Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP hari ke 16 kuarantin sempena covid 19 ni. Menu hari ni simpe je. Kita recycle lauk sambal sotong kering yg sis buat pd PKP hari ke 4. Kebetulan sis masak banyak, sis asingkan separuh dan simpan dalam sejuk beku. Biasanya lauk kalau buat banyak, sis akan asingkan dan difrozenkan lauk tu tetap segar seperti baru masak. Apa yg perlu ialah, kita defrostkannya dan panaskan dalam microwave.
Resepi sambal sotong kering klik link di bawah.
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/03/pkp-4-sambal-sotong-kering-dalca.html
RESEPI LEMAK BAYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ikat sayur bayam (1 mangkuk sekali makan je ni)
2 batang tebu telur (elok pulak ada kat pokok)
1 biji bawang kecil-tumbuk blh, nk mayang pun blh
sedikit ikan bilis-tumbuk
1/4 biji cili besar merah-dimayang(4-5 keping je dpt)
1/2 kotak kecil santan
1/2 kiub ikan bilis -kalau ada
3/4 cawan air
Cara-cara:
Masukkan bayam, air, cili, bawang, kiub ikan bilis dan ikan bilis. Masak atas dapur hingga mendidih. Perasakan dgn garam. Masukkan santan dan tunggu 2-3 minit supaya santan didih sekejap. Part ni kena api perlahan dan sentiasa kacau utk elak santan berketul dan jadi tak cantik kuah nya nanti. Bila dah keluar buah mendidih tu, tutup api dan siap...
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
No comments:
Post a Comment