Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44 merupakan hari ke 2 PKP Fasa 4.
Hari ni kami berbuka kuih tepung pelita dan bihun goreng. Rata-rata memang dah tau macamana nak goreng bihun ni kan. So layan je la resepi mudah kat bawah ni.
BIHUN GORENG
Bahan-bahan
1/2 bungkus bihun-rendam air panas sekejap je
4 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 biji bawang besar-ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
12 ekor udang sederhana besar
2 batang sawi
10 biji bebola ikan-belah 2
sedikit taugeh
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap lemak manis
sedikit cili merah dan cili hijau
Cara-cara:
1. Tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan cili garing.
2. Masukkan udang, fishball dan sayur
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan sedikit air.
4. Masukkan garam dan pecahkan telur. kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan gaul rata.
6. Bila dah sebati dan bihun dah masak, tutup api dan sedia dihidang.
7. Taburkan taugeh dan cili.
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Thursday, 30 April 2020
TEPUNG PELITA
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, hari ke 2 pkp fasa 4.
Hari ni juga adalah hari ke 7 kita berpuasa. Sedar tak sedar dah seminggu dah kan... Betapa cepatnya masa berlalu.
Jom nak story sikit pasal kuih tepung pelita ni.

hari ke 44: KUIH TEPUNG PELITA: Sejak kecik, sis sgt mengidolakan arwah mak sis dalam membuat kuih2 tradisional. Sayangnya sis tak berkesempatan utk belajar sbb dia pergi tinggalkan sis sejak sis berumur 12 tahun. Tiap kali ramadhan sis x pernah lupakan kenangan yg sedikit bersama arwah. Bila dah start anak besar2 ni, barulah sis merajinkan diri mencuba membuat kuih2 tardisional ni... Kalau tak, tak buat lah kalau setakat sorang nk makan.
Kuih2 tradisional spt tpg pelita, dodol kukus dan kuih tapak kedidi adalah menjadi kepakaran arwah mak yg sgt ssh nk dpt kuih-kuih tu di zaman skrg ni. Cerita pasal kuih tepung pelita ni, semasa kecik, sis sgt terpesona dgn kehebatan arwah mak dlm seni membuat kotak sampan utk kuih tpg pelita.. Kadang-kadang bila main masak-masak dgn kawan-kawan pun sis berangan dok melipat daun pisang buat kotak sampan ni. Maka tak hairanlah yg sis mmg hebat dlm membuat nya juga hehhee... Leka je bila dpt membentuk kotak2 ni. Tapi tu lah, klu ikutkan dgn makannya, tak berbaloi dgn buat... tp sis mmg seronok mengasah skill buat kuih tepung pelita ni.. nak dpt konsistensi kuih ni mmg kena byk try n error. Kalau tgk pada kotak sampan yg sis buat tu, kira byk la tu..oklah kan, kita buat kuih ni, hantar jiran depan sikit, jiran blkg sikit dan jiran tepi sikit. Alhamdulillah semua dapat merasa...
Kalau dulu2 sis buat kuih tepung pelita ni main agak2 je campurkan bahan-bahan tepung dan santan. Ambil sikit dan kukus... tak cantik, tambah lagi sikit tepung sampailah dapat konsistensi yang dikehendaki. Baru-baru ni terbaca satu post cara buat kuih ni yang di kongsi oleh seorang kawan. So sis nak cuba buat kuih ni ikut sukatan yang betul. Cuma, pada sis, masih perlu diubahsuai sedikit supaya kuih ni lebih lembut dan cair dimulut. Eh betul ke ayat ni... hahahah... Maknanya, next time sis akan cuba kurangkan 1-2 sudu lagi tepung supaya betul2 sama mcm mak sis buat dulu.
Ok jom tgk resepinya
** terima kasih kepada pemilik facebook: Fatihah Ali kerana sudi share sukatan sebenar utk buat kuih ni sebagai panduan kita semua. Moga ilmu berpanjangan ni dapat mengalir pahala buat dirinya.
RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
Lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air daun pandan(warna hijau)
3 sudu besar santan(50 ml)
Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air
Baki santan kotak(150 ml)
1 sudu kecil garam(atau 1 1/2 sudu kecil garam)
Cara-cara:
1. Letak 1/2 sudu kecil gula dalam sampan
2. Masukkan adunan lapisan bawah dan kukus lebih kurang 5 minit
3. Lepas 5 minit, masukkan adunan lapisan atas yang berwarna putih.
4. Kukus lagi 5 minit dan siap. Pastikan wap air tak terkena kuih supaya kuih licin dan cantik
5. Kejadian kuih sis tak berapa cantik sbb air wap dok menitik je. Takpe kita cuba lagi.

gigih tak sis buat sampan ni???
KARIPAP PUSING
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, yang merupakan hari ke 3 pkp fasa 4.
Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa kan. Karipap pusing ni sis dah buat pada hari selasa lepas (28/4/2020)..Cuma baru bkesempatan nak upload kat sini. Banyak sgt senarai menu berbaris...hehehe...
Cerita pasal karipap pusing ni, sis mula-mula belajar macam mana nak pusing karipap ni ialah ketika sis berada di bumi Melbourne semasa mengikut suami yang menuntut di sana pada tahun 2009-2011. Maklumlah, masa tu menjadi surirumah sepenuh masa, makanya banyak masa dok main masak-masak je. Sis mula-mula belajar dengan seorang kawan yang blh la di kira pangkat adik-adik je pun, tapi sangat hebat dalam memasak ni. Sis mula belajar untuk menulis blog ni pun daripada dia juga.Adik ni lah..yang tolong buatkan blog utk sis yang buta IT ni.. Hehehe besar jasanya kan...
Bila dah tahu skill, rasa seronok pulak buat karipap pusing ni. Bab klim karipap ni pun menjadi kesukaan sis yang dari kecik memang sgt admire bila tgk makcik-makcik blh klim karipap ni. Walaupun tak cantik mana pun, tapi sis tetap bangga dgn kehebatan sis ni ...Hahahah klim karipap je pun..tapi bukan lah kategori rajin nak buat pun...Hikmah PKP ni, adalah masa utk menguli, lebih2 lagi anak dara pun ada kat rumah. Ini lah masanya nak bagi dan turunkan skil kat anak dara sis pulak kan.... Biar dia belajar mengelim karipap pulak hehehe...
Untuk lebih mudah, sis jadikan blog Dapur Tanpa Sempadan sebagai panduan untuk buat karipap pusing ni. Senag sikit bila tgk step by step dari blog tu..takdelah sis terkial-kial nak recall balik ilmu yang belajar di Melbourne 10 tahun dulu kan....
Blh la klik sini sbg rujukan... Dan blog ni menjadi idola sis jugak bila perlukan rujukan resepi-resepi. InshaAllah... kalau ikut betul2 resepi dari blog ni, masakan kita akan menjadi dgn jayanya.. hehehe...
https://www.tiffinbiru.com/2009/04/karipap-lapis.html
Inti Karipap:
5-6 biji kentang-dipotong dadu(tugas anak dara sis la ye)
6 biji bawang putih-ditumbuk
1 biji bawang besar di dadu
2 sudu besar udang kering-rendam dan kisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari(blh ejas kurang lebih)
2 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukupnya
Sedikit air (1 cwn atau lbh-utk empukkan kentang)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan udang kering.
3. Masukkan rempah kari dan diikuti dgn kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan hingga kentang empuk.
5. Tutup api dan masukkan dalam bekas.
Doh Karipap:
A
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)
B
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

- UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
- Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi. ***sis bahagikan doh menjadi 3 bahagian***
- Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
- Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
- Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....
Haa dah nampak cantik dah hasil anak dari sis mengelim ni...
dah taktau mana yang mama buat, mana yg dia buat...
Abaikan lah warna gelap karipap tu. Goreng pun 4 biji je itupun tinggal 2-3 min nak berbuka. Kelam kabut dibuatnya. Yang lain, digoreng separa je untuk di frozenkan... blh buat moreh atau sahur anak dara sis.
Wednesday, 29 April 2020
SOTONG GORENG BEREMPAH
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar tak sedar dah 6 hari kita berpuasa.
Hari ni kita masak simple sangat iaitu sotong goreng berempah je. Masak sotong goreng berempah ni sangat senang dan sedap pun boleh tahan jugak. Boleh lah utk menambahkan selera berbuka kan..
SOTONG GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan:
300 gram sotong-dipotong, digaul dengan kunyit dan sedikit garam.
3 ulas bawang putih diracik/diketuk/dikisar
1/2 biji bawang besar-dimayang
1 inci halia dimayang
2 tangkai daun kari
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
3-4 biji cili padi dibelah2
2 sudu besar rempah kari (semasa menyudu tu biar membukit lah karinya ye)
1/2 cawan minyak untuk menumis-tambah lg jika perlu semasa proses letak rempah kari.
Cara-cara:
1. Tumis daun kari, bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan sotong dan biar ia mendidih utk keringkan sedikit air sotong
3. Taburkan rempah kari. Jika semasa proses ni, rempah kari akan meresap minyak dan nampak kering, tambahkan lagi minyak masak supaya dapat garingkan rempah kari tadi. Masukkan juga sedikit air supaya kari tak kering...(nanti susah dia nk mendidih ataupun pecah minyak)
4. Masak hingga rempah kari tu pecah minyak. Kemudian masukkan cili besar merah dan hijau.
5. Kacau sekejap dan tutup api.
6. Sedia dihidang.
#6ramadhan2020
#pkpfasa4day1
#quarantineday43
#stopcovid19

Tuesday, 28 April 2020
STIM IKAN SIAKAP SIMPLE
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 42 yang merupakan hari ke 5 kita berada di bulan Ramadhan. Sengaja tulis kapsyen ni, supaya kita akan ingat sampai bila2 kenangan PKP sempena covid19 ni.
Hari ni sis buat ikan siakap kukus sebagai menu utk berbuka puasa. Kita selang seli antara makanan goreng-goreng dengan nasi.
Tapikan...disebabkan PKP ni, tak semua bahan yang kita perlukan tu ada di rumah. Jadinya, untuk kukus ikan hari ni, sis belasah je guna jeruk mangga dalam peti ais sebagai bahan tambahan. Limau pun dah kehabisan stock dah hehehe,...
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
sedikit jeruk mangga-utk dapatkan masam manis
dari jeruk mangga
sedikit sos tiram
garam secukupnya
2 cawan air
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam kuali dan tenggekkan di atas dapur
Tutup kuali dan biarkan mendidih atau sehingga ikan masak.
Cara ni lagi senang dan ikan akan cepat masak.
#pkpday42
#5ramadhan2020
#stayathome
#stopcovid19
#quarantineday42
#pkpfasa3day13

Siakap kukus jeruk mangga
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-dibersihkan dan masukkan dlm kuali
5 ulas bawang putih-diketuk
1 biji bawang bear dimayang
1 1/2 inci halia di mayang
beberapa biji cili padi-dibelah dua
1/2 batang lobak merak d potong nipis
2 tangkai kobis bungaBeberapa helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
sedikit jeruk mangga-utk dapatkan masam manis
dari jeruk mangga
sedikit sos tiram
garam secukupnya
2 cawan air
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam kuali dan tenggekkan di atas dapur
Tutup kuali dan biarkan mendidih atau sehingga ikan masak.
Cara ni lagi senang dan ikan akan cepat masak.
#pkpday42
#5ramadhan2020
#stayathome
#stopcovid19
#quarantineday42
#pkpfasa3day13
Monday, 27 April 2020
MACARONI GORENG
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 41 yang merupakan hari ke 4 kita berpuasa. Hari ni sis masak macaroni goreng utk berbuaka puasa. So takde nasi ye. Kita makan macaroni je ok. Jom tgk resepi muda cara sis.
MACARONI GORENG
Bahan-bahan:
3 keping dada ayam-dikisar(sis guna food processor)
1 bungkus macaroni -direbus hingga masak.(sis buat banyak utk diagihkan kepada jiran depan dan blkg rumah)
5-6 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dipotong dadu
3 senduk cili kisar
sedikit sos tiram
1/2 cawan sos cili (lbh pun takpe supaya rasa manis2 sos cili)-sis taknak buat manis
2 sudu besar kicap-jgn byk nanti jadi mee goreng pulak hehehe
Sayur-sayur yang sesuai lah ye
-2 pokok sawi
-11/2 batang lobak merah
3 tangkai kobis bunga
3 tangkai brokoli
5 batang kacang buncis
1 biji tomato didadu
1/2 biji cili merah
1/2 biji capsicum(lupa nak letak hehehe)
1 kiub ayam
Garam jika perlu
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak.
2. Masukkan ayam kisar dan kacau-kacau supaya ayam masak. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
3. Masukkan sayur, sos cili, sos tiram, kicap, kiub ayam dan garam.
4. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
5. Untuk masak pasta ni, daging (isi ayam) kena banyak menutupi macaroni baru lah sedap). Sis ni pun dah kira kurang isi ayam nya. Tapi ok je, dah sedap sangat dah heheh.
6. Kacau-kacau macaroni sekejap je sbb macaroni dah masak. Bila dah sebati, tutup api dan sedia dihidang utk berbuka puasa.
#pkpfasa3day14
#quarantineday42
#4ramadhan2020

Sunday, 26 April 2020
KUEY TEOW KUNGFU
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 40 yang merupakan hari ke 3 kiata berpuasa.
Hari ni sis masak kuey teow kungfu je sebagai juadah berbuka puasa. Trend kami sekeluarga, kalau dah makan kuey teow kungfu ni, maknanya ini je lah makanan berat kami. Takde nasi dah ye. Kami akan makan kuey teow sorang semangkuk je. Alhamdulillah... Tak seperti orang lain, yang akan makan nasi pulak lepas tu. Atau ada juga yang akan cakap..haishhhh tak blh laa kalau takde nasi.. Sebenarnya ia bergantung kepada diri masing-masing. Hehehe... Bulan puasa ni adalah bulan kita bersederhana lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan. Kalau ikutkan hati blh je sumbat macam-macam. Tapi siap lah badan korang akan naik 2-3 kali ganda bila habis bulan ramadhan. Itu blm kira lagi menjelangnya syawal. Lemang. ketupat, lontong, rendang, kuih bangkit, almond london, mee kari dan macam2 lagi..Siapkan lah baju yang ukurannya lbh 1 saiz dari yang sebenar ye..
Untuk resepi kuey teow kungfu ni, sis pernah share kan resepi bihun kungfu. Blh klik link di bawah. Cara lbh kurang sama je.
https://jumeezaila.blogspot.com/2011/08/bihun-kungfu-dari-melben.html?m=0

sediakan kuey teow secukupnya (sebungkus tu tak habis utk kami bertiga.)
3 biji telur ayam(1 biji utk 1 mangkuk kuey teow)
2 keping isi ayam -potong nipis
4-5 ulas bawang putih-dicincang
1/2 biji bawang besar-potong kiub
sayur-sayur spt di bawah
-kacang buncis
-capsicum
-cailiflower
-brokoli
-sawi jepun
-carrot
-cili merah
-1/2 BIJI TOMATO(TAKDE DLM GAMBAR PULAK)
-beberapa biji cili padi-belah 2
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
2 cawan air-ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
sedikit serbuk lada hitam
garam secukupnya
Cara penyediaan kuey teow
1. Ambil sedikit kuey teow(utk 1 org makan), letak dalam mangkuk.
2. Pecahkan sebiji telur dalam cawan dan pukul sedikit telur. Dgn kata lain kocak2kan telur tu dgn garfu.
3. Tuangkan telur dlm mangkuk yg ada kuey teow tadi.
4. Sebelum tu, panaskan lbh kurang 1 cawan minyak dalam kuali melengkung.
5. Bila minyak dah panas, tuangkan kuey teow yang ada telur tadi ke dalam kuali.
6. Biarkan bahagian bawah garing, kemudian terbalikkan. Angkat dan letak toskan sekejap atas penapis santan supaya tidah berminyak sgt.
7. Letak dalam mangkuk dan buat lagi yang ke 2 dan ke 3.
Cara-cara penyediaan kuah.
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam. Balik-balikan isi ayam.
3. Masukkan 2 cawan air, serbuk lada sulah/lada hitam, kiub ayam, garam secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sayur dan biar sekejap supaya sayur lembut. Jangan terlalu lama, nanti sayur terlalu masak.
5. Last sekali letak air tepung jagung utk pekatkan kuah. Agak-agak kalau tak cukup pekat lagi, tambah lah tepung jagung ikut kesesuaian. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika ada.
SELAMAT MENCUBA.
Saturday, 25 April 2020
PUDING KAREMEL
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 39 yang merupakan hari kedua buat umat Islam berpuasa.
Bila tiba bulan puasa ni, mulalah tekak ni rasa nak makan sesuatu yang manis-manis sebagai pemanis mulut. Hari ni sis buat puding karemel @ puding gula hangus sebagai pelengkap juadah berbuka puasa hari ni. Cerita pasal kuih manis-manis ni, sebenarnya sis dengan anak sis je yang makannya. Nak harap en suami, memang dia x sentuh langsung. Cakap lah ghimau gajah ke, tak diusiknya. Takpe lah, kita tak payah la pikir hal org yang tak makan tu.. yang makan ni kita jalan terus hahaha... Bila buat kuih2 ni sis teringatlah kat anak bujang sis.. Diharapkan, kalau anak mama yang jauh nun terasa nak makan puding karemel ni.. Nah mama bagi resepi versi untuk 1-2 org makan je. Kalau makan sorang, boleh lah buat makan 2 hari. Memandangkan kami kat rumah ni pun makan berdua je, makanya sis ejas le resepi ni utk versi mini je. Sesapa yang tak ramai ahli macam sis ni, boleh la ikut resepi yang sis ubahsuai ikut cara sisi ni. Kalau ahli keluarga besar boleh terus klik link di bawah ni untuk versi yang sebenar. GAMBAR KAT BAWAH NI MMG NAMPAK BESAR KAN... Sebenarnya sis guna saiz bekas lebih kurang diameter 4 inci je. Dapat lah 2 bekas. Yang satu lg bekas ni, kecik sikit dr 4 inci. Hahaha blh tak ayat tu? Pepandai lah korang ejas ikut bekas yg korang ada. Kalau dah susah-susah sgt, blh je guna bekas taufu fah tu.
https://jumeezaila.blogspot.com/2012/04/puding-karemel.html
Ok kat bawah ni sis bagi step by step ye bg mudah faham hehehe..
PUDING KAREMEL VERSI MINI
Bila karemel dah menjadi, kita letak tepi. lepas tu baru blh sediakan bahan pudingnya.
Untuk tepung jagung tu, letak 1/3 je dari sudu tu ye. Kalau 1/2 tu puding pekat sikit tp sedap je... Tak cacat pun. lembut pun ok je.
Kemudian tuang ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi. Sebelum tu, jangan lupa panaskan pengukus ye.
Kukus puding selama lebih kurang 10-15 minit. Ataupun lepas 10 minit tu blh cuba cucuk dgn pisau. Kalau kita angkat pisau tu, puding tak melekat, maknanya dah masaklah puding kita tu. Sejukkan sedikit seblum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sesambil nak tunggu waktu berbuka tu, dapat lah nikmat puding karemel sejuk2 gitu.
Bila nak makan baru terbalikkan loyang dalam pinggan melengkung. Kang pinggan leper, tak pasal2 gula hangus tu bertabur atas lantai. Lorekkan pisau ditepi loyang tu supaya puding tidak melekat pd loyang semasa nak diterbalikkan.
Hari ni PKP ke 39 yang merupakan hari kedua buat umat Islam berpuasa.
Bila tiba bulan puasa ni, mulalah tekak ni rasa nak makan sesuatu yang manis-manis sebagai pemanis mulut. Hari ni sis buat puding karemel @ puding gula hangus sebagai pelengkap juadah berbuka puasa hari ni. Cerita pasal kuih manis-manis ni, sebenarnya sis dengan anak sis je yang makannya. Nak harap en suami, memang dia x sentuh langsung. Cakap lah ghimau gajah ke, tak diusiknya. Takpe lah, kita tak payah la pikir hal org yang tak makan tu.. yang makan ni kita jalan terus hahaha... Bila buat kuih2 ni sis teringatlah kat anak bujang sis.. Diharapkan, kalau anak mama yang jauh nun terasa nak makan puding karemel ni.. Nah mama bagi resepi versi untuk 1-2 org makan je. Kalau makan sorang, boleh lah buat makan 2 hari. Memandangkan kami kat rumah ni pun makan berdua je, makanya sis ejas le resepi ni utk versi mini je. Sesapa yang tak ramai ahli macam sis ni, boleh la ikut resepi yang sis ubahsuai ikut cara sisi ni. Kalau ahli keluarga besar boleh terus klik link di bawah ni untuk versi yang sebenar. GAMBAR KAT BAWAH NI MMG NAMPAK BESAR KAN... Sebenarnya sis guna saiz bekas lebih kurang diameter 4 inci je. Dapat lah 2 bekas. Yang satu lg bekas ni, kecik sikit dr 4 inci. Hahaha blh tak ayat tu? Pepandai lah korang ejas ikut bekas yg korang ada. Kalau dah susah-susah sgt, blh je guna bekas taufu fah tu.
https://jumeezaila.blogspot.com/2012/04/puding-karemel.html
Ok kat bawah ni sis bagi step by step ye bg mudah faham hehehe..
Sebenarnya sis upload video, tapi mcm x jadi pulak videonya hahah.. takpelah tgk gambar je dah faham kot...
Bahan-bahan:
2 biji telur gred B
100 ml susu cair(susu sejat)
100 ml air
1 sudu besar gula(jgn membukit pulak ye)
1/3 sudu rata tepung jagung
1/2 camca teh esen vanila
Gula hangus: 1 sudu besar gula. Sis guna gula perang sbb xde gula putih kat rumah ni. Blh je guna gula putih, nanti jadi brown jugak kan. Yang ni blh la nak membukit sikit gula tu sbb kalau karemel lebih sikit pun sedap jugak.
Cara-cara: Masukkan gula dalam kuali non stick dengan api yang sgt perlahan. Kalau api kuat, x sempat nak buat apa dah tetiba gula korang akan hangit la kejadiannya. Bila dia dah berbuih2 mcm gambar 2 tu blh angkat dan tuang ke dalam bekas/loyang. Bleh juga letakkan 2 sudu air supaya karemel tu tak terlalu pekat. Selalu sis tak letak air sbb direct letak gula dalam loyang besi dan tenggekkan je loyang besi tu atas dapur. Tapi kali ni nak letak dalam bekas cute2 gitu, sis letak 2 sudu air dan biar ianya mendidih dah gula sebati. Jadi karemel ni takle pekat dan terus mengeras sebelum dituang ke dalam bekas comel heheheh..Bila karemel dah menjadi, kita letak tepi. lepas tu baru blh sediakan bahan pudingnya.
Maaflah ejaan sudu jadi susu hahahaha... dah malam...tulisan kecik
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar sebati.Untuk tepung jagung tu, letak 1/3 je dari sudu tu ye. Kalau 1/2 tu puding pekat sikit tp sedap je... Tak cacat pun. lembut pun ok je.
Kemudian tuang ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi. Sebelum tu, jangan lupa panaskan pengukus ye.
Kukus puding selama lebih kurang 10-15 minit. Ataupun lepas 10 minit tu blh cuba cucuk dgn pisau. Kalau kita angkat pisau tu, puding tak melekat, maknanya dah masaklah puding kita tu. Sejukkan sedikit seblum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sesambil nak tunggu waktu berbuka tu, dapat lah nikmat puding karemel sejuk2 gitu.
Bila nak makan baru terbalikkan loyang dalam pinggan melengkung. Kang pinggan leper, tak pasal2 gula hangus tu bertabur atas lantai. Lorekkan pisau ditepi loyang tu supaya puding tidak melekat pd loyang semasa nak diterbalikkan.
Bila dah tuang tu, adunan nampak berbuih sikit... ok je...
cucuk dgn pisau, kalau tak melekat tu maknanya dah set laaa.
sejukkan duu sebelum masuk dlm peti..belah bawah ye
Taraaaa..... bila diterbalikkan, kejadian jadi cenggini...
comel tak kejadian puding karemel mini ni??? dlm gambar nampak besar je kan?
Dah snap gambar byk2, nak delete sayang la pulak.. so paste kat sini utk tatapan diri sendiri.
#mcoday39
#stayathome
#pkpfasa3day11
#stopcovid19
#kitapastimenang
NASI LEMAK DAN SAMBAL UDANG
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 39 yang merupakan hari ke 2 kita berada di bualan ramadhan.
Hari ni sis masak nasi lemak dan sambal udang pengantin segar yang dibeli dari nelayan di Kuala Sg Baru. Alhamdulillah dgn rezeki yang Allah berikan.

RESEPI NASI LEMAK CARA SIS
2 pot beras basmathi
1 sudu kecil halba
1/2 pot santan(guna pot utk sukat nasi) Sis guna santan kotak KARA.
1 sudu gula
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan-disimpul
1/2 inci halia-dihiris
Air (2 3/4 pot air)-guna cawan yang sama sukat beras. Sis guna pot kecil rice cooker tu je.
****sedikit panduan nasi lemak beras basmathi cara sis
4 cawan beras basmathi = 6 cawan air + santan (1 cawan santan+5 cwn air)
**kalau nak lebih lemaknya, lebihkan santan dan bakinya tambahkan air.

1. Basuh beras dan masukkan dalam rice cooker.
2. Masukkan halba, garam, gula, daun pandan dan halia.
3. Masukkan santan.
4. Masukkan air
5. Kacau sebati dan on kan elektrik periuk kita tu.
Kalau bukan bulan puasa, kacau dan rasa lah garam dan gula. Gula jangan mcm manis air teh pulak. Gula utk dapatkan lemak nasi je.
Masak seperti biasa.
SAMBAL UDANG
Bahan_bahan
3 ulas bawang putih-diketuk dan cincang halus
1 biji bawang besar-dimayang
2 senduk cili kisar(atau secukupnya)
9 ekor udang
Gula dan garam secukupnya
sedikit air asam jawa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak secukupnya.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan biarkan cili garing. Bila dah pecah minyak, jika byk sgt minyak, blh keluarkan minyak dgn sudu.
4. Masukkan udang, air asam jawa, garam dan sedikit gula(sis x letak gula)
5. Masukkan bawang hiris dan biarkan seketika.
6. Tutup api dan sedia dihidang.
Nasi lemak bolehlah dimakan dengan telur rebus, ulam timun, ikan bilis dan sebagainya. kita buat dia.. tak kisahlah kan...Hari ni sis buat sayur campur dgn tofu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...