Friday, 20 March 2020

ASAM PEDAS IKAN TERUBUK

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni hari ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan.
Jom kita tgk menu sis hari ke 3 ni iaitu Asam Pedas Ikan Terubuk. Kisahnya, ikan terubuk ni dah beli bulan Januari 2020 hr tu. Haaaa lama dah kan. Bila time ada masa nk masak, ada ikan lain baru beli, terubuk dok keras dlm peti ais, terpaksalah bagi laluan pd ikan yg baru balik pasar. Sampai ke sudah, ikan terubuk ni asyik bg laluan je. Terperangkap la di dalam peti ais selama beberapa bulan ni. hehehe. Ok berbalik pd cerita nak buat asam pedas ikan ni..Disebabkan ianya dah berkuah, kita akan petik bayam brazil tepi rmh sebagai ulam, dan rebus telur asin pemberian kawan kami dr Penang yg masih ada 3 biji dlm peti ais. Cantikkan perancangan yg Allah bg?. Kebetulan pulak dpt set menu yg sepadan. Asam pedas+telur masin+ulam. Macam makan kedai asam pedas Melaka la pulak hahaha,




Resepi Asam Pedas Ikan Terubuk

Bahan2:
1 ekor ikan terubuk sederhana-kerat 3 
3 ulas bawang putih
1/2 biji bwg besar
1/2 inci halia
cili kisar secukupnya (dlm 1 senduk)
air asam jawa
garam
gula(yg suka manis-sis x letak)
1 batang serai diketuk-spt biasa dr rmh jiran
2-3 helai daun limau-jiran juga
daun kesom-pokok sendiri tp jiran jugak yg bagi benihnya hehehe
1 btg bunga kantan-rmh jiran jugak

Dipendekkan cerita, memang togel la pokok2 rmh jiran aku kerjakan. Alhamdulillah dikelilingi jiran2 yg baik hati.

Cara2:
Tumbuk-bawang putih, bawang merah, halia
Panaskan minyak..Tumis bahan tumbuk dan cili kisar
Bila dah garing, masukkan ikan dan air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan garam, gula(kalau perlu), daun limau purut, daun kesom, dan bunga kantan. Didihkan sehingga ikan masak. Siapppp!!!
Tak susah pun sebenarnya kerja masak memasak. 

Jadilah menu PKP hari 3 ni iaitu asam pedas ikan terubuk + telur masin dan ulam bayam brazil.
Alhamdulillah bersyukur dgn rezeki yang ada lbh2 lagi di saat susah utuk keluar beli barang ni.





#stayathome #1hari1menu #14daysquaantine #rmoday3covid_19 #misizerocovid_19

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...