Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 4 August 2011

AYAM MASAK HALIA

Share
Assalamualaikum...salam 4 ramadhan buat semua kenkawan yang aku sayang. Dah fikir-fikir nak masak ape hari ni? Aku dah adalah sikit bayang-bayang apa yang nak dimasak pada hari ni. Tapi sebelum tu, bagi sesape yang tengah dok termenung, taktau nak masak ape, apa kata aku bagi idea buat ayam masak halia pulak. Lauk ni aku masak dah 2,3 minggu lepas. Baru hari ni berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam entry blog aku. Sekadar untuk berkongsi idea, dengan kenkawan yang dah kehabisan idea. Ye lah kan, nak beli pun, hari2 jemu jugak kan... Jom kita belek-belek resepi kat bawah ni..

AYAM HALIA

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam (dipotong kecil-kecil)
7-8 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dimayang/diracik halus)
1 biji bawang besar (dimayang)
3-4 sudu besar cili kisar
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Sayur-sayur (carrot dan kacang buncis)
garam secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil-kecil, digaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh
garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit untuk menumis (agak-agak 1/2
cawan).
3. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kemudian, masukkan
halia dan bawang besar.
4. Masukkan sayur, sos tomato,sos tiram, kicap dan garam. Biarkan sayur empuk
seketika.
5. Akhir sekali masukkan ayam. Kaub balikkan seketika sebelum ditutup api dan
sedia untuk dihidang.

~Selamat Berbuka Semua!!!~


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog