Thursday, 23 April 2020

IKAN MASAK LEMAK BEREMPAH

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP hari ke 37 sempena covid 19 yg merupakan hari ke 9 PKP Fasa 3.
Hari ni sis masak ikan parang lagi. Hahahah ikan parang lagi.. Kebetulan sekarang ni musim ikan parang kot. Tetiba pagi tadi ada orang datang rumah, tanya nak beli ikan parang segar tak. Alang-alang stok ikan pun dah tak berapa nak ada, makanya kami pun beli lah seekor yg beratnya lebih kurang 2 kg lebih kot. Besar betul ikannya...bukan apa, bila tengok perut ikan tu merening(bak kata org melaka) dgn telur, maka sis jadi tak tentu arah pulak. Maklumlah...telur ikan adalah feberet sis... Berat telur ikan ni sahaja blh cecah 300-400 gram kot. Lupa pulak nak timbang hehehe...

Hari ni kita main masak2 untuk makan tengahari. Mulai esok, kita main masak2 sebelah ptg pulak okay... Sebelum tu sis nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK bermula hari esok. Moga kita dapat tingkatkan ibadat kita di bulan ynang mulia ni. 

Jom kita tgk apa lahresepi iakan lemak berempah ni. Sebenarnya sis taktau nama masakan ni.. Masakan resepi suka hati namanya heheheh.. Tapi bila dah masak, taste nya tidak menghampakan. Duu, muda2 sis pernah makan satu masakan ni. Masak lemak ikan sembilang warna merah cenggini maknanya guna cili kering, cili api dan lada hitam. Bila makan, akan terasa pedas berapi gitu. Tapi kali ni percubaan pertama, tak berani nak buat pedas berapi. Takut perut meragam pulak nak sambut puasa esok. Dengan masam-masam lebih sikit. Sampai sekarang sis dok cari masakan ni, dah tak jumpa,..
Takpelah..sis cuba ubah resepi ikut cara sis mana tau kot2 dapat lah lebih kurang rasa yang sis nak, walaupun masih tak menepati citarasa  resepi asal. U ols blh try la kot heheheh...


RESEPI IKAN MASAK LEMAK BEREMPAH CARA SIS

3 keping ikan parang (sis ambil bahagian ekor, kepala dan sekeping bahagian badan)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar cii kisar.
sedikit kunyit hidup
*** masuk kan semua bahan dalam blender dan kisar hingga lumat.
1/2 kotak kecil santan KARA
2 cawan air (blh guna untuk kisar bahan di atas)
3 keping asam gelugor(kalau kurang masam, blh tambah lagi)

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berisi ikan tadi. Masukkan air. 
3. Biarkan mendidih dan hingga ikan masak. Masukkan garam dan asam keping.
4. Bila dah mendidih dan ikan dah masak.. masukkan santan.
5. Dengan api perlahan, biarkan mendidih seketika.  Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
6. Bila dah mendidih, tutup api dan sedia utk dihidang.





Nanti sis update resepi pais berlada telur ikan parang pulak ye.



#stayathome
#stopcovid19
#quarantineday37
#pkpfasa3day9





No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...