Thursday, 9 April 2020

SRI LANKAN FISH CURRY

Assalamualaikum wbt

PKP hari ni hari ke 23 kita semua di kuarantin sempena wabak covid 19.
Menu hari ni sis kena sebut ala-ala org puteh sikit sebabnya, kaau nak sebut Melayu, macam tak bape na kena la pulak. Kari Ikan Gaya Sri Lanka. Ha gitu la nama menu sis hari ni. Masakan ni adalah inspirasi dari kenalan FB sis, merangkap adik2 yg hebat juga masakannya bila sis perhatikan hahaha. Bila adik sis ni mengatakan yang masakan Sri Lankan Style sedap, maka teringinla sis nak mencubanya. Dapat pulak resepinya menggunakan bahan2 yang ada di rumah. Seram Sejuk jugak la nak mencubanya. Takut tak kena dengan tekak en suami. Kang tak diusik pulak lauk yang sis masak dengan kasih sayang tu. Hahaha... Resepi asal dari Aira ni menggunakan ketam sebagai asasnya, Sis puak pandai-pandai tukar dan ubah suai kepada masak ikan jenahak.
Hasilnya, masakan ni sangat sedap. Dan sesapa yg dah boring ngan masakan cara Melayu, ha jom la kita try masakan cara sri lanka pulak.


SRI LANKAN FISH CURRY
BAHAN-BAHAN

3 keping ikan jenahak sederhana besar.
1 keping kepala ikan(yg dibelah 2 bahagian)

Bahan sangai
3 sd kecil ketumbar biji
3 sd kecil jintan manis
3 sd kecil jintan putih
1 sd kecil lada hitam
6-7 biji cili kering
2 batang kulit kayu manis
5-6 biji buah pelaga
*** blh lebihkan cili kalau nak pedas. Sis tambah dengan cili blend yg sedia ada dlm peti ais.

Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah(kecil)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun ketumbar (dgn akarnya sekali)
2 tangkai daun kari
Pes asam jawa
Air

Cara-cara:
Masukkan bahan kisar dalam blender. Masukkan sekali bahan sangai ke dalam blender tadi dan kisar hingga halus.

Bahan Tumis:
1 sudu minyak sapi+1/2 cawan minyak masak
2 sd besar halba campur
3 tangkai cili kering di potong 2/3
2 helai daun pandan -dipotong2.
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
rempah penumis 4 beradik-jika suka blh letak

1/2 kotak kecil santan KARA(sbb brand ni santannya pekat)
2-3 helai daun bay
2 cawan atau lebih air.
Gula garam secukupnya.
1 biji tomato-pilihan
2 biji cili besar hijau-pilihan

Cara-cara:
1. Panaskan minyak yg dicampur minyak sapi. Kalau ada yang suka bau kuat minyak sapi tu, tak perlu campur minyak masak. Letak minyak sapi sahaja untuk menumis. Kalau sis, sis suka campur minyak sapi dan minyak masak.
2. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Tambah cili blend jika mahu pedas.
3. Semasa proses ni, jika tak cukup minyak, perlu tambah sedikit demi sedikit minyak supaya sesuai untuk menggaringkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga bahan naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan ikan. Tambahkan air dan biar mendidih.
5. Masukkan santan, daun bay, gula dan garam secukupnya. Masukkan juga tomato dan cili hijau.
6. Bila semua sebati, tutup api dan sedia dihidang.

*** sis buat 2 version. Bila ikan dah cukup masak, sis keluarkan 1 bahagian utk en suami(sebelah bahagian kepala dan 1 bahagian badan ikan), sbb dia tak suka letak santan. Kemudian barulah sis masukkan santan utk versi kedua. Kita tukang masak kan, kita adjust la ikut kesesuaian ye.. Yang penting ahli dlm rumah ni happy.
Dua-dua version pun sedap.
Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi beras perang ataupun dicicah dengan roti.








No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...