Saturday, 21 March 2020

SARDIN MASAK HITAM

Assalamualaikum Malaysia...

Hari ni hari ke 5 Perintah kawalan pergerakan. Bermakna menu ke 5 juga utk sis siapkan.
Menu hari ke 5 sempena pkp ni ialah sardin masak hitam. Seperti yg sis selalu ceriatakan bila keluar je menu ni di laman sosial sis. Sambal sardin ni sgt femes di kalangan kami semasa di asrama Sek Men Panglima Garang, Benta, Pahang. Setiap kali tiba tukang masak asrama masak sambal ni, mmg ramai la yg akan turun makan. Memang masakan sardin masak itam ni dikira sgt lejen buat kami bekas pelajar asrama SMPGAS. Terima kasih buat Pak Itam yg masak lauk ni. Sekarang ilmu ni telah mengalir ke ramai org. Semoga mendapat pahala melimpah ruah buat pak itam.
Semoga kawan2 yg mencuba resepi sardin masak hitam ni dapat doakan saya sekeluarga juga.
Hari ni kami berpuasa sunat, jadinya menu lunch digati kpd dinner.
Sambal sardin hari ni digandingkan dgn sup pucuk tauhu dan cendawan. Dan setakat ni kami masih lg makan nasi beras perang + beras merah. Bila dh habis stock nanti, kita tukar beras basmathi Faiza pulak ye. Ok juga basmathi masih lg kategori GI rendah.  Sempena berbuka puasa ni, sis buat juga kuih cucur jawa aka kuih topi mexico hahahah sbb bentuk macam topi.


RESEPI SARDIN MASAK HITAM

1 tin ikan sardin-buang kuah ambil ikan sahaja
1 inci halia-dimayang
4-5 ulas bwg putih-dimayang
1 biji bwg besar-dimayang(musim pkp guna 1/2 shj)
kicap lemak manis
1-2 sudu cili blend-xde pun xpe
1 kpg asam gelugur-xde pun xpe time pkp ni
1 biji cili besar merah
3-4 biji cili api di potong( kalau takut pedas, masukkan sebiji2, picit masa makan dgn nasi.

CARA-CARA:

1. Sardin digoreng dlm kuali seeloknya magic pan sbb sardin akan melekat-lekat, dan biasanya sardin ni mmg xde rupa ikan dah. agak hancur sedikit. Jgn risau, mmg macam tu ye.
tuang sedikit minyak atas kuali non stick, letak ikan sardin, tutup kuali dan barulah hidupkan api. 
agak2 sebelah dah garing, tutup api dulu, balikkan ikan dan hidupkan api semula. hahaha panjang lebar dah ni.
2. Minyak kesan goreng sardin tu digunakan utk menumis bahan2 yg dimayang tadi dan tumis juga cili kisar.
3. Masukkan cili besar dan cili api, kicap dalam 3-4 sudu sahaja. Masukkan asam keping. Jangan letak air sbb sardin kena kering dan rasa garing-garing sardin gitu. x perlu letak garam sbb kicap dan masim. blh jugak letak sedikit sos tiram.  Kacau dan balikkan sekejap dan tutup api. Siap. Makan dengan nasi panas, tak perlu kuah sebenarnya, ambil dengan minyak sardin tu gaulkan dgn nasi... perghh..mmg kalau lauk ayam. 
Blh jugak klik link ni utk hadam betul2 hehehe
http://jumeezaila.blogspot.com/2011/07/sardin-masak-hitam.html

Sup Pucuk Tauhu

1/2 keping pucuk tauhu-patah-patahkan dan rendam dalam air
3-4 kpg cendawan hitam yg kering-rendam dgn air
sedikit soo hoon-rendam dgn air
3-4 biji cendawan butang shitake(ada dlm peti, dah lama beli)
3-4 ulas bwg putih-diketuk
1/2 biji bwg besar-mayang
sedikit ikan bilis-ditumbuk
1/2 biji cili besar-kalau ada
1/2 camca serbuk lada hitam.
garam

Cara-cara:
1. Tumis bwg putih dan bwg merah dan ikan bilis. Masukkan air. Biarkan mendidih.
2. masukkan bahan2 yg direndam dan cendawan shitake.
3. Tunggu mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
4. Agak2 dah masak. tutup api. Siappp...
5. Kalau bukan musim pkp, blh juga tambah fishball atau pecahkan sebiji telur dalam sup.



Resepi Cucur jawa-will update later.




No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...