Thursday 19 March 2020

RENDANG DAGING

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Hari kedua PKP sis buat rendang daging rusa. Ceritanya 1 kg daging rusa ni dah beli 3-4 bulan dulu smasa suami out station di Sabah yang smp skrg x masak2 lagi. 1/2 kg daging kita buat rendang dan 1/2 kg lg simpan utk buat daging masak merah.
Hari ke2 PKP plan buat rendang sebabnya, daging ni ada bau kuat sikit, jadinya kalau buat rendang cili api, pedas2 dapatla kita hilangkan sedikit bau daging ni. Kebetulan lengkuas ada dlm peti ais yg entah zaman bila. Hahaha.
Jom kita mulakan dgn resepinya.




Rendang Daging

Bahan2:
1/2 daging batang pinang
1 inci halia
1 Inci lengkuas(jumpa pulak dlm peti time pkp ni hehehe)
3 btg serai (mcm biasa ambil rmh jiran)
1 inci kunyit hidup
5-6 ulas bwg putih
1/2 biji bawang besar
cili api secukupnya
*** blend semua bahan. Daging tu jangan le nko blend sekali.

2 sudu besar kerisik (ada lbh masa raya hari tu... hahaha lama dah tu kan... keras kat dlm peti sejuk.
gula melaka(kalau takde guna gula pasir pun blh..darurat)
4-5 helai daun limau purut(dr rmh jiran)
2 helai daun kunyit(ni kat rmh sendiri, yg kebetulan 3-4 bulan dulu ada kawan bagi dgn pasu2 sekali). Alhamdulillah rezeki. Daun kunyi hiris halus.
garam secukupnya
1 kotak 200 ml santan KARA(sis suka brand ni)

Cara2:
Daging dipotong nipis. Biasanya sis ni kalau blh nk cepat je siap2 masak. So daging tu di'presure cooker'kan dulu. Haaa ayat baru. Dalam 10-12 minit je. Jangan lama sgt masuk presure cooker, takut hancur pulak daging tu kang. Tapi sebenarnya, x masuk preasure cooker pun ok je sbb dah hiris nipis. Masukkan daging dalam kuali, masukkan bahan blend, daun limau purut dan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Kemudian, masukkan santan, 1 cawan air, kerisik, gula melaka, garam. Haaa x puasa kan, rasa la ikut selera kita. Bila dah agak2 kering masukkan hirisan daun kunyit. Kalau sis, sis suka berkuah sikit sebab daging tu je menu sis utk makan dgn nasi. Oleh kerana 1 hari 1 menu je kan, kita petik bayam brazil kat tepi dapur rumah ni, utk dijadikan ulam. Makan sayur mentah lg berkhasiat dan Jimat kalori xyah masak sayur lain. bekalan sayur yg ada sikit2 dlm peti ais tu kita simpan utk masak hari lain. Hati2 dgn PKP ni, saiz badan blh mencecah sekali ganda kalau kerjanya makan tidur je . hahaha.
ok selamat mencuba.

#1hari1menu #14daysquarantine #misizerocovid_19 #stayathome #kitajagakita

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...