Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 6 September 2011

Sedondon di pagi raya

Share
Assalamualaikum...Semua orang masih berada dalam mode raya. Walaupun ada yang masuk kerja dan bersekolah bermula semalam. Bagi kami di bumi Melbourne ni, mode raya hanya pada hari raya pertama. Hari kedua, semua dah kembali kepada keadaan normal. Anak-anak dah pergi sekolah, manakala pelajar uni macam suami aku pulak dah pun pergi ke uni. Tinggallah aku terkebil-kebil kat rumah yang sunyi sepi ni. Macam tu lah tuntutan kehidupan masing-masing kan. Kalau kat Malaysia, hari raya kedua masih meriah dengan baju raya yang ada 10 pasang.. sibuk berkunjung ke rumah saudara dan rakan taulan. Pulak tu, hari raya jatuh pada hari bekerja. Tidak seperti Malaysia yang ada takwim cuti sempena hari raya, yg blh diubahsuai supaya cuti penggal boleh beserta dengan cuti hari raya. Kat sini, semuanya disambut dgn ala-kadar je. Cuma hari minggu saje, kami akan sibuk memenuhi undangan rumah terbuka kenkawan persekitaran.

Aku sebenarnya takde perancangan nak beraya di Melbourne pada tahun ni. Tapi, itulah kan.... lain yang dirancang, lain yang jadinya dan semuanya dah diaturkan oleh-Nya. Kami beraya lagi di bumi Melbourne untuk tahun yang ke 3. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti tahun-tahun sebelumnya dengan sambutan yang sederhana dan ala kadar. Maklumlah..sambutan bersama-sama kawan-kawan je. Pada mulanya, aku ingatkan, kami akan beraya di Malaysia, jadinya aku takdelah ambil berat sangat pasal baju raya ni, sebabnya, bila jejak kaki di bumi Malaysia, kami blh dptkan baju ni di kedai2 terpilih. Tup..tup..tup..kami tak jadi balik sebelum raya.. Apa lagi semuanya jadi kelam kabut. Mana nak pikir pasal baju raya, sape yang nak tolong belikan, sape yang nak bawakkan baju tu untuk kami dan kaler ape yang sesuai. Aku cuma terfikirkan untuk mendapatkan baju melayu untuk suami dan anak lelaki aku je. Tapi tau2 jelah suami aku ni, kalau sorang beli baru, make sure semua beli baru lah utk pagi raya tu kan. Aku pun sebenarnya memang suka je kan...hehehee.. Terima kasih buat adik ipar aku (Anita) yang susah payah nak carikan baju untuk kami. Bukan senang nak cari baju yang dah ready made ni..Ada saiz mira, takde saiz aku...Dah jumpa saiz, tak matching pulak dgn baju melayu...adoiyaiii!!!! susah jugak kan..kalau org lain dah lama give up...Kesian dia. Mesti dia takut nak beli baju utk aku, takut tak kena dgn selera. Tapi bagi aku, kalau org dah nak tolong tu, kita x blh nak demand lebih2 kan. Alhamdulillah... cantik jugak kaler ni kan.. Terima kasih jugak untuk mak awin yang sudi bawakkan baju untuk kami. AKHIRNYA, SEDONDON JUGA KAMI DI PAGI RAYA. Kira bermaknalah raya kami kali ni sebab ada baju baru...hehhee,,, So, jangan muntah ye tengok aksi kami dgn baju baru ni..maklumlah mood raya lagi kan...hehehe















0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog