Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Wednesday, 10 August 2011

Lemak Ketam Berempah.... dan..Masih adakah insan mulia?

Share
Assalamualaikum.....



Hari ni sudah pun masuk hari ke 10 kita berpuasa. 20 days to go!!!! Caiyokkk!!!!! Ada 2 jam setengah lagi untuk orang islam di bumi Melban ni berbuka puasa. Hari ni aku masak lemak ketam berempah, sayur buncis goreng dan karipap sayur/telur. Okaylah, sebelum jari jemari aku yang halus mulus ni menguli doh karipap, baik aku masukkan dulu resepi ketam lemak berempah ni kan.

Lemak Ketam Berempah
Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana (dibersihkan, dikerat 2)
1 biji bawah besar (dimayang)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih, diketuk dan diracik
4 sudu rempah kari ikan
1 batang serai (aku guna yg frozen)
2 sudu cili kisar
1 keping asam gelugur
1/2 tin santan
1 cawan air
sedikit kacang panjang (dikerat-kerat)
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, bawang besar dan halia hingga
naik bau.
2. Masukkan rempah kari. Bila sudah garing, masukkan santan, air, garam, asam
keping dan serai. Biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan ketam.
3. Masukkan sayur kacang panjang, biarkan mendidih. Bila ketam sudah masak,
tutup api dan sedia dihidang.

Align Centre
Buncis Goreng;
Bahan-bahan:

Kacang buncis, dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih, diketuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 biji telur
garam

Cara-cara: Tumis bawang putih, ikan bilis dan bawang besar. Masukkan kacang buncis, kacau. masukkan sedikit garam. Bila agak-agak kacang buncis dah layu, pecahkan sebiji telur ke dalamnya. Kacau lagi dan tutup api. Sedia dihidang.....


Ada satu perkara yang aku nak kongsi dengan korang semua pada hari ni.. Takdalah penting sangat, tapi ianya boleh memberi iktibar dan pengajaran juga buat aku dan kita semua. Begini citernya,... pagi tadi aku dan suami pergi ke pasar untuk membeli lauk-lauk yang dah kehabisan stock kat dalam peti ais aku. Dipendekkan cerita, lepas 1 jam sampai kat rumah, sambil berehat-rehat mengadap Facebook, tetiba aku dengar bunyi hon kereta. Tapi biasalah, aku buat tak endah je lah dengan bunyi tu, malas nak ambik tahu lah konon.... Lepas tu, tak sampai 5 minit pintu rumah aku pulak diketuk dengan kuat... Memang terkejut badak jugak lah... bila aku bukak pintu ada seorang tua lingkungan 50 an kat luar rumah aku. Tahu tak apa terjadi?? Rupa-rupanya, pakcik ni bagi aku kunci kereta aku yang aku tinggalkan kat pintu kereta.. Silap aku, sebab tinggalkan kunci kat pintu kereta. Ya Allah, mulianya hati orang tua tu. Kalau kat Malaysia, belum tentu ada insan semulia itu..silap haribulan dengan kereta aku pun lesap sekali.. Syukur, Allah utuskan seseorang untuk selamatkan kereta kami. Ini juga dikatakan rezeki Allah kan. Alhamdulillah.... seribu kali syukur aku panjatkan. Tetiba hati aku terfikir... banyak orang jahat kat bumi asing ni, tapi banyak jugak orang yang baik... DAN.....Tak banyak orang jahat di negeri sendiri, tapi tak banyak jugak orang yang baik..Maaf andai aku tersilap tafsir...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog