Saturday 21 March 2020

SAMBAL SOTONG KERING & DALCA

ASSALAMUALAIKUM

Hari ke 4 #perintahkawalanpergerakan buat rakyat Malaysia. Menu hari keempat lockdown sempena covid 19 ni ialah sambal sotong kering. Cerita sotong kering jugak telah dibeli oleh en suami semasa terlibat dgn kerja luar di Sabah. Biasanya, sotong kering dan ikan bilih menjadi bahan wajib utk dibeli. Dah 4 bulan sotong kering ni menghuni peti ais sis. Sempena perintah kawalan pergerakan ni, dapat la sis masak sambal sotong.

Cara nak lembutkan sotong kering ni, ada yg kata kena beli ubat sotong kat kedai cina ataupun ada jual di sesetengah kedai2 runcit. Cara kedua ialah dgn merendam sotong ni dalam air dan dicampur dengan soda bikarbonat. Rendam semalaman dan pagi esok basuh bersih, potong kecil dan boleh lah dimasak. Tapi sotong sis ni masih lg terasa liat-liat bila dah siap masak. Jadinya, sis letak sotong yg dh rendam dgn soda tu, masuk dalam presure cooker pulak selama 10-15 minit.

Sempena perintak kawalan pergerakan ni, kita hanya main masak2 menggunakan sumber yg ada je. pergerakan ke luar adalah terbatas so kita keluar masuk dapur je setiap masa. Mujur hari ni kami bertiga berpuasa sunat rejab..makanya menu lunch yg dirancang di bawa ke menu dinner untuk berbuka puasa. Yang penting menu #pkp hari ke 4 accomplished.

Sambal sotong digandingkan dgn dalca simple.
Sempat juga buat sagu gula melaka sbg pemanis mulut utk berbuka puasa.


Resepi Sambal Sotong Kering

Bahan2:
10 ekor sorong kering - potong kecil
2 senduk cili kisar
4-5 ulas bwg putih-cincang halus
1/2 biji bawang besar sederhana(jimatkan bwg sbb pkp)
ais asam jawa
garam dan sedikit gula bg yg xnak pedas.

Cara2:
Tumis bawang putih, masukkan cili. masak hingga cili garing.
Masukkan sotong, bawang besar dan air asam jawa.
Biarkan didih lama sedikit supaya sotong lembut.
Rasakan dgn garam dan gula.
Siap


RESEPI DALCA SIMPLE
1/2 cawan kacang dal-rendam sekejap dan rebus hingga empuk
-boleh juga masuk dlm presure cooker masak selama 15 minit.
4-5 ulas bwg putih(2 ulas dimayang, 3 ulas belah 2 dan masuk dlm dal yg nk rebus td.
1/2 biji bwg besar-dimayang
2 tangkai daun kari-ambil pokok tepi rumah
1 sudu besar biji sawi campur
3 tangkai cili kering(potong 3)
1/2 batang lobak merah-potong bulat
1 biji kentang -belah 4
1 biji tomato
1 cwn terung pipit/terung manggur(tumbuh kat tepi rumah)
-**sepatutnya letak terung panjang/bulat. Tp terung tiada dlm simpanan, tetiba sis teringat akan pokok terung pipit yg tumbuh di tepi pagar rmh sis ni.. so ganti dgn terung pipit
sedikit kunyit serbuk dan garam

Cara2:
Kacang dal direbus hingga empuk. Kalau rebus atas dapur biasa, rebus hingga agak2 dekat nk empuk tu, masukkan kentang dan lobak merah. Rebus lg hingga kentang dan lobak tu empuk.
Dalam kuali lain, masukkan minyak agak2 utk goreng sayur.
Tumis daun kari, bwg putih dan bwg besar yg dimayang td dan cili kering yg dipotong2.
Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan biji sawi. Kacau sekejap, matikan api dan masukkan ke dalam periuk kacang dal yg telah direbus empuk tadi. Masukkan kunyit serbuk dan garam.
Didihkan sekejap dan masukkan juga tomato dan terung pipit.
Tutup api dan siap utk dihidang.



 Resepi Sagu Gula Melaka. Will update later. Tapi banyak je dlm blog2 lain yg bagi resepi sagoo ni. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...