Friday, 1 May 2020

ONDE-ONDE LABU

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45. Hari ke 3 PKP Fasa 4.  Seperti biasa pemanis mulut hari ni kita pilih onde-onde labu. Sebenarnya penat dah nak merepek banyak-banyak, jom la kita pergi ke resepinya.

RESEPI ONDE-ONDE LABU
Bahan-bahan:

250 gram labu kuning-dikukus hingga lembut

4 sudu besar tepung pulut
gula kabung secukupnya dan dipotong kiub-rujuk gambar
kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara-cara:
1. Labu dikukus. -sis stim dlm presure cooker (piuk noxxa 5 minit je)
-lenyek kan labu dgn senduk
2. Sementara tu, didihkan air dalam periuk.
3. Masukkan 4-5 sudu besar tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh(rujuk gambar). Jika masih lembik, tambahkan tepung pulut lagi sedikit demi sedikit.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kabung di dalamnya dan gentel bulat-bulat. Masukkan ke dalam air mendidih. Boleh juga buat dulu banyak2 dan letak dalam piring.
5. Bila kuih onde-onde dah masak, ianya akan timbul. Cedok menggunakan penapis teh besi. kalau penapis plastik, takut pulak cair penapis tu nanti.
6. Angkat onde-onde dan masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. Golek-golekkan sehingga kelapa menutupi kuih tersebut. Pindahkan ke dalam bekas dan sedia dihidang sebagai juadah berbuka puasa.

 Agak-agak menjadi doh spt ni
 gula kabung dipotong kiub

 buat banyak2 dulu sblm dibenam ke dalam air mendidih




 
Bila dah angkat, golekkan dalam kelapa parut ni
 Taraaa..cantik kejadiannya....





Inilah rupa gula kabung yang diimport khas dari Kg Peruang, Benta. 





No comments:

Post a comment

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...