Friday 27 March 2020

AYAM PAPRIK

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari ke 10 perintah kawalan pergerakan sempena wabak covid_19 ni. Macam biasa, 1 hari kena sediakan 1 menu menggunakan bahan yg ada dalam peti ais je. Kadang2 ada juga hikmah kena kuarantin ni. Tak de la hari2 dok mengelat nk ajak makan luar je hahaha, Ada je akal malas nak masak. Bila dh kena berkurung ni, nak taknak, kena la masak kan. Hari ni sis masak ayam paprik. Senang 1 lauk datang dgn pekej lauk dan sayur sekali...

                                      
RESEPI AYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN:

2 keping dada ayam, potong nipis, kcil2(ikut kesesuaian)



Bahan A.
5 ulas bawang putih-diketuk dan racik halus
1/2 biji bawang holand-dipotong wedges
3 sudu besar cili kisar(kalau xnak pedas, blh kurangkan)
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut


 Bahan B
**sesi clearkan stock sayur-ngam ngam je yg tggl
1 pokok sawi jepun
2 dahan kecil brokoli
1/3 batang karot
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
2 biji cili api merah yg pedas
1/4 capsicum hijau

1/2 camca serbuk lada hitam.

Bahan C
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit maggi cukup rasa(pilihan)
Garam jika perlu(biasanya sos2 tu semua dh masin)

sedikit air
minyak utk menumis
** blh rujuk gambar kot2 ada sis tertinggal
Cara-cara:
1. Masukkan 1/2 cawan minyak. Tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing serta bahan A yg lain.
2. Masukkan ayam dan biar seketika hingga agak2 ayam masak.
3. Masukkan bahan2 B, kecuali tomato. Kacau dalm 2-3 minit.
4. Masukkan Bahan C. Kacau2.
5. Masukkan tomato dan matikan api. Sedia utk dihidang. Blh tabur daun sup dan daun bawang jika ada.












No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...