Tuesday 14 April 2020

AYAM HALIA BERLADA

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP yang ke 28, maka berakhir sudah 14 hari PKP Fasa ke 2. Kita sambung pulak PKP Fasa 3 bermula esok ye kawan-kawan.
Hari ni sis masak ala2 makan kat kedai tomyam gitu... Ayam halia ala2 thai dan tomyam. Jom kita start dgn resepi simple ayam masak halia cara sis.


AYAM HALIA
Bahan-bahan:

2 keping isi ayam bahagian dada-dipotong kecil2, basuh dan letak garam kunyit.
3 ulas bawang putih-diketuk dan diracik
1/2 biji bawang besar dimayang
1 inci halia dimayang halus (potong bulat dulu dan kemudian potong halus memanjang spt lidi)
1 batang serai-diketuk
5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili blend
garam secukupnya
1/2 kiub ayam
sedikit air(1/4 cwn)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit utk menumis.
3. Tumis bawang putih diikuti dgn cili kisar dan biarkan garing. Kemudian masukkan halia.
4. Bila cili dah garing, masukkan sos cili, sos tiram, serai, daun limau purut, bawang besar, garam, sedikit air dan kiub ayam.
5. Biarkan mendidih seketika hingga kering. Tutup api dan sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...