Friday, 10 April 2020

LAKSA JOHOR

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP yang ke 24. 
Menu hari ni sis buat Laksa Johor. Cerita pasal laksa johor ni sebenarnya dah cukup lama sis dengan anak sis dok plan. Asyik tak menjadi je. Ada je halangan nak buat laksa johor ni. 
Bila time ada gesa nak buat, ikan-ikan dalam peti ais yang dibeli oleh en suami, tak sesuai untuk dijadikan kuah laksa. Minggu lepas en suami pegi shopping ikan kat pasar Telok Gong. Boleh tahan la stok untuk 2-3 minggu lepas lagi inshaAllah. Antaranya ialah Ikan bawal, ikan terubuk, ikan siakap, ikan jenahak dan ikan cencaru... Haaa dah pasti la ikan-ikan tu tak sesuai kan... Heheheh..
Kebetulan pula semalam, ada jiran masukkan senarai yang boleh di COD time pkp ni dan di antaranya termasuklah ikan pelaling. Walaupun ikan pelaling ni kurus tak macam ikan kembung dan ikan selayang yg badannya bulat.. tapi kira boleh la kan, daripada takde. Dan ikan pelaling ni masih sesuai untuk dijadikan kuah laksa. Sis menggunakan resepi dari Azlita masam manis sebagai rujukan dan panduan. Menurut kak ita ni, ikan yang paling sesuai untuk buat laksa johor ni ialah ikan parang.. ERmmm ikan mahal tuuuuu... dan mungkin inilah yang menentukan keenakkan laksa johor agaknya. Tapi tak kisahlah... dapat ikan pelaling pun pelaling laaa.... janji ada. 
Dan untuk pengetahuan adik-adik, kakak-kakak semua, ini adalah pertama kali sis nak buat laksa johor ni... Serammmmm jugak lah sebab bahan-bahan untuk penyediaan nya agak leceh jugak lah sbb na berempah-remah bagai. Tak sama dengan buat laksa penang yang blh dikatakan semudah abc je. hehehe. berlagaklah pulak. 

Berbalik pada niat nak buat laksa johor ni, sis pun ulangkaji la resepi asal dari Azlita ni. Dan... yang nak menjadi rezeki sis pulak ialah..bahan-bahan asasnya memang semua ada di rumah dan ini adalah satu petanda baik yang tidak memerlukan sis atau en suami kena keluar untuk membeli bahan-bahan. Kalau setakat taugeh dan kacang panjang je takde, kira kita abaikan la ye sebabnya ia tak mengganggu rasa kuahnya. Yang penting bahan-bahan utk penyediaan kuahnya ada di rumah.. 
Kalau sesape tak konfiden dgn resepi sis, blh la klik link ni utk resepi asalnya. Sebabnya azlita masam manis ni org johor jadi kita kira resepi original la kann...

Contohnya: 
1. Daun kesum masih ada lah dalam 9-10 tangkai yang baru hidup dengan gemuk dan segarnya hasil sis semai semula pada 2 minggu lepas. Sebabnya sis dah togelkan pokok tu semasa buat asam pedas dan pais ikan patin hari tu. Sis ambik 7-8 batang yg dah togel tu, kerat2 dan sis semai semula dan nak jadi rezeki sis, hasil siram hari-hari..daun kesom tu tumbuh dgn gemuknya dan lebar-lebar daunnya walaupun hanya ada dalam 9-10 batang... selai-selai daunnya sis petik hahaha. Jadi lah daripada takde kan. Tak kuasa nk keluar demi seikat daun kesum, itupun belum tentu ada pun kat kedai.
2. Daun selasih...Nak buat laksa johor ni, bahan asar yang kena ada bagi membangkitkan rasa laksa johor ni ialah daun selasih. Pokok daun selasih rumah sis ni pulak hidup subur dgn jayanya dan makin berkembang. Alhamdulillah... 3-4 bulan lepas sis mintak dari satu kedai runcit pokok selasih ni. Pokok kat kedai tu subur dalam 3-4 pasu kalau tak salah, blh dia bagi sis 3 batang je wak... ingatkan kot la dia bagi secekak ke kann.. Tapi takpe lah... hasil dari seksanya dpt 3 batang je utk ditanam, makanya sejak hari tu, hari2 lah sis siram supaya pokok selasih ni hidup subur. Taknak dh mintak dgn org kedai tu... Hasilnya memang gemuk dan subur. Siapa sangka niat nak tanam pokok tu rupanya dapat digunakan pada masa pkp ni. Perancangan Allah kan... 
3. Bunga kantan. Setakat 2 minggu pkp ni, sis masih belum putus lagi stok bunga kantan. selang 3-4 hari jiran sis akan bagi bunga kantan ni. Alhamdulillah..itu juga dikira rezeki kan.
4. Serai. Macam biasa, selagi tak togel pokok serai jiran depan rumah sis ni, selagi itu lah sis akan ambil hahahah... Ini memang tuan serai dah maklum dah.. Ambil je dah xyah mintak kebenaran. Rezeki jugak kan dapat jiran yang tak berkira. Padahal, serai dia dah la tak banyak mana...hehehe. Ada 2 rumpun yg makin susut... Layannnnn...

Ok.. itu lah 4 bahan asas yang kadang-kadang membantutkan niat kita nak buat laksa johor ni kan.. Nak-nak pulak bila nk pegi beli time pkp ni. Bila difikirkan balik. Allah mudahkan urusan sis.. Syukur...

 Haaaahaaa panjang lebau pulak sis bercerita macam blh buat skrip drama je... Bagi sesiapa yang nak resepi asal laksa johor ni, blh klik kat link di bawah.
https://norazlitaaziz.blogspot.com/2014/12/resepi-laksa-johor-yang-paling-sedap.html
Kalau time pkp ni nak guna bahan2 yang ada di rumah je, meh la ikut resepi laksa johor cara sis.


RESEPI LAKSA JOHOR CARA SIS
Bahan-bahan:

1. Spegeti-direbus, masukkan sedikit minyak dan sedikit garam. Angkat dan ketepikan.

2. 800 gram ikan pelaling-direbus dan asingkan isinye lalu dikisar halus.
                                    -Tulang dan kepala dikisar dengan air rebusan ikan tadi. Tapis dan buang           
                                      hampasnya.
                                    - original laksa johor menggunakan ikan parang sbg bahan asas kuahnya.
3. 1 keping isi ikan kurau masin-rendam dan kisar halus
    4 sudu besar udang kering-direndam dan kisar halus 
*** satukan dua2 ni pun boleh. Senang keje kan.
4. Bahan tumis
   -7 ulas bawang merah
   -5 ulas bawang putih
   -1 inci halia
*** dikisar bahan di atas.

    -2 sudu besar serbuk jintan manis
    -2 sudu besar serbuk ketumbar
    -2 sudu besar rempah kari ikan/daging
    -3 sudu besar cili kisar
    -sedikit air asam jawa
    -1 kotak kecil santan KARA
6. -segenggam daun kesom
    -2 genggam daun selasih(ada byk jadi guna 2 genggam bagi wangi lebih sikit heheh)
    -2 kuntum bunga kantan-belah 2
    -2 batang serai-diketuk
    -1 sudu besar kerisik
    -seketul(1 sudu besar) gula melaka/kerek dan seangkatan dengannya.

7. Bahan-bahan ulam
   -segenggam daun kesum-diayang halus
   -2 genggam daun selasih-dimayang
   -2 kuntum bunga kantan-dimayang
   -1/2 batang timun-diracik halus(xreti nak potong bulat mcm org johor buat tu)
   -1 biji bawang besar-dimayang

8. Sambal belacan
    -10 tangkai cili kering direndam dengan air panas
    -1 sudu besar belacan
    -sedikit garam
**** tumbuk hingga lumat-ketepikan.

CARA-CARA:
1. Tumis bawang kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Kemudian masuk bahan di nombor 4, kecuali santan. Biarkan rempah2 masak dan naik bau. 
3. Masukkan serai semasa kemudian masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air rebusan ikan. Biarkan mereneh seketika.
5. Masukkan isi ikan, isi ikan kurau dan udang kering. Biarkan ia mendidih seketika. Tambahkan air. Agak-agak supaya kuah laksa tak cair. 
6. Masukkan bunga kantan, kerisik, gula melaka, daun kesum dan daun selasih
7. Perasakan dengan garam secukupnya.
8. Masukkan santan dan kacau sebati supaya santan tak berketul.
9. Bila dah secukup rasanya, tutup api dan sedia dihidang.













Thursday, 9 April 2020

SRI LANKAN FISH CURRY

Assalamualaikum wbt

PKP hari ni hari ke 23 kita semua di kuarantin sempena wabak covid 19.
Menu hari ni sis kena sebut ala-ala org puteh sikit sebabnya, kaau nak sebut Melayu, macam tak bape na kena la pulak. Kari Ikan Gaya Sri Lanka. Ha gitu la nama menu sis hari ni. Masakan ni adalah inspirasi dari kenalan FB sis, merangkap adik2 yg hebat juga masakannya bila sis perhatikan hahaha. Bila adik sis ni mengatakan yang masakan Sri Lankan Style sedap, maka teringinla sis nak mencubanya. Dapat pulak resepinya menggunakan bahan2 yang ada di rumah. Seram Sejuk jugak la nak mencubanya. Takut tak kena dengan tekak en suami. Kang tak diusik pulak lauk yang sis masak dengan kasih sayang tu. Hahaha... Resepi asal dari Aira ni menggunakan ketam sebagai asasnya, Sis puak pandai-pandai tukar dan ubah suai kepada masak ikan jenahak.
Hasilnya, masakan ni sangat sedap. Dan sesapa yg dah boring ngan masakan cara Melayu, ha jom la kita try masakan cara sri lanka pulak.


SRI LANKAN FISH CURRY
BAHAN-BAHAN

3 keping ikan jenahak sederhana besar.
1 keping kepala ikan(yg dibelah 2 bahagian)

Bahan sangai
3 sd kecil ketumbar biji
3 sd kecil jintan manis
3 sd kecil jintan putih
1 sd kecil lada hitam
6-7 biji cili kering
2 batang kulit kayu manis
5-6 biji buah pelaga
*** blh lebihkan cili kalau nak pedas. Sis tambah dengan cili blend yg sedia ada dlm peti ais.

Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah(kecil)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun ketumbar (dgn akarnya sekali)
2 tangkai daun kari
Pes asam jawa
Air

Cara-cara:
Masukkan bahan kisar dalam blender. Masukkan sekali bahan sangai ke dalam blender tadi dan kisar hingga halus.

Bahan Tumis:
1 sudu minyak sapi+1/2 cawan minyak masak
2 sd besar halba campur
3 tangkai cili kering di potong 2/3
2 helai daun pandan -dipotong2.
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
rempah penumis 4 beradik-jika suka blh letak

1/2 kotak kecil santan KARA(sbb brand ni santannya pekat)
2-3 helai daun bay
2 cawan atau lebih air.
Gula garam secukupnya.
1 biji tomato-pilihan
2 biji cili besar hijau-pilihan

Cara-cara:
1. Panaskan minyak yg dicampur minyak sapi. Kalau ada yang suka bau kuat minyak sapi tu, tak perlu campur minyak masak. Letak minyak sapi sahaja untuk menumis. Kalau sis, sis suka campur minyak sapi dan minyak masak.
2. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Tambah cili blend jika mahu pedas.
3. Semasa proses ni, jika tak cukup minyak, perlu tambah sedikit demi sedikit minyak supaya sesuai untuk menggaringkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga bahan naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan ikan. Tambahkan air dan biar mendidih.
5. Masukkan santan, daun bay, gula dan garam secukupnya. Masukkan juga tomato dan cili hijau.
6. Bila semua sebati, tutup api dan sedia dihidang.

*** sis buat 2 version. Bila ikan dah cukup masak, sis keluarkan 1 bahagian utk en suami(sebelah bahagian kepala dan 1 bahagian badan ikan), sbb dia tak suka letak santan. Kemudian barulah sis masukkan santan utk versi kedua. Kita tukang masak kan, kita adjust la ikut kesesuaian ye.. Yang penting ahli dlm rumah ni happy.
Dua-dua version pun sedap.
Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi beras perang ataupun dicicah dengan roti.








Wednesday, 8 April 2020

MEE LADNA

Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 22 hari ni. Hari ni takde menu lunch sebab menghormati en suami yg berpuasa. Ok jugak la kalau xmasak lunch..jimat kalori sis ni.. Kalau takde, siang malam keje nya makannn je...
Menu hari ni berasaskan mee. Sementara stock mee kuning ada lagi dalam peti ais, kita buat Mee Ladna utk berbuka puasa hari ni merangkap makan malam kami. Ada juga stock tauhu dalam peti, jadinya kita buat tauhu sumbat. Kebetulan pulak, kuah lada nasi ayam hr tu masih ada.. Sesuai sangat la kan....
Jom kita start resepi mudah yg org lain pun dah tahu buat caner kan...
Sekadar kongsi2 ilmu ye gang...


RESEPI MEE LADNA

Bahan-bahan/cara-cara:
3 bahagian mee(utk 3 mangkuk)
-basuh dan tapis
2 biji bawang putih
Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak utk menumis. Letakkan 1 sudu minyak bijan.
Tumis bawang putih dan masukkan mee. Letakkan 2-3 sudu kicap manis. Gaul-gaul sehingga kicap sebati dengan mee. Angkat dan masukkan dalam 3 mangkuk yg disediakan.  Ketepikan.

Bahan-bahan kuah:
1 cawan isi ayam. Potong kecil.
2 ekor sotong. Potong bulat.
3 ulas bawang putih-diketuk dan diracik halus
1/2 biji bawang holand-potong kiub
1 inci halia-potong bulat dan memanjang-rujuk gambar
1 pokok sawi jepun
3 tangkai sayur kobis bunga-agak2 dapat 1 mangkuk kecil
1/4 biji capsicum
1/2 batang karot-potong buat dan memanjang
3 biji cili padi-belah 2
1/2 biji cili besar merah
1/2 biji tomato
sedikit daun sup dan daun bawang

1 sudu tepung jagung bancuh dengan 1 cawan air
2 cawan air
1 biji telur
1 kiub ayam
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan kuali. Masukkan minyak untuk menumis
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar.
3. Masukkan ayam dahulu. Biarkan hingga ayam masak.
4. Masukkan 2 cawan air. Kalau nak kuah lebih, lebihkan lagi air.
5. Masukkan kiub ayam. 
6. Masukkan sayur-sayur, kecuali tomato masuk last, sebelum tutup api.
7. Rasakan kuah, jika tak cukup garam, blh tambah. 
8. Masukkan sotong. Biarkan mendidih.
9. Pecahkan telur dalam cawan, kacau-kacau dengan sudu/garfu. Tuang dalam kuali. Biarkan sekejap. Jangan dikacau-kacau supaya telur tak bercampur dgn kuah. Nanti kuah jadi keruh, macam dlm gambar sis tu(kuah tak cantk sgt). Ini kes bila en suami yg sibuk nak kacau sis kat dapur hahah. Kang tak bagi kacau dia merajuk pulak..hikhikhik... 
Sepatutnya, lepas tuang telur tu, biarkan telur tu masak sekejap.
10. Last sekali, tuang air tepung jagung. Masukkan tomato. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api, boleh la dituangkan ke dalam mangkuk yang berisi mee tadi. 






Tuesday, 7 April 2020

SAMBAL IKAN CENCARU


Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 21 dah hari ni. Dah macam kira bulan ramadhan dah sis ni kan. Ada masa hari bulan pun dok silap memanjang.
Macam biasa rutin kaum ibu ni.. celik mata je nak fikir anaj2 sarapan apa.. Baru nak kemas meja dah fikir nak masak tengahari pulak..apa stock lauk dlm peti yg blh dimasak.. Cukup ke nak masak sampai malam.. Gitulah otak dok berfikir selagi tak habis PKP ni. Kalau hari2 biasa, rasa penat, tapau lauk dr tempat keje.. Malam pulak susun mana kedai tomyam yang berdekatan.. Bila dah keadaan PKP ni, nak tak nak, memang kena memasak.
Ok hari ni sis bagi idea masak sambal ikan cencaru. Ikan cencaru je ke blh buat sambal.. Apa-apa ikan yg ada dalam peti ais umah korang la jah oi.... Ni idea je..blh ubah suai ikut tekak memasing la kannn...


SAMBAL IKAN CENCARU
Bahan-bahan

2 ekor ikan cencaru-kerat dua. Gaul garam dan kunyit. Goreng jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

1/2 biji bawang besar-ditumbuk
1/2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2 senduk cili blend
air asam jawa secukupnya
Garam

Cara-cara:
Keluarkan minyak goreng ikan tadi. Tinggalkan agak2 1/2 cawan. Tumis bahan tumbuk, masukkan cili blend dan kacau hingga garing.
masukkan air asam jawa dan garam. Boleh masukkan gula jika suka manis2 sambal. Sis tak letak gula. Orang melaka memang tak suka sambal manis. 
Lebihkan sedikit air asam jawa supaya sambal ni berkuah sedikit. Tunggu sambal mendidih, tutup api dan siappp...


Monday, 6 April 2020

IKAN MASAK LEMAK CILI API DAN KERABU BAYAM BRAZIL

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 20. Macam biasa, celik mata je pepagi, kepala dok ligat pikir nak masak apa utk lunch. Sebetulnya sis dah lama rancang nak masak ikan lomak cili api kegemaran sis. Tapi ini lauk sgt membahayakan kerana pengambilan santan berlebihan blh mengundang terlebihnya kalori dlm badan hahahah.....Dah 20 hari PKP, masak lemak belum masuk dlm list menu.. so... today is the day!!!!

Bila time PKP ni kita kena bijak menggunakan sumber yg ada di rumah. Macam sis, Alhamdulillah..elok pulak biaknya bayam brazil kat tepi dapur ni. Lepas la utk buat sayur selang seli dgn sayur lain kot takut jemu kan. Rasanya lepas lg utk 3-4  minggu kalau buat sayur selang 2-3 hari sekali. Bukan apa, kalau nak beli banyak sekali sayur-sayur daun ni pun, ada masanya, tak kena gaya..sayur ni akan lecur di dalam peti ais. Kadang2 suhu peti ais tu menyebabkan dia berais pd sayur tu, kadang2 pulak sayur ni jadi melecur adoiyaii stress sis tau. Jadinya semasa PKP ke 15 en suami beli kangkung, sis terus masak. hari kedua sayur bayam yg terpaksa di bahagi 2, sbb sekali masak, nampak banyak pulak. Jadinya selepas bg laluan pd sayur2 daun ni... maka hari ni kita buat la kerabu bayam brazil pulak. Dipetik fresh bila diperlukan. Segar dari tepi dapur gitu. Sayur lain spt bendi, terung dan tomato masih blh bertahan di dalam peti ais sis.

Dalam pada tu, sebenarnya asam keping pun dah habis... limau lemon utk buat kerabu pun dah habis jugak. Semata-mata nak keluar beli 1 barang je, bukan lah satu langkah yg bijak disaat PKP ni..

Jadinya... sis dok terbayang lah akan pokok belimbing jiran depan rmh sis tu..hahaha...
Seperti biasa dh mintak kebenaran jiran dah pun. yg menurut tuan pokok ni, buahnya ada la 6-7 biji tp dh gugur pun, Tapi sis mencuba nasib, pegi la dok belek2 pokok tu, Alhamdulillah rezeki sis, elok pulak jumpa buah besar2 dalam 10 biji. Cukuplah nk letak dalam ikan masak lemak dan buat rencah dalam kerabu sebagai ganti limau. Ok, lepas buat kerabu ni kita hantar rumah jiran sebekas ye.

Ok jom kita mulakan.

 



Ikan masak lemak cili api

Bahan-bahan:
3 keping ikan jenak/merah
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi(ikut pedas)
4 biji belimbing buluh dibelah 2
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Kisar/tumbuk bawang merah, kunyit dan cii padi.
2. Masukkan ikan dalam periuk dan 1 cawan air. Hidupkan api.
3. Masukkan bahan tumbuk. Kacau sekali sekali hingga mendidih dan ikan telah masak.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan belimbing buluh.
5. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan 1/2 kotak santan KARA(brand ni pekat sikit).
6. Kaup balikkan (betul ke ayat ni) kuahnya guna senduk perlahan-lahan. Sendukkan kuah perlahan2 sbb takut ikan hancur.
6. Perasakan dgn garam..Bila dah mendidih, matikan api...siap...









KERABU BAYAM BRAZIL

Bahan-bahan:
1 mangkuk bayam brazil-ambil daun sahaja, rendam dan bersihkan. Tos.
2 batang bunga kantan-diracik
2 batang serai diracik
3 helai daun limau purut diracik
5 biji cili padi hijau(ikut kepedasan)
4 biji belimbing buluh-diracik halus-dicincang(ikut gambar)-blh ganti limau nipis/limau kasturi
-belimbing buluh ni sbg alternatif utk dptkan rasa masam kerabu kita nanti.
1/2 biji bawang holand-ptong kiub kecik2
2 biji bawang kecil-ditumbuk utk dptkan manis bawang
sedikit udang kering-ditumbuk halus-blender kering/guna chopper
sedikit gula melaka(tu gambar je...lepas snap gambar, sis decide nk guna gula perang je senang) gula putih pun blh.
garam secukup rasa

Cara-cara:
Campur semua bahan... Takde pulak gambo bayam brazil tadi hahaha...
Letak dalam mangkuk besar. Gaul sebati semua bahan. Perasakan dgn gula dan garam. Mesti ada rasa masam2, masin2, dan manis2 sikit. Rasalah kalau tak puasa. Untuk dapatkan rasa yg secukupnya..Macam sis, sampai kenyang sis dok kerja merasa. Kejap kurang garam.. tambah dan rasa lagi..kurang gula pulak..letak gula dan rasa lagi. Ha gitu le seterusnya. Jangan sampai habis semangkuk baru dapat rasa yg dikehendaki pulak...heheheh..
Ok kawan-kawan semua..selamat mencuba... Anda pasti puas hati sebab rasa rangup-rangup bayam fresh ni kan....






Sunday, 5 April 2020

ASAM REBUS IKAN SELAR KUNING

Assalamualaikum...

Hari ni PKP hari ke 19 sempena kuaratin covid 19 ni. Dah taktau nak masak cara apa lagi dah. Tak larat dah nak makan minyak2, lemak2 ni... So hari ni tetiba tekak ni dok bayang lauk bening2 gitu... ada masam2 sikit... Makan pulak dgn ikan goreng... Mesti bertambah nasi mcm tak ingat dunia ni.
Makanya hari ni, selepas diluluskan oleh ahli kabinet dalam rumah ni, maka terhasil lah asam rebus ikan selar kuning ni dan juga digandingkan dengan ikan goreng. Ada pulak sambal belacan dicicah dengan ulam bayam brazil yg dipetik ditepi dapur rumah sis. Nanti mesti ramai yg tertnya-tanya..banyak lagi ke bayam brazil umah sis. Ermmm...lepas la kalau nak masak dalam sebulan lagi. Masak air dah, masak lemak putih pun sudah, kerabu bayam brazil pun sudah. Tapikan..rasa nak repeat kerabu bayam brazil la... sedap dengan rangup2 bayam segar yg baru petik tu... terasa2 akan kesedapannya.. Sambal ikan bilis dan tempe semalam pun ada lagi, blh la jadi set utk lunch hari ni. Sesuai sgt dah tu.
Ikan selar kuning ni sebenarnya tak besar mana pun.. Ada la saiz 2 jari sis je. Tak jadi lauk pun nak makan kecik2 tu. Jadinya, kita buat asam rebus ni 4 ekor je... Cukuplah sorang sekor ikan tu kan. ^ ekor lagi kita buat goreng. Dapat lah sorang 2 ekor ikan ni. Selebihnya kita makan sambal ikan bilis ni ye...


ASAM REBUS IKAN SELAR KUNING
 Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar kuning
2 batang serai-ketuk
1 kuntum bunga kantan-dimayang
2 ulas bawang kecil-mayang
1/2 inci kunyit hidup-tumbuk(blh je ganti kunyit serbuk)
1 sudu cili blend
2-3 biji cili padi(letak sebiji-sebiji)
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
4 biji kacang bendi

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan rebus lah hingga mendidih. Masukkan ikan, biarkan mendidih hingga ikan masak. Kuah mesti ada rasa masam2 sikit baru ada umphhh...

Senang je kan. Selamat memasak wahai ibu-ibu prihatin. Stay at home, kita jaga kita... Sambil2 tu kita layan la memasak...

**** Boleh ganti ikan selar kuning ni dgn ikan selar(besar la sikit), ikan kembung ke atau ikan selayang ke, jenak, atau apa2 la janji namanya ikan. Ikan yu, ikan paus ...tak boleh la hokay!!








ROTI OATMEAL LAGI

Assalamualaikum wbt
PKP hari ke 19. Untuk ke sekian kalinya, sis meroti lagi utk stock breakfast esoknya. Kali ni sis buat roti oat yg ditambah dgn cia seed. Rasanya tidak menghampakan. Sedap bak hang.. Macam beli roti oatmeal gardenia yg plastik kaler pepel tu. Hahaha..lelebih la pulak.











https://jumeezaila.blogspot.com/2020/03/roti-putih-lembut-ala2-roti-gardenia.html


ROTI PAUNG (ala2 roti putih gardenia)

Bahan-bahan:
water roux
-6 sdb air + 2 sdb tepung high protein (masak hingga menjadi mcm kanji)-ketepikan

113 ml air suam + 2 sd besar yis (1 peket yis) + 50 gm gula perang
** satukan bahan dan biarkan 5-10 minit. Yis akan mengembang

2 sd besar mentega-cairkan (biarkan sejuk)
1 biji telur(jgn lupa basuh dulu)

Satukan bahan2 di bawah:
312 gram tpg high protein
2 sd besar susu tepung
1 sd kecil garam
1/2 sd kecil bread improver
1/2 sd kecil pelembut roti

Bahan oat:

80 gram oat
30 gram biji kuaci
2 sudu besar cia seed

Cara-cara:
1. Masukkan telur dan mentega dlm mangkuk. Kacau sebati sehaja.
2. Masukkan yis yg telah kembang tadi.
3. Masukkan bahan2 tepung. Gaul sebati.
4. Bila dah menjadi doh, masukkan water roux tadi dan uli sebati hingga tepung elastik ataupun kurang melekat di tangan. Kalau pakai mixer, lagi senang la.Kemudian, letak bahan aot tadi dan putar lagi.
5. Rehatkan doh selama 1 jam ataupun sehingga doh naik sekali ganda
6. Keluarkan dari bekas, (rujuk youtube...) Uli lagi untuk keluarkan angin dari doh.
7. Leperkan dgn kayu penggelek... Gulung doh padat2 dan letakkan dalam dulang pembakar.
8. Rehatkan doh 40 minit hingga 1 jama atau hingga doh naik lagi sekali ganda.
9. Bila doh betul2 dah naik.. bakar dlm oven dgn suhu 170C-180C-bgantung pd oven.
10. Bakar api bawah selama 20 minit, kemudian guna api atas bawah utk bakar permukaan atas roti lbh kurang 5 minit supaya dapat warna coklat yg cantik.(golden brown).

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...