Friday 26 August 2011

SALAM AIDIL FITRI DARI BUMI MELBOURNE

Assalamualaikum.........

Rata-rata teman-teman masukkan status di dalam Facebook bahawa hari ni adalah hari Jumaat terakhir di bulan ramadhan. Ini bermakna beberapa hari lagi, cahaya Syawal bakal menjelma. Begitu pantasnya masa berlalu sehingga tak terasa bahawa Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita. Semakin hampirnya syawal, semakin sibuklah kaum ibu menyediakan segala kelengkapan dan keperluan keluarga untuk menyambut hari raya. Terkadang tu, dalam kesibukan menyediakan kelengkapan keluarga sehingga terlupa akan kelengkapan diri sendiri.

Minggu ni, adalah minggu terakhir bagi mereka yang nak buat last minute shopping. Bagi yang menyediakan sendiri biskut raya, pastinya sekarang ni saat genting untuk membuat cookies. Tart nenas, semperit, almond london, biskut arab, kacang mazola dan macam-macam lagi terlintas untuk dibuat. Aku pun tak terkecuali dan sempat menerima beberapa tempahan biskut raya dari rakan-rakan di Melbourne ni. Alhamdulillah, rezeki di bulan ramadhan....

Tahun ni merupakan tahun ketiga kami sekeluarga berhari raya di bumi Melbourne. Suasana beraya di sini tak kurang hebatnya. Budaya ziarah-menziarahi antara rakan tetap di amalkan seperti di Malaysia. Cuma, bezanya, kami di sini jauh dari keluarga tersayang. Inilah yang membezakan kami diperantauan ini. Mengenai persiapan menyambut raya di bumi asing ini..sebenarnya takde apa sangat. Kami tidak seghairah seperti di Malaysia. Namun begitu, kami tetap memilih berpakaian sedondon di pagi raya di mana pakaian ni diterbangkan khas dari bumi Malaysia. Terima kasih buat adik ipar aku (Anita) yang bersusah payah memilih baju raya kami tu. Kesian dia, terpaksa berkejar ke sana-sini untuk memastikan kami mempunyai baju raya sedondon. Alhamdulillah, baju-baju kami telah selamat sampai semalam (kirim melalui kawan yang datang ke Melbourne). Kiranya, bermakna juga lah raya kami tahun ni..hehehe.
Selain itu, aku juga sibuk menyediakan beberapa jenis biskut raya yang biasanye menjadi kegemaran anak-anak, suami dan ada juga antaranya adalah biskut kesukaan aku.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di mana saja berada. Tak lupa juga buat keluarga tercinta, saudara mara jauh dan dekat, guru-gur, sahabat handai dan yang mengenali diri ini. Mohon maaf di atas segala kekasaran, ketidaksenangan tingkahlaku selama kalian mengenali diri aku, dan halalkan segala makan minum selama ini. Semoga kalian semua bergembira dihari raya disamping keluarga. Sambutlah salam ingatan dan kasih sayang dari aku di perantauan ini.

***** Nak basuh baju raya..


1 comment:

  1. selamat hari raya

    Jom masuk blog kak CT > http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...