Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Sunday, 28 August 2011

Raya Dulu, Raya Sekarang

Share
Masa berlalu memang terlalu pantas... Sedar tak sedar, ramadhan dah nk berlabuh pergi. Hari ini, umat Islam di Malaysia berpuasa untuk hari yang terakhir sebelum munculnya anak bulan Syawal pada keesokkannya(Selasa). Namun begitu, kami di bumi Melbourne ni akan menyambut 1 Syawal pada hari rabu. Ini telah pun ditetapkan oleh Islamic Council of Victoria. Dan seharusnya kami perlu mematuhi tarikh hari raya yg ditetapkan oleh negara di mana tempat kita berada.

Bila sebut pasal raya ni, ada macam-macam perkara yang terlintas di fikiran aku. Salah satu antaranya adalah, membezakan antara raya dulu (zaman kanak-kanak aku) dan raya sekarang (era anak-anak aku pulak). Raya dulu, memang sangat meriah, lebih-lebih bagi masyarakat yang berada di kampung seperti aku. Pagi-pagi lagi aku dah bersiap dengan pakaian raya yang aku rasa dah cantik sangat.. Ajak kawan-kawan keliling kampung semata-mata nak kutip duit raya. Sanggup berjalan 3-4 kilometer demi duit raya. Ahhh,...indahnya saat itu. Kadang-kadang dapat duit raya pun 10 sen je, tapi kami tetap bahagia. Pernah, satu insiden, kami berjalan ke kampung sebelah. Semasa dalam perjalanan balik, kami bselisih dengan orang dewasa dan hamba Allah ni bagitau ada orang jahat nak potong kepala untuk letak kat bawah jambatan... Apa lagi, kami lari tak cukup tanah..Termengah-mengah aku budak2 perempuan nak ikut gang lelaki yang larinya jauh lbh laju dari kami. Tapi tu semua dah jadi kenangan manis yang tak akan ditemui di mana-mana selain dari kita yang mengalaminya.

Raya sekarang, kemeriahan sangat kurang dirasakan. kita lebih memfokuskan tayangan cerita-cerita menarik di stesen-stesen tv. Anak-anak pula akan beraya kalau ibubapa mereka pergi beraya. Duit 10 sen memang takde nilai bagi mereka. Kadang-kadang tu, siap blh check lagi jumlah duit dalam sampul "angpau" tiap kali mereka keluar dari rumah yang diziarahi. Aku sentiasa berpesan pada anak-anak aku, bahawa budaya ziarah-menziarah ni bukan untuk mengumpul duit raya. ianya lebih kepada mengeratkan silaturrahim.

Raya dulu, masih aku ingat lagi, arwah mak aku bangun seawal subuh hari untuk menyiapkan juadah hari raya keesokkan harinya. Mana nak tangkap ayam, kemudian arwah ayah akan btindak sebagai tukang sembelih. sedih je tengok ayam tu menggelupur setelah di sembelih. Kesian, kesian, kesian,,,Lepas tu, ayam tadi akan dicelur ke dalam periuk yang berisi air panas mendidih. Lepas tu, mak aku akan mencabut bulu ayam tu sebelum dipanggang seketika kat atas api. Tak habis kat situ, abang atau ayah akan jolok pulak buah kelapa untuk dikukur untuk membuat kerisik. banyak jugak proses nak buat kerisik, sangai kelapa parut kat dalam kuali, bila kering, tumbuk dengan lesung batu.. bila pikir balik, kesiannya kat mak aku, nak uruskan semua tu untuk pastikan anak-anak dapat makan santapan istimewa di pagi hari raya. Rindunya aku saat tu. Bila ingat balik kisah nak buat rendang ayam pun bukan mudah tau.... Kami akan bagi ayam-ayam ni makan beras. Bukan apa, bila ayam tu leka mematuk, abang-abang aku akn tangkap ayam tu secara manual tau. Kekadang sampai tersungkur, ayam tak dapat jugak ditangkap.Kadang-kadang mengejar ayam tu lari keliling kampung. Sebaik saje selesai menangkap ayam, memang abang aku akan lepak kepanatan. kiranya melepek jugak lah kan dalam cuaca yg panas tu.Tak habis kat situ, arwah mak aku kena sediakan pulak bahan2 untuk membuat lemang. Buluh lemang, ayah aku akan cari dua. tiga hari sebelum raya. Mak aku kena masukkan gulungan daun pisang ke dalam buluh, Akulah yang akan masukkan beras pulut kat dalam lemang tu. Pastu masukkan santan dan ayah bertindak sebagai tukang bakar lemang dgn dibantu oleh abang-abang aku. Best kan saat tu...Sekarang, kita boleh tengok lemang-lemang ni tersusun cantik je kat tepi2 jalan.

Raya sekarang: semuanya boleh didapati dengan mudah kalau ada duit. kerisik, santan dan segalanya boleh didapati di kedai dan pasar terpilih. Takde lagi acara menangkap ayam, sembelih, celur dan cabut bulunya. Semuanya boleh dilakukan dengan pantas. Pendek kata, segalanya menjadi mudah. Lemang, ketupat boleh dibeli yang dah siap pun di dalam peket. Tiada alasan lagi tak tahu masak sebab segalanya ada tersedia.

Apapun,memang banyak perbezaan antara raya dulu dengan raya sekarang kan. Genarasi lama dan genarasi baru, walaupun cara sambutan berbeza, tetapi tetap meriah mengikut persepsi masing-masing.

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA YANG MENYAMBUT 1 SYAWAL PADA ESOK HARI(SELASA)..kAMI DI MELBOURNE AKAN BERHARI RAYA PADA HARI RABU SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. SAMBUTAN 2 DALAM 1...HEHEHE,,,,MERDEKA!!!MERDEKA!!!!MERDEKAAA!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog