jaga api betul2 semasa menggoreng sbb mudah hangus.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
4 ulas bwg putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu ketumbar biji
1 sudu rempah kari
1 sudu serbuk cili
1 camca kunyit
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Ayam yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam bekas.
2. Bawang, halia, lengkuas, serai dan ketumbar ditumbuk/dikisar halus.
3. Gaulkan ayam dengan bahan kisar. Masukkan juga garam, kunyit, serbuk cili dan
rempah kari. Perapkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digoreng dengan api
perlahan. Bila sudah kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidang. Angkat
serdak-serdak gorengan menggunakan penapis teh besi sebagai hiasan.
Senang je kan...!!!!!
SELAMAT BERBUKA!!!

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...