Monday 23 March 2020

DAGING MASAK MERAH

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP ke 6. Kita terus ke menu yg sis dah rancang selama 14 hr PKP ni.. iaitu daging masak merah.

Ajomm kita terus intai2 resepinya.


Resepi Daging Masak Merah

Bahan-bahan:
1/2 kg daging patang pinang-rebus hingga empuk
1/2 biji bwg holand-potong wedges
4-5 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar cili kisar
1/2 biji tomato
1/4 biji capsicum
4 batang kacang panjang
1/2 biji cili besar-merah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
gula secukupnya

Cara-cara:

1. Daging masak dalam presure cooker dlm 10 -12 minit utk lembutkannya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak goreng tadi dan tinggalkan sedikit utk menumis. lbh kurang 1 cwn minyak.
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar, masak hiingga cili garing atau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Kacau sebati.
4. Masukkan daging dan sedikit air supaya cili x hangus. Kemudian masukkan bawang holand, kacang panjang dan cili capsicum. Biar layu sedikit barulah masukkan tomato. Jika dah cukup rasa, x perlu tambah garam. Pastikan sambal ni kering ye, jangan letak air mcm nak buat sambal daging pulak tau.Tutup api dan siap untuk dihidang.
Haaa ada mcm daging masak merah yg kat kedai tomyam tak?




#stayathome #1hari1menu #14daysquarantine #sifarcovid_19

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...