Monday 13 April 2020

KUIH SAGU & KUEY TEOW GORENG BASAH

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 27 kita kuarantin kan diri di rumah demi memutuskan rantaian covid 19 ni. Kita harus sentiasa melakukan penjarakan sosial jika terpaksa berada di luar atas urusan tertentu.

Hari ni, kami sekeluarga berpuasa, makanya, menu lunch hari ni kita ganti kepada menu berbuka puasa. Takde istimewa pun, sekadar kuey teow goreng basah je. Disamping tu juga sis buat kuih sagu merah yang disalut kelapa sebagai kuih juadah utk berbuka puasa. Dok terbayang2 akan keenakan kuih sagu ni. Nak yang manis-manis buah je lepas tu salut dgn kelapa muda. Mak aiihhh memang sedap sangat la kan...

Okay sis masukkan resepi kuih sagu kat sini, versi mansi-manis buah je. Kalau org yangjenis kuat manis, kena la double kan gula nya ye.




KUIH SAGU CARA SIS
Bahan-bahan:

1 cawan sagu, rendam sekejap dan tapis.
1/2 cawan gula perang
3 cawan air
Beberapa titis sirap ros

Cara-cara:
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Kemudian masukkan gula, sagu dan sirap ros. Kacau hingga sagu pekat. Kalau masih ada biji2 putih tu, blh masukkan dalam loyang dan kukus sekejap.
Sis kacau je sampai jernih dan tutup api.
Masukkan dalam loyang. Kalau nak makan sejam lepas tu, kuih sagu ni agak lembik sikit. Ambik sikit dgn sudu dan golek-golek dalam kelapa parut. Kalau dapat kelapa muda lagi sodap.
** kelapa parut tu digaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap supaya lambat basi.


Kat bawah ni pula kuey teow goreng basah cara sis.
Sediakan bahan-bahan je, selebihnya goreng la kuey teow macam biasa..



Kuey teow goreng basah

Bahan-bahan:

1 bungkus kuey teow

4 ulas bawang putih-tumbuk
4 ulas bawang merah-tumbuk
2 sudu besar cili-ikut kepedasan yg diingini

2 ekor sotong
10 ekor udang sederhana

2 dahan sawi
seikat daun kucai
semangkuk tauge
1/2 biji tomato
1/2 bungkus fishball(10 biji)
1 biji cili hijau-hiasan
daun sup daun bawang-hiasan
minyak untuk menumis
garam
kicap pekat manis
sos tiram
2 biji telur
2 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Diikuti dgn sayur-sayur(kucai dan sawi). Tak perlu tunggu didih kerana sotong dan udang cepat masak dan tak nak ianya over cook nanti.
3. Masukkan air, kicap, sos tiram, garam dan fishball.
4. Pecahkan telur dan masukkan kuey teow. Tunggu mendidih seketika, masukkan tomato..
5. Masukkan tauge, tutup api dan sedia dihidang.
5. Hiaskan dengan cili hijau, daun sup dan daun bawang.


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...