Hari ni PKP ke 57: Hari pertama PKP Fasa 5: 13 MEI 2020
20 RAMADHAN 1441
Seperti yang dinyatakn dalm post sebelumnya, hari ni sis buat kuih lopes. Tetiba terasa nak makan lopes lah pulak. tapi tu lah kan... Makan bertiga, kalau ikutkan memang tak berbaloi dgn penat tp, sis suka buat benda2 macam ni. Memang tak mengeluh pun. cuma nak citernya.. buat sikit renyahnya sama dgn buat banyak. Takpelah... kita share rezeki dgn jiran-jiran. Selalu kita share dgn jiran blkg rumah. kali ni kita share dgn jiran depan dan jiran rumah belah tepi pulak. hehehe. Bukan apa, seronok pulak hari ni bila tgk kejadian kuih lopes sis. Selalunya sis buat lopes kaler hijau sekata guna pewarna kuih je. Sebenarnya sis nak dapatkan impak original lopes org Melaka dan org Johor yang ada ton warna hijau2, gelap2 sikit dan ada warna hijau kuning2 sikit.. Haishhh susah pulak nak describe warnanya. tapi orang Melaka mesti tahu lah kan original lopes tu yg bentuk segitiga. Agak lama juga sis tak beli lopes ni di bazar ramadhan. Bukan apa, kejadian kuih lopes tu memang lah cantik dah, tapi sis rasa fail part air gulanya. Ada tu, gula dicampur gula pasir yang manis leting terus hilang mood nak makan lopes. Ada pulak tu, pekat air gula tu dicampur dgn tepung ke apa ntah.. tak taulah nak cakap tp yg penting air gulanya tak dapat capai kpi yang sis nak.
Sis ni pulak jenis typical org Pahang yang bila tiba bulan Ramadhan, mula lah nak cari gula kabung tradisi org Pahang yang sangat terkenal di daerah Lipis tu. Pada sis rasa dan aroma gula kabung ni lain dari yang lain. Walaupun gula Melaka tu sis rasa dah sedap dah, tapi gula kabung ni akan rasa kesedapan berganda.. Heheheh ayat kemain.. Dapat pulak buat kuih buah melaka guna intinya gula kabung, ya Allah sedap tak terhingga.
Rasa seronok nak buat kuih lopes ni sebab kuih ni menjadi kegemaran en suami. Selalunya kuih manis2 yang sis buat, dia tak layan pun. Hehehe...Tapi part lopes ni dia kalah... terpaksa langgar pantang makan manis. Selepas diedarkan ke pada jiran, tinggal lah 8 keping. 2 keping en abah makan, 2 keping pn mama makan dan 2 keping lagi si anak makan. 2 keping lebih tu mama dan anak makan masa moreh. Kalau ikutkan mmg tak cukup tapi takleh layan sgt nafsu makan ni heheheh....Bak kata orang makan berpada-pada.
RESEPI KUIH LOPES
2 1/2 cawan beras pulut
1 sudu besar air kapur(air sahaja ye)
2 1/2 cawan santan cair (1/4 cawan santan kotak + 2 1/4 air)
10 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
kelapa parut secukupnya(lbh kurang 1 cawn penuh)
1 1/2 keping gula kabung + 2 1/2 Cawan air.(untuk buat air gula)
Cara-Cara:
1. Kisar daun pandan dengan 4 cawan air. Tapis air daun pandan dan rendam beras pulut dengan air pandan tadi. Lebih kurang 1-2 jam. Masukkan juga air kapur dalam rendaman ini.
2. Selepas 1-2 jam tapis beras dan masukkan ke dalam loyang. Titiskan pewarna hijau dan gaul secara rawak. Jangan gaul rata, sebab kita nak dapatkan hijau cair air daun pandan dan hijau pekat pewarna. Jadi kita akan lihat kombinasi warna hijau tu. Tapi kalau dah malas/susah sangat.. gaul je serata lagi senang hehehe. Sis ni kekononnya berseni lah tu...
3. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
4. Tuang santan cair dan garam. Kukus hingga 3/4 masak.
5. Sementara mengukus pulut tu, ambil daun pisang secukupnya dan layurkan di atas api.
6. Sambil-sambil tu juga boleh buka tutup pengukus utk gaul pulut supaya masak sekata.
7. Bila dah masak atau 3/4 masak..tutup api dan keluarkan pulut dari kukusan.
8. Bentukkan daun pisang seperti topi, masukkan pulut dan bungkus dengan kemas. Lihat gambar di bawah. Abaikan cara pembungkusan tu..Yang penting nak dapat bentuk segi tiga.
9. Kukus lagi sekali pulut yang dah dibungkus daun pisang tadi. Kukus lebih kurang 1/2 jam atau pun pulut betul2 masak. Sis buat nak lah berapa cantik sangat hasilnya. Banyak lagi perlu diperbaiki..Tapi org kata, boleh lah nak makan sendiri kan...
10. Bila dah masak, angkat pulut yang dibungkus, buka daun pisang dan gaul dengan kelapa yang dan dicampur sedikit garam. Susun dalam bekas cantik-cantik spt sis buat tu. Puas hati bila dah tersusun tu.. Sayang pulak nak makan.
11. Jangan lupa masak gula kabung dengan air. Dididhkan hingga agak pekat. tutup api dan sedia di makan bersama dgn lopes ni. Sejukkan air gula ni lagi mengancam. Sis tak suka campur gula pasir nanti manisnya berganda. Cukuplah sis sorang je yang manis.
Abaikan cara sis bungkus tu, janji 3 segi kan...
tgk lah hasil kombinasi warna terang gelap kuih lopes sis
No comments:
Post a Comment