Tuesday, 31 March 2020

PAIS IKAN PATIN

Assalamualaikum wbt

PKP COVID 19 HARI KE 14 KUARANTIN

Hari ni adalah hari ke 14 kita semua berada di dalam perintah kawalan pergerakan kerana ingin memutuskan rantaian covid 19. Namun, esok akan bermula Fasa ke 2 kuarantin yg bersambung selama 14 hari lagi. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita akur dgn arahan yg diberikan demi kebaikan kita semua Sentiasa stay at home, jalankan social distancing, keluar rumah jika perlu bg seorang wakil setiap keluarga. Semoga wabak covid segera berakhir.

Hari ke 14 PKP ni bermakna 14 hari menu kuarantin sis akan berakhir hr ni. Maknanya sis kena lah usaha tambah lg 14 hari menu sempena kuarantin ni. Ok, esok kita fikir lain ye. Jom kita ke menu 1 hari 1 menu sis iaitu PAIS IKAN PATIN. Seperti yg sis bagitau tempohari, ikan patin ni sis import dr Pahang yg kebetulan sis ke Kuantan pd 29 Februari lepas. Beli 3 ekor yg besarnya dlm 1kg lebih setiap satunya. Semasa PKP bermula ikan ni masih ada 4 kerat(2 ekor yg dipotong 2). Hari pertama pkp, sis masak stim bhg kepala. Dan hari ni sis masak bahagian ekornya utk dibuat pais tempoyak. Masih ada 2 kerat lg kita simpan dulu dan tgh pikir utk menu hari ke berapa pulak hahaha.

Ok jom kita tgk resepi pais ikan patin cara sis.


RESEPI PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ikan patin (lbh kurang 600 gram berat)
segenggam cili padi
2 inci kunyit hidup
2 senduk tempoyak
sedikit garam dan gula(jika tempoyak kurang manis tambah sedikit gula)

-tumbuk cili api dan kunyit hidup. Kemudian gaulkan dengan gula, garam dan tempoyak. Ketepikan.

Bahan rampai.(racik)

2 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
segenggam daun kesum
1 cawan terung pipit/manggur (ada byk ni je kat pokok hahah)
-terung pipit diketuk sedikit menggunakan lesung. Bagi pecah-pecah terung tu.

Cara-cara: 
Satukan bahan tumbuk dengan tempoyak. Masukkan dalam satukan, satukan pula denga sayur rampai yg diracik tadi, dan terung pipit. Gaul sebati.
Sediakan aluminium foil, dan lapis daun pisang di atasnya.
Letakkan beberapa sudu campuran daun tadi ke atas daun pisang. Kemudian letak ikan di atasnya.
Selepas itu, letak pula bahan campuran daun di atas ikan. Sila rujuk gambar di bawah.
Letakkan campuran tempotak itu hingga habis. Kemudian balut ikan dengan daun pisang dan aluminium foil. 
Letakkan di atas pembakar ajaib. Hidupkan api. Bakarlah ikan tersebut dengan api perlahan sehingga masak.
Sedia untuk dihidang.








No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...