Saturday, 4 April 2020

SAMBAL GARING IKAN BILIS DAN TEMPE

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 18 sempena covid 19 ni. Macam biasa, cuti lockdown ni, sis akan sediakan 1 menu utk makan tengahari. Kalau sekiranya hari tersebut, ahli rmh berpuasa, makanya, menu tengahari akan di bawa ke makan malam merangkap berbuka puasa. Tapi hari ni sis sediakan makan tengahari. Menu hari ni ialah sambal ikan bilis garing. Biasanya kita akan panggil sambal goreng ataupun sambal kering. Kalau sebut sambal goreng tu, sebahagiannya di antara kita  akan faham yang ianya sambal ikan bilis yg di buat garing dengan cilinya dimasak betul2 garing dan kering. Ini akan menjadikan ikan bilis tersebut garing walaupun disimpan beberapa hari di luar peti ais. Yang pastinya jangan letak dalam peti ais la. Kalau letak dalam peti ais, hilanglah akan kerangupan ikan bilis tersebut.

ajommmm... kita tengok resepi mudah sesangat ni, tapi cara penyediaanya kena betul2 garing supaya ikan bilis akan rangup bila dicampur dgn sambalnya nanti. Sis mmg x sempat nak ambik gambar, sbb masak dok kelam kabut...angkat dah terus makan..gitu la hari2.. InshaAllah next time bila buat sambal ni lagi, sis akan ambik gambar texture dan consistency csambal bila dah garing tu..hahaha blh pulak ayat omputeh terkeluar dr mulut sis ni...




Sambal Ikan Bilis Kering/Garing

Bahan-bahan:

Semangkuk ikan bilis-basuh dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2 keping tempe-potong nipis dan goreng garing. Angkat dan ketepikan.

Sambal:
5 ulas bawang putih-tumbuk
6-7 ulas bawang kecil (merah)-tumbuk
4 senduk cili blend
***Kalau nak dapatkan texture bawang yg halus... kalau dah ada cili blend ni, ambik 4 senduk blend lagi sekali dgn bawang putih dan bawang merah.
1/2 atau 3/4 cawan minyak utk menumis. (ambik minyak lebihan goreng ikan bilis lg baik, dapat manis kesan goreng ikan bilis td. Pastikan minyak goreng ikan bilis tu, minyak yg baru letak, bukan kesan goreng ikan masin semalam...
garam dan sedikit gula

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili blend hingga garing. Sekiranya cili meletup2 itu maknanya kurang minyak. Kena ada minyak di sekeliling cili tu ye...alahai, betul ke ayat ni...hehehe... Maknanya, bila cili dalam kuali, kena ada lebih sikit lapisan minyak tu daripada lapisan cili. Baru lah cili akan mudah garing. kalau minyak sikit..alamatnya 4-5 jam lagi lah nak tunggu cili tu betul2 masak.
Kacau2 sekali sekali supaya cili tak hangus. Masak lagi hingga cili tu pecah minyak. Bila cii dan minyak menggoreng agak2 nampak macam terpisah dan cili dah warna agak gelap dari sambal biasa tu..maknanya dah garing la tu.. Jangan lua masukkan sedikit garam dan gula (sis asingkan pd 2 mangkuk..1 mangkuk letak gula, 1 lg x letak gula sbb en suami x suka). Tutup api dan biarkan dalam 10 minit supaya sambal sejuk sedikit. . Bila sambal dah agak suam2 gitu, blh la dicampurkan dgn ikan bilis dan tempe yg telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dihidang.
**Nanti kita akan nampak minyak dan cili dah terasing dan minyak nampak banyak. Boleh letak dlm tapis santan supaya dapat keluarkan minyak tu. Kemudian baru letak dalam mangkuk utk dihidang. Minyak yg keluar dari tapis tu blh la dibuang.





KEK BATIK LEJEN

Assalamualaikum wbt

HARI KE 18 PKP. Bermakna kita dah masuk PKP FASA 2 HARI KE 4

Hari ni dah hari ke 18 kita semua berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Nampaknya, rata2 yg terkurung dlm rumah sendiri ni dok memikirkan apa la makanan yg nak dibuat bg mengisi masa lapang kat rumah. Yang ada anak2 kecik tu, kerjanya nak mengunyah je. Sis kat rumah ni, walaupun ada sorang dara, tp dia pun sama naik je ajak mamanya projek buat macam-macam. Habis rosak diet mama ni kakak oi. Petang semalam dia ajak buat kek batik. Sis tanya nak kek batik yg viral letak cheese kat atas tu ke ataupun nak yg letak coklat kat atas tu?.. Dia jwb..Nak kek batik lejen versi mama. Ok, mama bg resepi kakak buat ok. So resepi tu kita kena buat 1/2 je drp resepi ni sbb nya kita berdua je yg makan...Lagi satu, lagi banyak kek tu dlm peti, maka lagi banyak la kebarangkalian kita nak bukak tutup peti ais.. kita juga yg makan banyak..Ha nampak tak kat situ?? Adoiyaiii sis dah mula seram... tolong jangan tukar saiz badan bila habis pkp ni...

Ok, kat bawah ni, terhasil lah kek batik hasil sentuhan tangan anak dara sis. Sis akan bg resepi sebenar dan resepi kuarantin hahaha.

Sejarah resepi kek batik ni.. Sis belajar buat kek ni dari mak kepada adik angkat sis yg ketika itu umur sis 15 tahun. Haa nak citer, umur 15 thn dah pandai masak okay... haaaa loghat je nk citer... bak kat org melaka laaa. Semasa kat asrama, dia selalu bg sis rasa kek batik buatan mak dia ni. Sampai lah suatu hari sis ikut dia balik rumah hujung minggu. Dan mintak mak dia ajar buat kek batik ni dan sehingga ke hari ni, sis masih lagi setia dgn resepi kek batik versi mak kpd adik angkat sis ni. Moga ilmu yg mengalir ni akan memberi pahala juga buat makcik ni. Datanglah macam2 jenis kek batik yg ada, yg viral di zaman sekarang, macam2 versi siap toping coklat la, toping cheese la... tp kek batik klasik versi mak adik angkat sis ni juga yg tetap dihati.

Ptg semalam, dgn konfidennya, Mira keluarkan bahan2 nak buat kek batik ni. Bia semua dah disediakan, baru perasan susu pekat manis takde kat rumah.. Hahahah mati lanakkkk. Nak keluar beli semata-mata 1 tin susu dgn jam dah menunjukkan pukul 7.30 ptg..ko rase????

Ok sis bg resepi asal kek batik ni dulu.

HARI NI KITA BUAT KEK BATIK VERSI KUARANTIN PULAK.

RESEPI KEK BATIK

400 gram biskut merrie (belah 4)
1/2 cawan gula pasir
8 biji telur
250 gram butter
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar milo
1 sd teh esen vanila
gravy browning(ssh nak jumpa sekrang)
-sis ganti dgn coklat emulco (3 sudu-utk dptkan warna hitam)
1 sudu perisa coklat(botol mcm esen vanila)

Cara-cara:
1. Letak kuali atas dapur. Masukkan butter dan cairkan dengan api perlahan.
2. Dalam mangkuk, masukkan telur dan gula. Pukul sedikit hingga gula larut..
3. Bila butter dah cair, masukkan telur dan gula tadi.
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Sambil tu kena kacau2 sebab semasa proses ni, telur mula melekat-lekat di kuali dan hampir mengeras. Api perlahan ye.
6. Masukkan milo, esen vanila, perisa coklat dan coklat emulco.Kacau sehingga kita nampak bahan tadi hampir pekat.
7. Masukkan biskut dan kacau rata hingga semua biskut melekat dgn bahan2 di atas.
8. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang.
9. Cari plastik bersih, masukkan tangan dalam plastik tu dan tekan tekan lah guna jari jemari yg halus tu. Tekan padat2 supaya biskut tu tersusun cantik bila dipotong. Tutup loyang tu dgn plastik dan simpan dalam peti ais lbh kurang 2-3 jam. jangan letak tempat beku pulak. kang cakap letak peti bawah, ada pulak zaman skrg ni pesen freezernya belah bawah... so nk cakap simpan kat mana tu???Pandai2 la korang decide.
***Kalau dah tak sabar nak makan, lepas 1-2  jam blh la di potong cantik2, ambik gambar tunjuk kat sis dulu baru blh dimakan. Hehehe


Kat bawah ni pulak sis bagi resepi versi kuarantin, guna bahan darurat yg ada di rumah.
Sebabnya xde susu pekat manis kat rumah, kita ejas guna susu kotak(fresh milk).
Lagi satu, sis ni jenis yg x suka sgt kuih yg manis2 ni. takde feel nak makan. Biasanya resepi atas tu pun sis akan kurangkan sukatan gulanya. here is the recipe.


RESEPI KEK BATIK VERSI KUARANTIN

250 gram biskut merri(1 peket), belah 4
125 gram butter
1/4 cawan gula
3/4 cawan susu segar(anchor)
4 biji telur gred B
1 sudu besar milo
1 sd kecil esen vanila
1 sd kecil esen coklat(kalau xde pun xpe)
1 1/2 sudu besar coklat emulco
2 sudu besar paste capucino emulco

Cara-cara: blh je ikut cara kat atas tu.. Samo yooo....

SELAMAT MENCUBA YE.

#stayathome
#tqfrontliners
#PKPfasa2day4

Friday, 3 April 2020

ROTI JALA

Assalamualaikum wbt

PKP Hari ke 17. Kalau tadi sis dah tempekkan resepi mee kari utk lunch kami... Kuah mee kari tu kita simpan utk cicah dgn roti jala pulak sebagai menu minum petang merangkap makan malam hari ni. Resepi mee kari blh la klik link di bawah.
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/04/mee-kari.html

Jom sis bagi resepi roti jala kat bawah ni. Banyak versi roti jala ni.. ada yg letak santan, ada letak susu... tapi utk resepi sis ni,  sis bancuh dgn air je. Ala-ala jimat kalori gitu kan... memang sihat la kekononnya sbb kuah kari pun tak letak santan... bancuhan roti jala pun tak letak santan juga... Moga tak bertambah la berat badan sis time pkp ni... Aminnn...


RESEPI ROTI JALA

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
3 sudu minyak masak
1 biji telur
sedikit garam
beberapa titis pearna kuning telur

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati. Tapis bancuhan dan blh la menjala dengan selamatnya. Selamat menjala....




MEE KARI

Assalamualaikum wbt
#PKP hari ke 17. Kita buat mee kari utk lunch hari ni. En suami beli mee kuning ni 2 kg, jadi kena pandai ejas...ada hari yg perlu di jadikan mee kuning ni sbg main menu.  Alang2 bahan asas pun memang dah tersedia dalam peti ais ni. Kalau setakat satu dua barang yg takde tu, kita pejam mata sebelah la.. Takdelah sampai lari rasa mee kari korang tu kan.. Tauge takde, kita ganti dengan lobak merah, aci jugak kan. Yang penting pada asasnya, kuah kari.

Ha jommm tgk resepi cara sis, cara masak mee kari menggunakan bahan yg ada di rumah je.
Tapi, mostly, bahan asas tu mmg dah ada dlm simpanan. Lebih ayam yang buat nasi ayam 2 hari lepas masih ada lg 1/4 ekor. Jom..jom.... jgn bg sis merepek byk sgt. Tak jadi keje nanti. Kuah mee kari ni sis mmg buat lebih sikit untuk dimakan dengan roti jala sbg minum petang merangkap dinner sekali. Jadi, sis memang buat siap2 letak kentang dalam mee kari sis ni.

MEE KARI:
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam(potong kecil-kecil)-basuh dan ketepikan.

Bahan Tumis:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
3 biji buah keras(utk pekatkan kuah)
(tumbuk bahan2 tumis di atas)
1 sudu cili blend-kalau nak pedas.(x letak sbb rempah kari dah pedas)

Rempah penumis 4 sekawan
2 tangkai daun kari-berguna juga daun kari yg banyak tumbuh melata kt belakang rmh ni
2 senduk rempah kari daging(atau lebih sikit-sbb sis tak letak santan)
1/2 cawan minyak utk menumis.
air asam jawa secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

1 biji kentang sederhana-potong kiub
fishball secukupnya

Rencah tabur:
2 biji/ketul tauhu-goreng dan potong nipis
1 pokok sawi jepun-celur
2 biji telur-direbus dan belah 2
1/2 biji cili besar hijau-dimayang
1/2 biji cili besar merah -dimayang
1/2 batang lobak merah-dipotong halus-celur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan, daun kari dan bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Sediakan air asam jawa siap-siap.
3. Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan rempah kari(x perlu bancuh, ready letak air asam jawa je). Rempah kari akan meresap dalam minyak dan terus letak air asam jawa sikit-sikit. Jika perlu tambahkan sedikit minyak supaya dapat garingkan rempah kari tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kentang dan ayam dan biarkan mereneh seketika.
5. Tambah lagi air asam jawa secukupnya dan biarkan mendidih sehingga kentang dan ayam masak.
6. Masukkan kiub ayam, garam dan gula jika suka. Sis tak letak gula. Bila dah sebati rasanya, tutup api dan siappp....

*** bahan tambahan kalau ada kat rmh_tauge, bawang goreng
*** kuah kari ni cara sis x guna santan, kalau anda suka, blh letak santan 1 kotak kecil














Thursday, 2 April 2020

SAMBAL SOTONG DAN LEMAK BAYAM

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 16 kuarantin sempena covid 19 ni. Menu hari ni simpe je. Kita recycle lauk sambal sotong kering yg sis buat pd PKP hari ke 4. Kebetulan sis masak banyak,  sis asingkan separuh dan simpan dalam sejuk beku. Biasanya lauk kalau buat banyak, sis akan asingkan dan difrozenkan lauk tu tetap segar seperti baru masak. Apa yg perlu ialah, kita defrostkannya dan panaskan dalam microwave.
 Resepi sambal sotong kering klik link di bawah.

https://jumeezaila.blogspot.com/2020/03/pkp-4-sambal-sotong-kering-dalca.html


RESEPI LEMAK BAYAM

BAHAN-BAHAN:
1/2 ikat sayur bayam (1 mangkuk sekali makan je ni)
2 batang tebu telur (elok pulak ada kat pokok)
1 biji bawang kecil-tumbuk blh, nk mayang pun blh
sedikit ikan bilis-tumbuk
1/4 biji cili besar merah-dimayang(4-5 keping je dpt)
1/2 kotak kecil santan
1/2 kiub ikan bilis -kalau ada
3/4 cawan air

Cara-cara:
Masukkan bayam, air, cili, bawang, kiub ikan bilis  dan ikan bilis. Masak atas dapur hingga mendidih. Perasakan dgn garam. Masukkan santan dan tunggu 2-3 minit supaya santan didih sekejap. Part ni kena api perlahan dan sentiasa kacau utk elak santan berketul dan jadi tak cantik kuah nya nanti. Bila dah keluar buah mendidih tu, tutup api dan siap...


PUMPKIN SOUP WITH PARMESAN BREAD

Assalamualaikum wbt

Hari ke 16 PKP sempena wabak Covid 19. Minum ptg merangkap makan malam kami hari ini ialah pumpkin soup witg parmesan bread. Maknanya buat sup labu dan roti cheese parmesan. Jangan kata buat sup labu macam buat sup air tu pulak ye. thats why la kena sebut ala2 owang puteh sikit hahaha.
Pumpkin soup...

OK jom buat jom...

PUMPKIN SOUP
1/4 biji labu sederhana(utk 3 org)-stim/rebus

1/2 biji bawang holland-potong kiub
1 sudu besar mentega
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sd teh parsley/origano/italian herbs

2 cawan susu segar kotak(blh juga ganti dgn whipping cream)-lg lemak berkrim
2 cawan air
garam

***satu cara lg : stim atau rebus labu dgn bawang hollad siap. Bila dah empuk, masukkan dlm blender. Blend dan tuang dalam periuk. Masukkan butter dan semua bahan2 di atas. Siap...
*** kalau labu direbus, guna air labu skali semasa mengisar.

CARA-CARA:
1. Panaskan mentega, tumis bawang holand hingga kekuningan.
2. Masukkan labu, kuib ayam dan sedikit air. Tutup api. Tuang dalam blender. Kisar hingga halus.
3. Tuang semula ke dalam periuk, nyalakan api dapur. Masukkan susu, air, lada hitam dan parsley/italian herbs.
4. Masukkan garam dan biarkan mendidih. Tutup dan sedia dihidang.

Parmesan bread:
ikut link di bawah. Tukar kan cheddar cheese kpd parmesan cheese.
https://jumeezaila.blogspot.com/2014/10/cheese-stick-bread.html









Wednesday, 1 April 2020

NASI AYAM

Assalamualaikum wbt

PKP HARI KE 15/HARI 1 PKP FASA 2

Diam tak diam kita telah pun habis kuarantin selama 14 hari untuk pertama. Kerajaan terpaksa menyambung kuarantin selama 14 hari lagi demi memutuskan rantaian covid 19 ini. Semoga wabak ini segera berakhir. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memainkan peranan kita dgn duduk diam di rumah utk mengelakkan penularan covid 19 ini, mengamalkan social distancing(penjarakan sosial) sekiranya terpaksa keluar bertemu dgn orang ramai.

Hari pertama PKP FASA 2 kita masak nasi ayam. Tak susah nk dapatkan stock ayam ni kerana tempat proses ayam segar hanya 5 minit dari rumah. Cuma telefon, nyatakan berapa ekor ayam yg kita nak, belah 4,8,12? Bagitau harga,... bila dah ready kita terus pergi ambil dan bayar. Tak perlu berebut-rebut seperti di pasar dan terpaksa menjaga jarak sosial dgn org sekeliling kita. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan sis.

Jom kita buat nasi ayam simple cara sis. Kita guna apa yg ada je...yg kebanyakan bahan asas memang ada dlm koleksi dapur kita. Hari ni sis jadikan blog Azlita sbg panduan dan ubahsuai cara sis.

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2010/12/nasi-ayam.html

Resepi NASI AYAM

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam(kerat 2)-
Masuk dalam periuk, masukkan garam, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yg diketuk. Rebus ayam hingga 1/2 masak. Boleh juga nak rebus hingga masak. Bila dah masak, tutup api. Keluarkan ayam dan perap dgn kicap. Goreng. sis cuma gaulkan dgn kunyit, serbuk lada hitam shj. Kemudian masuk Air fryer je sbb xnk minyak2 sgt. (tp ayam akan keras sedikit).
Air rebusan ayam boleh digunakan sebagai sup nasi ayam. Taburkan daun su, daun bawang dan bawang goreng. Siap.

Nasi:
2 pot kecil beras basmathi (dibasuh dan masukkan dalam periuk nasi)
3 cawan air rebusan ayam.

bahan tumbuk:(atau dimayang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang kecil

bahan penumis:
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah peaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar mentega.

Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan tumis rempah penumis hingga naik bau. Masukkan bahan tumbuk dan masak hingga garing. Tuang dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan. Kacau dan on kan elektrik. Letakkan beberapa titis minyak bijan jika ada. Biarkan nasi hingga masak.

Kuah cili:
3 biji cili besar warna merah
2 biji cili api
2 biji lemon(ambil perahan airnya)
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Gula dan garam secukupnya.
sedikit air masak
-Kisar semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. tutup api dan siap. Rasakan manis. masin dan masam. Ubahsuai ikut selera.

Kuah kicap:
Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan tambahkan kicap pekat manis. Siap.

Ulam-ulam:
Timun
Tomato
Salad










KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...