Sunday, 19 April 2020

SUP IKAN YU

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk PKP ke 33 sempena covid 19.
Sebenarnya sis mmg dah kehabisan idea nak masak apa untuk menu makan tengahari kami ni. Hari ni sis masak sup ikan yu (yg dah lama ada dlm peti ais) dgn ikan cencaru bakar je. Kuah ikan bakar malim tu ada sikit lagi. So kita recycle je ye...

Kebetulan 3-4 bulan dulu, sis saje jenjalan di pasar tani. Takde tujuan spesifik pun nak beli apa. Sambil jalan-jalan cuci mata.. sis tengok-tongok budak gerai  ikan tu siang ikan pelanggan..kebetulan kenal sebab selalu tegur-tegur budak ni kalau pergi pasar tani. Ada pasangan ni beli ikan yu, dan mintak disiangkan. Sirip dan ekor ikan yu ni, pasangan suami isteri ni taknak. Boleh pulak adik gerai tu offer pada sis for free je. Sebenarnya takde la rasa nak sgt sebab leceh utk bersihkan sirip ikan yu ni. Kalau tak kena gaya, kita akan rasa berpasir sebab sirip dan badan ikan ni memang berpasir dan kesat. Tapi kami ambil jugak lah sirip tu walaupun takde la banyak pun. Sampai di rumah terus la lakukan proses membersihkan sirip ni.. uols blh search cara nak bersihkan sirip ni.. Kena rendam air panas supaya kulit pada sirip ni terkoyak dengan sendirinya. Lepas tu kikis2 kulitnya.. Leceh sebenarnya. Dipendekkan cerita... lepas dibersihkan, sis terus simpan masuk frozen. Dapat lbh kurang 1 cawan kecil je. Cukup la kalau nak makan 2-3 org.  Tak sangka pulak time PKP ni, yang lama dok dalam fridge pun, blh kita gunakan pada hari ni. Tapi sebenarnya sup ikan yu, kena cara masaknya, memang sedap. Biasanya terdapat di restoran2 Cina je sup ikan yu ni. Carilah restoran yang HALAL ye heheheh.... Kami selalu juga makan shark fin soup ni bila kami pergi ke satu restoran di Tg Malim. Itupun bila melawat anak bujang yang belajar di KYUEM sedikit masa dulu (2016-2018).
Haaa panjang lebar pulak ceritanya.
Jom la kita jeling-jeling resepi sup ikan yu cara sis.


SUP SIRIP IKAN YU
Bahan-bahan:
1 cawan sirip ikan yu yang telah dibersihkan

3 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang halus
1/2 biji bawang besar-dipotong kiub
1/2 inci halia-dimayang atau hiris nipis
sedikit minyak utk menumis +1 sudu besar minyak bijan

Beberapa keping cendawan kering warna hitam-mcm dlm sup tu.-rendam hingga lembut
sedikit soo hoon-rendam
1/2 batang karot-potong mancis
4 batang crab meat-potong
sedikit daun sup dan daun bawang
1 kiub ikan bilis/ayam
1 biji telur
garam
air secukupnya
1 sudu rata tepung jagung dibancuh dgn sedikit air.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak yang dicampur dgn 1 sudu minyak bijan. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air kurang lebih 2 1/2 cawan.
3. Masukkan sirip ikan yu, kiub ikan bilis, garam secukupnya dan masukkan juga sayur-sayur(karot, soohoon, cendawan). Biar mendidih seketika dan masukkan isi ketam.
4. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau-kacau/kocok2 dengan sudu dan tuangkan dalam sup mendidih tadi. Jangan dikacau sup ini hingga telur timbul dan masak. Nanti sup akan keruh dan tak cantik.
5.  Sebelum tutup api, masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan 1-2 minit dan nampak kuah sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidang.
6. Tabuskan daun sup dan bawang.

Untuk kuah ikan bakar tu, blh klin link di bawah ni...
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/04/terubok-bakar-berkuah.html





No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...