Wednesday 25 March 2020

NASI GORENG KERABU

Assalamulaikum wbt

Hari ni PKP ke 8. Semoga kawan2 terus la tabah berada di rumah, mengasingkan diri daripa org ramai. Demi utk mencegah penuaran wabak covid_19 ni.
Hari ni menu lunch kami sangat simple. Ye kawan2, jgn kita susahkan perkara yg mudah. Yg penting masih dpt makan demi kelangsungan hidup kita kan. Tetap bersyukur dgn apa yg ada ye.
Menu hari ni ialah Nasi Goreng Kerabu. Nasi goreng ni mmg sangat simple, jadinya utk nampak meriah, kita gandingkan dgn lebihan tauhu dan tempe ayam penyet smlm ye.



Resepi NASI GORENG KERABU

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 pot beras basmathi dimasak mcm biasa. Sejukkan

5 ulas bawang putih-dicincang
1/2 biji bawang besar-dimayang/potong dadu
1 keping dada ayam-potong kecil
segenggam ikan bilis-ditumbuk halus (blh ganti dgn 1 kiub ikan bilis)
3 urat kacang panjang-potong kecil2-blh jugak nak tambah karot dan kobis, sis xde bahan2 tu.
1/4 batang karot-potong bulat dan hiris jadi panjang mcm batang mancis tu ye.
2 batang bunga kantan-ambil rmh jiran-diracik halus
3 batang serai-dr rmh jiran-diracik halus
3-4 helai daun limau purut(sis x letak sbb malas nk pegi rmh jiran yg selang 4-5 pintu semata2 demi 4 helai daun limau purut hahaha.
3 biji cili api yg panjang2 dan pedas warna merah(kalau xnak pedas, kurangkan) ataupun guna cili api yg x pedas sgt. potong kecil.
2 biji telur ayam(basuh dulu ye)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau2 kejap hingga ayam masak dan masukkan ikan bilis.
3. Masukkan cili api, kacang panjang, karot, bunga kantan dan serai. (daun limau purut kalau ada)
4. Masukkan garam dan kiub ikan bilis. (sis letak sedikit maggi cukup rasa)
4. Masukkan nasi dan gaul rata. Buat lubang tengah2 kuali tu dan pecahkan telur. Kacau2 telur kat tengah tu. Bila telur dah agak2 nak masak, barulah gaul keseluruhan nasi tu dgn telur tadi.
5. Nasi goreng kerabu siapp...

Lebihan tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng.
Nasi goreng kerabu ni juga sesuai dimakan dgn sambal kicap. Jom buat sambal kicap, sambil2 tu blh buat cicah dgn tempe dan tauhu kan.

Resepi sambal kicap

-Beberapa tangkai cili padi-ikut kepedasan cili
-5 ulas bawang putih-goreng sekejap. Selepas goreng tempe tadi, terus la ready goreng bawang putih
- gula garam secukupnya
-kicap pekat manis

Cara: Tumbuk cili padi dan bawang putih yg dah digoreng tadi. pastikan cili tak digoreng ye.
Masukkan garam dan gula secukupnya dalam lesung tadi. Masukkan kicap dan perah air limau(limau kasturi/lemon/nipis)







No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...