Saturday 11 April 2020

BERIANI KAMBING

Assalamualaikum...
Hari ni PKP ke 25. Hari 11.4.2020 merupakan hari jadi anak dari sis. Since kita tak keluar utk celebrate besday, makanya mama kena lah turun dapur untuk masak sedikit special. Sebenarnya masak biasa-biasa je, cuma hari ni kita nak nampak istimewa sikit sempena besday girl hari ni kan. Yang pasti besday girl pun kena sama-sama turun dapur ye. Tak gitu kang, bila nak pandai ye dok...

Macam biasa ni, time pkp ni susah nak keluar suka-suka hati untuk beli barang keperluan. Kebetulan rempah beriani lebihan raya tahun lepas masih ada lagi sikit. Yang penting belum masuk tarikh luput ye. Expired 2021. hahahha.. Bahan asasnya ialah kambing. Kami hanya perlu call kedai frozen, mereka sediakan..kita datang dan terus bayar je. Tak adalah nak berlama-lama dok tengok daging frozen tu. Tugas keluar beli barang keperluan kita berikan kepada si abah ye. Bak kata orang Melaka..Dak mama dah memasak, dak abah kena lah keluar beli barang..  Resepi asal sis cedok dari azie kitchen. blh klik link di bawah.

https://www.aziekitchen.com/2012/03/nasi-beriani-kambing-pakisan-yang.html

Ok jom la kita tgk resepi beriani kambing tanam cara sis ni...


BERIANI KAMBING

1 kg kambing-kita ambik bahagian yang potong kiub. Basuh dan ketepikan.
3 pot beras basmathi rendam, basuh dan toskan+4 1/2 pot air

7-8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia-
Kisar bahan di atas dengan sedikit air. 
Separuh bahan kisar digaulkan dengan daging dan perap lbh kurang 1/2 jam.
Separuh lagi kita guna untuk menumis.

Bahan tumis lain:
2 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih
1 inci halia dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
6 biji buah pelaga
6-7 tangkai bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar (saya ganti rempah beriani faiza)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
½ cawan yoghurt - banyak lagi sedap
2 helai bay leave 
Minyak olive-sis guna minyak masak biasa + sedikit minyak sapi.
1 biji kentang kecil – kupas & rebus 




Bawang goreng-7-8 ulas bawang kecil dimayang dan dogoreng hingga garing
daun ketumbar
daun pudina


Cara-cara:
1. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, bawang tumbung dan bawang hiris. Tumis hingga naik bau. 
2. Bila bahan tumis telah naik bau, masukkan rempah-rempah serbuk di atas. Masukkan kambing dan gaul sebati.
3. Lepas daging dan rempah-rempah sebati, masukkan yogurt dan tomato. Kemudian sis masukkan dalam presure cooker dan masak lebih kurang 15 minit atau hingga daging empuk. Bergantung kepada presure cooker memasing.
4. Bila daging dah masak. Kita mulakan untuk masak nasi pula
5. Masukkan nasi dalam periuk elektrik. Masukkan 2  pot air daging dari presure cooker dan   
   2 1/2 pot air biasa. Masak nasi hingga masak. Bila dah agak-agak nasi dah nak kering, masukkan sebahagian dari daging kambing yg dah empuk tadi. Taburkan bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar. Masukkan juga kentang dalam nasi tu.
6. Tunggu nasi masak, blh lah dihidangkan nasi beriani kambing tanam cara sis, 

Okayla... ini lah beriani senang cara sis. Makan pun bertiga je. Ala-ala celebrate kat restoran mahal agitew.... Sis banjer gambar 1. Cari tripod kecik entah mana. Nak setting letak hp kat atas kotak macam malas je sbb dah lapat nak makan. Kita selfie je la... Hehehe...


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...