Saturday, 18 April 2020

LONTONG

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 32 yang merupakan hari ke 4 PKP fasa 3. Semoga semua rakyat Malaysia kekal berada di rumah...sentiasa mengamalkan penjarakan sosial apabila berada di luar dan sentiasa menjaga kebersihan diri supaya kita semua dpt memutuskan rantaian covid 19 ni. InsyaAllah...

Hari ni kami lunch lontong je. Alang-alang sebelum berpuasa ni kita makan dulu masakan yang cerewet nak buat. Bila masuk bulan ramadhan nanti kita masak yang simple-simple je kay... Sebelum mula kerja-kerja memasak kuah lontong ni, sis suka la riki-riki dulu blog-blog masakan yang femes untuk dijadikan sebagai panduan. Boleh lah tengok bahan-bahan asas yang perlu.... Kalau boleh kita guna bahan yang ada di rumah sahaja ye. Tak perlu nak keluar masuk pergi kedai hari-hari...Ketupat NONA pun dah tersedia ntah zaman bila beli pun sis dah lupa hehehe..yang penting expiry datenya lambat lagi, 2021..hehehe... Kat bawh ni sis tepek sekali link blog sebagai panduan. Tq kak ita si pemilik blog Masam Manis...

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2017/06/lontong-ramadhan.html

Ha jom tengok resepi kuah lontong versi sis pulak...Guna bahan yang ada je kat rumah ni.

RESEPI KUAH LODEH
Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 inc halia-dikisar
1 inc kunyit hidup-dikisar
2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan-dikisar

10 ekor udang sederhana besar

2 keping tauhu putih ~ di potong dadu 
2 keping tempe ~ di potong dadu 
1 keping fucuk atau tauhu kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong  mancis
1/2  biji sengkuang saiz 
sedikit soon ~ di rendam
1/2 biji cili besar -hijau je yang ada
 
Air secukupnya
200 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
Garam 

 
Bahan di makan bersama
Nasi himpit
Telur rebus 
Sambal tumis ikan bilis

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan air dan biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah mendidih masukkan dahulu sayur lobak dan sengkuang kemudian fucuk dan masak hingga lembut
Masukkan tauhu dan tempe
Biarkan ia merenih sebentar.
Masukkan santan, garam dan maggi cukup rasa.
Akhir sekali masukkan soon dan udang.(udang masuk last supaya tak terlebih masak)
Didihkan sekali lagi dan terus matikan api
 
Lontong di makan bersama telur rebus, sambal tumis









No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...