Assalamualaikum wbt
PKP hari ke 28 sempena covid 19.... yang merupakan hari terakhir PKP Fasa2. Kita akan meneruskan PKP bagi Fasa ke 3 pulak. Jom kita stay at home demi memutuskan rantaian covid 19 ini.
Kalau tadi sis dah sertakan resepi mudah ayam masak halia berlada, ini pulak ialah resepi tom yam ala2 thai..
RESEPI TOM YAM CARA SIS
Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana
2 ekor sotong
1/2 isi ayam bahagian dada(lbh kurang dlm 1 cwn isi yg dipotong)
1 biji tomato (1/2 dipotong, 1/2 lg dikisar)
1/2 batang lobak merah dipotong memanjang(potong sukahati pun blh)
beberapa biji cili padi (ikut kepedasan)
3 tangkai kecil kobis bunga
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
beberapa helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar dengan akar sekali
1 batang serai
2 sudu besar santan pekat(kotak je)
3 cawan air
2 ketul kiub tomyam maggi
Garam-jika perlu
Cara-cara:
1. Masukkan bawang putih, bawang besar, 1/2 biji tomato dan cili padi dalam blender. Masukkan 1 cawan air dan kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam periuk. Masukkan lebihan air tadi.
3. Masukkan isi ayam. (jgn masukkan udang dan sotong-sbb ianya cepat masak). Biarkan kuah mendidih dan isi ayam masak.
4. Masukkan kiub tomyam, serai, daun limau purut dan daun ketumbar.
5. Masukkan juga 1/2 lg tomato,kobis bunga, karot, udang dan sotong. Biarkan mendidih sekejap.
6. Rasakan dgn garam jika belum cukup masin sbb kiub tomyam dah masin dan masam.
7. Akhir sekali masukkan 2 sudu santan pekat dan biarkan ia mendidih sekejap. Jangan biarkan didih terlalu lama, nanti sayur dan udang over cook pulak.
8. Tutup api dan sedia dihidang.
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
No comments:
Post a Comment