Monday 18 May 2020

KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih badak berendam. lama benar dah berangan nak buat kuih badak berendam ni. Sis ni memang dari kecik mak dah ajar, bila berbuka mesti nak makan benda-benda manis. Dah jadi kebiasan dalam famiy sis sejak kecik. Ini sangat berbeza dengan keluarga en suami yang sangat kurang dengan makanan manis-manis. Jadinya, nak buat apa2 tu macam pikir 40 kali memikirkan en suami yang tak berapa minat dgn kuih2 melayu tradisional ni. hanya kuih-kuih tertentu sahaja yang en suami makan contohnya kuih buah melaka, kuih lopes dan kuih koci.. Selain dari itu, kuih sis takkan diusik.
Tapi kalau nak tunggu dia suka..alamat sampai ke tua lah tak merasa nak buat kan... Sis pun kadang-kadang tu nak jugak asah skill dalam membuat kuih-kuih tradisional ni. Dulu zaman baru kawin, sis tak berapa suka nak buat sbb takde kawan nak makan. Setakat sorang, tak berbaloi dgn buat. Bila anak-anak meningkat dewasa, mereka mula gemar memakan kuih2 manis sbg menu berbuka puasa dan sis mula rasa seronok nak buat bila ada yang nak makan. Dan, bila dah berebut bersilang tangan semasa makan, en suami pun join jugak walaupun tak ambil banyak.

Hari sis terasa nak buat kuih badak berendam. Tapi sis tak guna inti kelapa, sis buat inti gula kabung sama macam buat buah melaka. Ok, makanya, dapatlah sis asingkan 5 biji buah melaka tu untuk disalut dgn kelapa muda. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan sis yg niat nk bagi suami makan. Kebetulan pulak ada dalam 1/4 cawan je kelapa muda lebihan buat kuih buah melaka tempohari. Sis letak frozen, jadinya memang sedap dan fresh lagi kelapa tu. Padahal suami sis tak mintak pun kuih buah melaka, tapi sis lah yang rasa tak sedap..heboh makan kuih peberet x ingat org heheh. Adil lah kan..walaupun dalam 5 biji tu, en suami ambil 2 biji.. haishhh gigih sis buat tau... Tapi en suami sis jenis yg kuat pantang wpun dia suka kuih buah melaka, tapi sebolehnya cuba utk tidak ambil banyak makanan manis utk menjaga pengambilan kalori dalam badan.*** gula tak bagus utk kesihatan yang blh menyebabkan kegemukan...Hehehhe wpun sis tahu tapi sis takleh tahan dan kalah dgn kuih2 tradisi ni.. Dapat pulak badak berendam yg kuih putihnya lembut2 dan masin2 lemak tu.. Ya Allah sedapnya.... Kalau dilayan...blh habis seloyang besar tau...


Resepi KUIH BADAK BERENDAM

Isi
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan(kisar daun pandan dgn 1/2 cawan air dan tapis)
secubit garam
Gula kabung secukupnya (potong kiub kecil kecil)

Cara-cara: 
1. Letak tepung pulut dalam mangkuk. Masukkan secubut garam dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Jangan tuang semua nanti tepung jadi air kalau terlebih hehehe.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila dah mendidih baru masukkan kuih buah melaka.
3. Ambil sebesar ibu jari kaki, masukkan gula di dalam tepung dan gelek-gelek dgn 2 tapak tangan menjadi bebola.
4. masukkan dalam air mendidih dan bila kuih timbul blh diangkat menggunakan senduk dan letak dalam mangkuk berisi air. Ini supaya kuih tidak melekat anatara satu sama lain sebab kuih ni akan melekit.
5. Ambil 5 biji kuih buah melaka dan golek kan atas kelapa muda yg digaul sedikit garam. Masukkan dm bekas sesuai. 
6. Baki kuih tersebut, biarkan dia berehat di dalam air dulu sementara kita nak buat kuah putihnya.

Bahan Kuah
1/4 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat+air (1/2 cawan santan kotak KARA +air supaya campuran tersebut  menjadi 2  cawan). Kalau nk santan tu pekat sukat 1 cwn sntan + 1 cwn air.
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masukkan tepung beras dalam periuk
2. Masukkan santan dan kacau sebati hingga tepung tidak berketul. Masukkan garam.
3. Bila dah pasti air dan tepung dah sebati, baru hidupkan api perlahan dan kacau sentiasa. Jangan tinggal sbb bahan akan cepat mengeras di bahagian bawahnya.
4. Kacau jangan berhenti ye. Dalam 3-4 minit, bahan akan mula likat. Bila nampak likat je, terus tutup api. Jangan tunggu terlalu pekat. 
5. Masukkan kuih tadi dalam loyang atau bekas sesuai. Tuang kuah dalam loyang berisi kuih tersebut.








No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...