Monday 15 August 2011

Karipap..karipap....karipap....






Assalamualaikum...
Minggu ni memang minggu aku buat karipap je untuk berbuka puasa. Alang-alang buat kan... ambik kau!!!...3 hari makan karipap je. Lepas ni jangan mintak karipap lagi..hehehe....(Sebenarnya, xde sape pun yg mintak karipap ni....)... Aku je yang lebih-lebih.. Tapi, karipap yang aku buat ni berlainan versi... Hari pertama, karipap kentang+daging cincang, Hari kedua, karipap inti telur+sayur. Manakala hari ketiga, karipap berintikan ikan+kelapa @k@ dikenali dengan nama 'epok-epok'....

So, mana satu entry nak aku masukkan dulu ek???? Ok la, aku masukkan entry karipap telur dulu lah ek... Sebabnya, karipap biase,semua org tahu buat, lebih-lebih lagi kepit pakai acuan, cepat je siap... Tapi, bila buat karipap telur ni,kena buat saiz besar, jadilah namanya 'karipap giant'....heheheh... biladah besar saiznya, maknanye aku kenalah "kelim" tepinya. Haaaa..bila sebut pasal 'kelim' ni, suami aku ckp, aku x pandai sebut... Maklumlah...perkataan "kelim" ni adalah dari perkataan bahasa inggeris, "Clamp'.. Tapi pada aku, aku tetap mempertahankan bahawa, perkataan 'kelim' ni dah memang digunapakai oleh nenek-moyang kita untuk membuat karipap... Ia takde kena mengena dengan salah sebutan...So..maknanya, orang tua-tua dulu pun pandai jugak lah cakap orang puteh kan... Bila sebut clamp karipap, macam tak sedap je bunyinya... Kena sebut "kelim"..baru betul kan..kan.....Betul..betul..betul...mcm upin ipin cakap...hehhehe..
Kalau nak tahu, aku belajar buat karipap giant ni semasa aku berumur 12 tahun lagi. Memang minat memasak ni dah ada sejak kecik lagi. Semasa ada kelas memasak anjuran PENEROKAWATI, kat FELDA kampung aku, aku merupakan peserta termuda masa tu...hehehe bangga pulak rasenya.
La..terlebih sudah..aku membebel pulak pepagi buta ni...Lagi 3 1/2 jam nak bangun sahur ni..

Ok, jom kita tengok resepi mudah tapi tak senang juga nak membuatnya...

Bahan2:
1/2 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak yang dipanaskan (x suka guna butter sbb nanti kulit karipap terlalu rapuh)
sedikit garam
3/4 cawan air

Cara: Panaskan minyak dalam periuk kecil. Bila dah panas, tutup api, biarkan seketika, kemudian gaul sebati dengan tepung gandum. Campurkan garam ke dalam air. Kacau dan tuangkan ke dalam tepung. Gaul sebati hingga menjadi doh.

Bahan inti:
Beberapa biji telur ayam (1 biji karipap=1 biji telur ayam)
Daun saderi (dihiris halus)
Lobak merah (dimayang halus)-sperti gambar di bwh
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
*boleh juga ditambah dengan sengkuang, kalau mahu...
*sedikit cili besar, hijau...(aku tak letak, sbb xde stock kat rmh)

Cara-cara:
1. Canai doh menjadi nipis seperti gambar 1. Letakkan di atas mangkuk yang
melengkung. Letakkan sayur carrot, saderi, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sebiji telur. Berhati-hati supaya telur tidak terkena pada bhg
tepi doh. Nanti susah nak lekatkan doh tu.
2. Lekatkan doh seperti rajah 2 dan mula 'mengelim' bahagian tepinya.
3. Klim bahagian tepi dengan berhati-hati supaya telur tidak tertumpah.
4. Karipap yang telah siap dibiarkan di dalam mangkuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yg "sangat" perlahan. Nanti bahagian
dalamnya tak masak...
6. Senang je kan.. Tapi perli buat dgn berhati-hati ye...

TADAAAAA.........

Inilah dia karipap yang telah siap digoreng. Jom kita potong untuk lihat isi di bahagian dalamnya.....


Emmmmmm......Sib baik telur di dalamnya masak...
p/s: Mula-mula aku buat guna api sederhana..bila potong, cair je telur tu...Pastu aku masuk dlam microwave utk masakkan telur tu..hehehhe....
So, untuk gorengan seterusnya, memang guna api yang saaaangaaaatttt perlahan. Dan hasilnya seperti di bawah..Cantik je kan....(perasan dah aku ni!!!)

Karipap giant ni, memang sesuai dicicah dengan sos cili... Kalau rajin boleh buat sos sendiri. kalau tak rajin boleh guna sos cili "MAGGI" yang perlu dicairkan terlebih dahulu.... Tuangkan sos ke dalam mangkuk, campurkan dengan sdikit air panas, gula dan garam. Sedia untuk dimakan!!!!




Ok semua,...nak tido dulu.. kejap lagi nak sahur dah ni.... Salam untuk semua....
'

1 comment:

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...