Monday, 30 March 2020

BIHUN SOTO KUARANTIN

Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 13 Covid 19.

Hari ni dh pun hari ke 13 kita di dalam PKP. Dan PKP ni akan dilanjutkan kepada Fasa 2 selama 14 hari lagi. Ya Allah, semoga wabak ini cepat berlalu. Jauhilah kami semua dr bahaya covid 19.
Hari ke 13 PKP ni bermakna, 2 menu lagi yg perlu sis sempurnakan. Menu makan tengahari kami hari ni ialah BIHUN SUP aka BIHUN SOTO versi kuarantin. Seperti biasa, kita guna bahan yg ada je. Tauge tak ada, jadi kita skip je lah
Meh kita cek bahan-bahan yang ada di rumah.. Bihun, ayam bhg tulang(sup), isi ayam(goreng dan dicarik2), suoo hoon, kentang(begedil), cili kicap.

Resepi BIHUN SOTO versi Kuarantin




Bahan-bahan
A)
Celur Bihun dan ketepikan-sebenarnya lepas hidang semua dan ready nak ambil gambar, baru perasan yg bihun belur celur lagi hahaha..lawak kannn...

B) Bahan Sup

2 cawan ayam-bahagian tulang yg telah di potong kecil
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halis
rempah 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
2 sudu rempah kurma-ada dlm simpanan dh beli lama-expired 2021
2 sudu rempah sup-sama mcm rempah kurma juga
1 ketul kiub ayam

Cara: Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumis empat sekawan. Bawang putih, bwang merah dan halia ditumbuk dan ditumis hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan rempah sup dan tuang sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus. Kacau hingga naik bau, masukkan ayam bhg tulang tadi. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam cukup masak.Jangan lupa masukkan kiub ayam(xde pun takpe) dan garam secukupnya. Lagi lama reneh, lagi mesra rempah ratusnya..hahaha betul ke ayat tu. Bila sup dah masak, tutup api dan ketepikan.

C) ayam goreng
1 keping dada ayam. Gaul dgn garam dan kunyit. goreng. Bila dah masak angkat dan diracik-racik isi ayam tadi.. Ketepikan.

D) Begedil
2 biji kentang sederhana. Potong wedges dan digoreng. Kemudian tumbuk. Masukkan dalam bekas.
4 ulas bawang kecil dimayang
1 ulas bawang putih dimayang.
-Goreng bawang. Bila dah garing, angkat dan masukkan ke dalam bekas kentang yg telah ditumbuk tadi.
-3 sudu besar udang kering-ditumbuk halus dan masukkan dalam bekas kentang.
-sedikit daun bawang dan daun sup diracik dan dimasukkan ke dalam bekas kentang.
Garam secukupnya.
1 biji telur (utk goreng)

-Gaul sebati bahan-bahan tadi. Buat bulat-bulat dan dileperkan macam piring terbang tu ye.

Panaskan minyak secukupnya.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan kacau sebati. Celup begedil dgn telur dan goreng dengan api perlahan. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Sambal kicap
Segenggam cili api(ikut kepedasan masing-masing). Nak cakap secubit mcm nak ambil garam pulak. Nak kata beberapa biji, tak bilang pulak cili tu hahaha...
5 ulas bawang putih-goreng sebiji-sebiji. (jangan ko tumbuk dan tumis bawang putih mcm nak goreng sayur pulak....)

Masukkan cili dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Tuang dlm 1/2 cawan kicap lemak manis. Perah air limau nipis atau lemon atau limau kasturi. Jangan la letak limau purut pulak. Perasakan dengan garam dan gula. Mesti ada rasa masin, manis dan masam. Biar sebati. Masukkan dlm mangkuk sesuai dan sedia dihidang

E) Soo hoon goreng
ambil sedikit sedikit soo hoon. Jangan di basuh. Cerai-ceraikan soo hoon tu. Masukkan dlm minyak yang panas dan goreng. Soohoon tu akan kembang sedikit mcm kita goreng keropok lebih kurang. Angkat dan sedia dihidang.

Bila semua bahan dah disediakan. maka boleh la dihidang utk makan tengahari ke, minum ptg ke or makan malam. Pilih la masa yg awak awak semua suka.



Dah helok snap pic, baru perasan, bihun tiada dlm ini kes. Adoiyaii
Lepas snap gambar yg ada bihun, terdelete pulak. mujur ada lg dlm ig story hehehe


No comments:

Post a comment

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...