Monday, 6 April 2020

IKAN MASAK LEMAK CILI API DAN KERABU BAYAM BRAZIL

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 20. Macam biasa, celik mata je pepagi, kepala dok ligat pikir nak masak apa utk lunch. Sebetulnya sis dah lama rancang nak masak ikan lomak cili api kegemaran sis. Tapi ini lauk sgt membahayakan kerana pengambilan santan berlebihan blh mengundang terlebihnya kalori dlm badan hahahah.....Dah 20 hari PKP, masak lemak belum masuk dlm list menu.. so... today is the day!!!!

Bila time PKP ni kita kena bijak menggunakan sumber yg ada di rumah. Macam sis, Alhamdulillah..elok pulak biaknya bayam brazil kat tepi dapur ni. Lepas la utk buat sayur selang seli dgn sayur lain kot takut jemu kan. Rasanya lepas lg utk 3-4  minggu kalau buat sayur selang 2-3 hari sekali. Bukan apa, kalau nak beli banyak sekali sayur-sayur daun ni pun, ada masanya, tak kena gaya..sayur ni akan lecur di dalam peti ais. Kadang2 suhu peti ais tu menyebabkan dia berais pd sayur tu, kadang2 pulak sayur ni jadi melecur adoiyaii stress sis tau. Jadinya semasa PKP ke 15 en suami beli kangkung, sis terus masak. hari kedua sayur bayam yg terpaksa di bahagi 2, sbb sekali masak, nampak banyak pulak. Jadinya selepas bg laluan pd sayur2 daun ni... maka hari ni kita buat la kerabu bayam brazil pulak. Dipetik fresh bila diperlukan. Segar dari tepi dapur gitu. Sayur lain spt bendi, terung dan tomato masih blh bertahan di dalam peti ais sis.

Dalam pada tu, sebenarnya asam keping pun dah habis... limau lemon utk buat kerabu pun dah habis jugak. Semata-mata nak keluar beli 1 barang je, bukan lah satu langkah yg bijak disaat PKP ni..

Jadinya... sis dok terbayang lah akan pokok belimbing jiran depan rmh sis tu..hahaha...
Seperti biasa dh mintak kebenaran jiran dah pun. yg menurut tuan pokok ni, buahnya ada la 6-7 biji tp dh gugur pun, Tapi sis mencuba nasib, pegi la dok belek2 pokok tu, Alhamdulillah rezeki sis, elok pulak jumpa buah besar2 dalam 10 biji. Cukuplah nk letak dalam ikan masak lemak dan buat rencah dalam kerabu sebagai ganti limau. Ok, lepas buat kerabu ni kita hantar rumah jiran sebekas ye.

Ok jom kita mulakan.

 



Ikan masak lemak cili api

Bahan-bahan:
3 keping ikan jenak/merah
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi(ikut pedas)
4 biji belimbing buluh dibelah 2
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Kisar/tumbuk bawang merah, kunyit dan cii padi.
2. Masukkan ikan dalam periuk dan 1 cawan air. Hidupkan api.
3. Masukkan bahan tumbuk. Kacau sekali sekali hingga mendidih dan ikan telah masak.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan belimbing buluh.
5. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan 1/2 kotak santan KARA(brand ni pekat sikit).
6. Kaup balikkan (betul ke ayat ni) kuahnya guna senduk perlahan-lahan. Sendukkan kuah perlahan2 sbb takut ikan hancur.
6. Perasakan dgn garam..Bila dah mendidih, matikan api...siap...









KERABU BAYAM BRAZIL

Bahan-bahan:
1 mangkuk bayam brazil-ambil daun sahaja, rendam dan bersihkan. Tos.
2 batang bunga kantan-diracik
2 batang serai diracik
3 helai daun limau purut diracik
5 biji cili padi hijau(ikut kepedasan)
4 biji belimbing buluh-diracik halus-dicincang(ikut gambar)-blh ganti limau nipis/limau kasturi
-belimbing buluh ni sbg alternatif utk dptkan rasa masam kerabu kita nanti.
1/2 biji bawang holand-ptong kiub kecik2
2 biji bawang kecil-ditumbuk utk dptkan manis bawang
sedikit udang kering-ditumbuk halus-blender kering/guna chopper
sedikit gula melaka(tu gambar je...lepas snap gambar, sis decide nk guna gula perang je senang) gula putih pun blh.
garam secukup rasa

Cara-cara:
Campur semua bahan... Takde pulak gambo bayam brazil tadi hahaha...
Letak dalam mangkuk besar. Gaul sebati semua bahan. Perasakan dgn gula dan garam. Mesti ada rasa masam2, masin2, dan manis2 sikit. Rasalah kalau tak puasa. Untuk dapatkan rasa yg secukupnya..Macam sis, sampai kenyang sis dok kerja merasa. Kejap kurang garam.. tambah dan rasa lagi..kurang gula pulak..letak gula dan rasa lagi. Ha gitu le seterusnya. Jangan sampai habis semangkuk baru dapat rasa yg dikehendaki pulak...heheheh..
Ok kawan-kawan semua..selamat mencuba... Anda pasti puas hati sebab rasa rangup-rangup bayam fresh ni kan....






No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...