Hari ni perintah kawalan pergerakan hari ke 9. Bertabahlah Malaysia dgn ujian ini. Semoga wabak covid 19 ni cepat berlalu dr dunia ni.
Ajom kita terus kepada misi 1 hari 1 menu sempena lockdown dan 14 hari kuarantin ni. Bersyukurlah kita yg perlu duduk diam di rumah. Sekurang-kurangnya kita blh lg bebas berada dlm rumah ni. Nak pegi dapur, dok luar rumah, pastu masuk dapur balik dan sebagainya tanpa sebarang sekatan. PM kita cuma merayu supaya kita tidak berhubung org luar yg kita sendiri tak tahu samada pembawa virus ataupun tidak. Kerana virus ni sgt mudah berpindah dari seorang ke seorang.
Hari ni sis masak spegeti je sbb nk jimat bahan mentah yg ada dlm peti ais. Di saat kuarantin ni, kita kena lah berjimat selagi mampu dan kurangkan keluar masuk pegi kedai sana kedai sini. Spegeti ni pun dah ada dalam simpanan, makanya terhasillah Spegeti Aglio Olio. Mudah je nak buatnya, yg penting ada bawang putih dan minyak zaitun. Jom kita tgk resepi spegeti aglio olio cara sis ikut versi org melayu.
RESEPI SPEGETI AGLIO OLIO
Bahan-bahan:
1/2 bungkus spegeti-rebus dgn sedikit mintak dan toskan.
7-8 ulas bawang putih-4 ulas dicincang, 4 ulas dimayang
1 cawan isi ayam
5 batang jejari ketam
5 biji tomato ceri
1/2 cwn brokoli
1/2 btg karot
4 biji cendawan shitake
1/4 biji capsicum
1 cwn cendawan kering-rendam dgn air
2 biji cili api merah yg pedas
1 kiub ayam dan sedikit garam(jika perlu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam(ikut kesesuaian)
Daun selasih- ditabur semasa dihidang(pokok tepi dapur)
Cara-cara:
Panas kan 1/4 minyak zaitun... minyak x perlu panas pun sebenarnya. Letak kuali, hidupkan api dan terus letak bawang putih. Bila dah agak garing, masukkan ayam. Kacau2 hingga ayam masak, kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas(jejari ketam dan sayur-sayur kecuali tomato). Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam jika perlu. Masukkan speggeti dan kacau rata. Tak perlu lama sgt sbb spegeti pun dah masak. Last sekali masuk tomato. Tutup api dan sedia dihidang. Taburkan daun selasih utk rasa dan aroma yg lazat. Kalau takde, xpe.. Rasa tetap enak.
Daun selasih hanya sebagai hiasan dan naikkan bau semasa makan.
No comments:
Post a Comment