Sunday, 29 March 2020

LEMAK PUTIH BAYAM BRAZIL DAN TEBU TELUR

Assalamualaikum wbt

Hari ni pkp hari ke 12.
Menu hari ni ialah sambal sardin dan sayur lemak putih bayam brazil dicampur dgn tebu telur.
Siapa sangka, di saat PKP ni kita jadi kreatif dalam mengolah barang mentah untuk dijadikan masakan. Seperti sis.... Hari ni masak sambal sardin dan dok pikir-pikir apa la sayur yg nak digandingkan dgn sambal sardin ni. Dalam pada tu, sis teringat akan sayur bayam brazil sis yg ada di tepi dapur ni. Dapat pulak tebu telur sis mengeluarkan hasil. Time PKP ni pulak, dpt byk telur tebu ni. Selalunya dpt 1-2 je telur ni.. tapi kali ni ada 5 batang. Cukup lah utk buat masakan kami bertiga beranak. Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih pulak tebu telur ni mengeluarkan hasilnya.



 Resepi: LEMAK PUTIH BAYAM BRAZIL DAN TEBU TELUR

Bahan-bahan: (utk 1 mangkuk shj)
1/2 kotak santai Kara (100 ml)
3/4 cawan air
1/2 biji ciibesar merah-dimayang
ikan bilis secukupnya-ditumbuk
2 ulas bwg kecil-dimayang
garam secukupnya

1 mangkuk bayam brazil
5 batang tebu telur(potong spt dlm gambar)

Cara-cara:
Masukkan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil.
Masukkan bawang, ikan bilis, cili, bayam brazil dan tebu telur. Biarkan hingga mendidih.
Kacau-kacau sekali sekala. Bila dah mendidih, masukkan santan dan kacau lagi.
Masukkan garam. Jangan berhenti kacau kerana takut santan berketul. Api perlahan ye.. Bila santan dah mendidih, tutup api dan sedia dihidang.


 









1 comment:

  1. Alhamdulillah... tumpang jamu mata melihat tebu telur yang enak tu.

    ReplyDelete

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...