Sunday, 12 April 2020

SAMBAL IKAN PARANG

Assalamualaikum.....
Hari ni PKP ke 26 sempena kuarantin covid 19. 2 hari lagi akan berakhir pkp fasa 2. Dan selepas itu kita akan masuk ke pkp fasa 3 pula. Semoga wabak ini segera berakhir. Buat rakyat Malaysia...stay at home, sekiranya terpaksa keluar silalah menjaga jarak anda melalui penjarakan sosial demi mengelakkan kita dari terkena jangkitan daripada org sekeliling kita. Jalan terbaik adalah sentiasa berada di rumah. Ambillah peluang berada di rumah bersama anak-anak dengan mendidik anak-anak cara kita pula. Di sekolah tugas cecikgu mendidik anak2 kita dan memberi ilmu yang sepatutnya. Tiba di rumah, tugas kita sebagai ibubapa untuk mendidik anak dengan acuan kita pulak. Banyak lagi ilmu lain yng perlu kita didik anak-anak kita ni.. Contohnya, masa ni lah kita nak ajar anak-anak cara lipat baju dengan betul, mop lantai ke, kemas rumah ke...ajak juga anak-anak menjaga kebersihan tandas, bimbing anak-anak cara cuci bilik air. Jangan bila kita pergi rumah orang kita geli nak masuk bilik air orang yang tanpa kita sedari, bilik air rumah kita pun sama je berkeladak. Tolong lah ajar anak-anak menjaga kebersihan di rumah juga terutama kebersihan tandas. 
Haaa tu sikit je sis bagi tips utk didik anak2 kita sejak kecil lagi. Sis bagi tau ni bukan main cakap je ye. Ini berdasarkan pengalaman sis jugak okay.. 
OK LAH..CITER PASAL SAMBAL IKAN PARANG PULAK LAH.. Bagi orang Melaka, ikan parang ni, satu kebanggan betul kalau dapat makan. Nak nak pulak area Kuala Sungai Baru ni memang tempat terkenal dengan ikan parang fresh. Para nelayan di sini yang mempunyai bot-bot besar akan menangkap ikan parang di perairan sini. Sis beruntung, sebab rumah berhampiran dengan pantai, dan ikan parang baru naik dari bot ni memang mudah nak dapat. Kebetulan pula bekas pengasuh anak2 sis memang ada bot besar untuk menangkap ikan parang dan tenggiri. Manis ikan baru ni memang susah nak cerita laaa. memang sedap. Pastinya masakan kegemaran ahli keluarga sis ialah sambal ikan parang. Kalau sis pula, ikan parang yang baru ni sedap dibuat masak pindang. Rebus tanpa tumis, mak aii dia punya manis dan lemak-lemak ikan tu terasa-rasa kat tekak tou!!Nak-nak pulak isi lembut dibahagian perut ikan tu... Takleh nak citer la.. memang sodap giler. Selain daripada itu ikan parang ni sedap jugak dibuat masak lemak dan asam pedas. Tapi dalam banyak-banyak menu masakan ni, masak sambal adalah menjadi priority. Dapat pulak ikan parang yang jenis besar dalam berat seekor tu lebih kurang 1.5kg-2.0 kg...


RESEPI SAMBAL IKAN PARANG
 Bahan-bahan:
3 keping ikan parang dibelah 2(dpt 6 keping)
-gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak je.
***jangan goreng garing sangat, nanti hilang ras manis ikan tu. Angkat dan ketepikan.

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah -tumbuk
5 ulas bawang putih-tumbuk
cili kisar secukupnya
air asam jawa secukupnya
garam
gula(sis tak letak)
1 biji bawang besar-dimayang. Letak last.

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa(lbh kurang air 1 mangkuk)
Sambal ikan parang ni, kena cair-cair sikit baru sedap. Tapi blh je masak sambal ikut citarasa masing-masing.
Masukkan garam dan sedikit maggi cukup rasa.
Taburkan bawang besar yang telah dimayang tadi.
Kacau-kacau. Tutup api dan sedia dihidang.
Senang je buat sambal ni..hehhehe

Bahagian kepala ikan parang kita buat masak pindang. SIS tal letak lah bahagian isi sbb ahli keluarga tak ramai.. Bertiga je, cukup lah kepala ikan ni untuk ratah-ratah je.


PINDANG IKAN PARANG
kepala ikan parang dibersihkan dan masuk ke dalam periuk.

3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
*** kisar semua bahan di atas dgn sedikit air dan tuang ke dalam periuk.
2 keping asam keping
beberapa biji cili padi belah 2 dan masukkan dalam periuk.
*** kalau ada anak kecil yang tak makan pedas, masukkan je cili padi tu sebiji-sebiji. Masa nak makan, kita picit-picit cili tu dan gaul dengan nasi.. Sedapp.

Hidupkan api dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
Masukkan garam dan siap....

RESEPI TERUNG BERLADA
Bahan-bahan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 biji cili besar merah
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis
*** Tumbuk semua bahan di atas. Ketepikan.

Beberapa biji terung panjang. Belah 2 dan potong kecil.
Panaskan minyak dan masak terung ni hingga empuk. Masukkan sedikit air supaya terung cepat empuk. Angkat dan ketepikan

Panaskan minyak utk menumis.
Tumis bahan tumbuk hingga masak. Masukkan garam. Kemudian masukkan terung tadi dan gaul seketika. Tutup api dan sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...