Friday, 8 May 2020

AYAM KENNY ROGERS

ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ni PKP ke 51: PKP Fasa 4 hari ke 9
14 RAMADHAN 2020

Hari ni kita buat ayam ala-ala AYAM KENNY ROGERS. Boleh la sis fefeeling makan kat dalam restoran kenny rogers di musim PKP ni. Lama benau dah tak keluar meronda shopping mall ni. Untuk menu berbuka hari ni kita buat ala2 western gitu. Jadinya hari ni kita masak 3 ketul ayam quater di mana ayam ni di belah 4. Kita masak 3 bahagian je.


RESEPI AYAM KENNEY ROGERS

3 suku bahagian ayam-dibersihkan

Bahan perapan ayam:
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
(kisar bahan di atas dgn 1/4 cawan air)

Herba kering campuran secukupnya(oregano, rose mary, dill, taragon)
2 sudu besar lada hitam(blend kasar)
2-3 sudu sos tiram(hari ni sis tak letak)
1 kiub ayam(hancurkan)
garam secukupnya
2 sudu besar madu lebah-blh ganti dgn 1 sudu gula perang
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
1. Tuang bahan kisar di dalam bekas yang berisi ayam tadi. 
2. Masukkan garam, madu lebah, herba campuran dan lada hitam. gaul sebati.
3. Perap ayam lbh kurang 3-4 jam(supaya mesra dan sebati bahan-bahan tadi)
4. Masukkan ayam dalam dulang. Letakkan juga 1 sudu besar mentega. 
5. Bakar dalam oven suhu 200C api atas bawah. Letakkan air dlm tray bawah supaya ayam tetap lembab dan ber juicy. 
6. Blh juga masukkan bahan sampingan seperti kentang, lobak merah, keledek dan hirisan lemon
7. Bila hampir masak, masukkan sayur-sayur lain spt brokoli dan capsicum.





SOS BLACK PEPPER(utk hidangan yang kecil)
1/2 biji bawang holand-potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap pekat manis(kicap masin taknak)
1 sudu besar sos cili(selalunya sis tak letak pun)
1/2 cawan susu segar(tak letak pun takpe)
1 1/2 cawan air
1 sudu mentega
Beberapa helai daun bay(kalau takde, abaikan)

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk sederhana.
2. Tumis bawang holand hingga kekuningan
3. Masukkan tepung gandum dan biarkan kekuningan
4. Masukkan air, kiub ayam, sos cili dan kicap pekat manis. Kacau hingga mendidih. Tutup api.
5. Masukkan bahan dalam blender dan kisar hingga halus.
6. Tuang semula dalam periuk tadi dan masukkan susu segar. Nyalakan api dapur.
7. Masukkan juga daun bay dan biarkan ianya mendidih. Perasakan dgn garam(jika kurang masin)
8. Sedia dihidang.




No comments:

Post a comment

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...