Saturday 25 April 2020

PUDING KAREMEL

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 39 yang merupakan hari kedua buat umat Islam berpuasa.
Bila tiba bulan puasa ni, mulalah tekak ni rasa nak makan sesuatu yang manis-manis sebagai pemanis mulut. Hari ni sis buat puding karemel @ puding gula hangus sebagai pelengkap juadah berbuka puasa hari ni. Cerita pasal kuih manis-manis ni, sebenarnya sis dengan anak sis je yang makannya. Nak harap en suami, memang dia x sentuh langsung. Cakap lah ghimau gajah ke, tak diusiknya. Takpe lah, kita tak payah la pikir hal org yang tak makan tu.. yang makan ni kita jalan terus hahaha... Bila buat kuih2 ni sis teringatlah kat anak bujang sis.. Diharapkan, kalau anak mama yang jauh nun terasa nak makan puding karemel ni.. Nah mama bagi resepi versi untuk 1-2 org makan je. Kalau makan sorang, boleh lah buat makan 2 hari. Memandangkan kami kat rumah ni pun makan berdua je, makanya sis ejas le resepi ni utk versi mini je. Sesapa yang tak ramai ahli macam sis ni, boleh la ikut resepi yang sis ubahsuai ikut cara sisi ni. Kalau ahli keluarga besar boleh terus klik link di bawah ni untuk versi yang sebenar.  GAMBAR KAT BAWAH NI MMG NAMPAK BESAR KAN... Sebenarnya sis guna saiz bekas lebih kurang diameter 4 inci je. Dapat lah 2 bekas. Yang satu lg bekas ni, kecik sikit dr 4 inci. Hahaha blh tak ayat tu? Pepandai lah korang ejas ikut bekas yg korang ada. Kalau dah susah-susah sgt, blh je guna bekas taufu fah tu.
https://jumeezaila.blogspot.com/2012/04/puding-karemel.html

Ok kat bawah ni sis bagi step by step ye bg mudah faham hehehe..



Sebenarnya sis upload video, tapi mcm x jadi pulak videonya hahah.. takpelah tgk gambar je dah faham kot...

PUDING KAREMEL VERSI MINI

Bahan-bahan:
2 biji telur gred B
100 ml susu cair(susu sejat)
100 ml air
1 sudu besar gula(jgn membukit pulak ye) 
1/3 sudu rata tepung jagung
1/2 camca teh esen vanila

Gula hangus: 1 sudu besar gula. Sis guna gula perang sbb xde gula putih kat rumah ni. Blh je guna gula putih, nanti jadi brown jugak kan. Yang ni blh la nak membukit sikit gula tu sbb kalau karemel lebih sikit pun sedap jugak. 
Cara-cara: Masukkan gula dalam kuali non stick dengan api yang sgt perlahan. Kalau api kuat, x sempat nak buat apa dah tetiba gula korang akan hangit la kejadiannya. Bila dia dah berbuih2 mcm gambar 2 tu blh angkat dan tuang ke dalam bekas/loyang. Bleh juga letakkan 2 sudu air supaya karemel tu tak terlalu pekat. Selalu sis tak letak air sbb direct letak gula dalam loyang besi dan tenggekkan je loyang besi tu atas dapur. Tapi kali ni nak letak dalam bekas cute2 gitu, sis letak 2 sudu air dan biar ianya mendidih dah gula sebati. Jadi karemel ni takle pekat dan terus mengeras sebelum dituang ke dalam bekas comel heheheh..
Bila karemel dah menjadi, kita letak tepi. lepas tu baru blh sediakan bahan pudingnya.


Maaflah ejaan sudu jadi susu hahahaha... dah malam...tulisan kecik
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar sebati.
Untuk tepung jagung tu, letak 1/3 je dari sudu tu ye. Kalau 1/2 tu puding pekat sikit tp sedap je... Tak cacat pun. lembut pun ok je.
Kemudian tuang ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi. Sebelum tu, jangan lupa panaskan pengukus ye.
Kukus puding selama lebih kurang 10-15 minit. Ataupun lepas 10 minit tu blh cuba cucuk dgn pisau. Kalau kita angkat pisau tu, puding tak melekat, maknanya dah masaklah puding kita tu. Sejukkan sedikit seblum  dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sesambil nak tunggu waktu berbuka tu, dapat lah nikmat puding karemel sejuk2 gitu.
Bila nak makan baru terbalikkan loyang dalam pinggan melengkung. Kang pinggan leper, tak pasal2 gula hangus tu bertabur atas lantai. Lorekkan pisau ditepi loyang tu supaya puding tidak melekat pd loyang semasa nak diterbalikkan.

Bila dah tuang tu, adunan nampak berbuih sikit... ok je...

cucuk dgn pisau, kalau tak melekat tu maknanya dah set laaa.

sejukkan duu sebelum masuk dlm peti..belah bawah ye

Taraaaa..... bila diterbalikkan, kejadian jadi cenggini... 

comel tak kejadian puding karemel mini ni??? dlm gambar nampak besar je kan?
Dah snap gambar byk2, nak delete sayang la pulak.. so paste kat sini utk tatapan diri sendiri.

#mcoday39
#stayathome
#pkpfasa3day11
#stopcovid19
#kitapastimenang





No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...