Saturday 9 May 2020

NASI KERABU BUNGA TELANG

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 53
16 RAMADHAN 2020

Hari ni sis upgrade kan sedikit kerajinan sis dgn buat nasi kerabu utk berbuka di 16 Ramadhan ni. Kalau ikut jumlah isi rumah yang ada 3 org ni je, mesti kita dah rasa malas dah nak buat nasi kerabu ni kan. Renyahnya jangan cakap lah....Penyediaannya juga bukan lah sesuatu yang mudah. Kena kuatkan mental dan fizikal. ye lah... sbb tak berbaloi dgn ahli yg nak makan.
Kalau tahun lepas dan tahun sebelumnya, sis akan pilih buat nasi kerabu ni bila ahli keluarga sis(adik beradik sis & anak2nya) dtg berbuka rumah sis. Selalunya, bulan ramadhan ni, satu hari mesti akan ada majlis berbuka beramai-ramai di rumah sis. Seronok dan meriah bila ahli keluarga berkumpul. Time tu sgt meriah berkumpul dan belah petang memasing ada je tugas buat kerja sorang sikit. Ada department buat solok lada, buat sambal kelapa, kuah lada, ayam percik, kuah tumis dan sebagainya. Sambil-sambil borak2 tu tak terasa, semua setle dengan sekelip mata. Ada lagi yang department buat kuih2 tradisional lah dan macam2 lagi. Pendek kata memang seronok bila semua turus padang kan. Tapi tahun ni, keluar masuk dapur balik2 muka sis je..sesekali ada la si Aamira turun membantu. Ituupun nak suruh dia buat kerja pun macam takde je heheh... Tapi tak bermakna tak masuk dapur kan... Rindu pulak berbuka puasa beramai2 dgn ahli keluarga. Nampaknya, tahun ni, tak dapat lah nak berbuka bersama2 dgn adik beradik sis.

Ok lah berbalik pada nasi kerabu sis ni. Layankan jugak buat sbb rasa seronok dan puas hati dapat rasa nasi kerabu air tangan sendiri. Sebenarnya 3-4 hari lepas ada juga tgk orang jual nasi kerabu tapi dia tak boleh cod kat rumah sis, so cancel la.. Maknanya mmg xde rezeki nak makan nasi kerabu beli. Nak jugak hasil dr air tangan diri sendiri. hehehe.

Cerita nasi kerabu ni panjang ceritanya. Keropok kering ada lah hasil pemberian seorang rakan. Bunga telang pulak kita mintak dgn jiran kita, jadinya, boleh lah kita buat nasi kerabu lebih sikit utk di agihkan kepada jiran pemilik bunga telang dan si pemberi keropok keping. Alhamdulillah dapat dikongsi bersama. Ok jom kita tengok satu persatu penyediaan utk hasilkan nasi kerabu ni.


 Nasi Bunga Telang
-Ini hasil resepi dari kakak kesayangan sis
-banyak version sebenarnya, sis suka version dari kakak sisi ni.

3 1/2 pot beras basmathi Mongul Faiza
7 cawan air bunga telang(lbh kurang 10-15 kuntum bunga telang..rendam dgn air panas utk dapatkan warna biru tu)-sukat guna cawan sukat beras
5 helai daun limau purut
1 batang serai
3 helas daun mangga
5 helai daun mengkudu
1 helai daun pandan

Cara-cara:
Beras dibasuh dan di toskan. masukkan dalam rice cooker.
Masukkan serai, daun mengkudu, daun mangga dan daun pandan ke dalam blender dan kisar hingga lumat menggunakan air bunga telang tadi. Tapis dan masukkan dalam beras.
Masukkan daun limau purut dan Masak seperti biasa.
CANTIKKAN HASIL NASI KERABU KITA??


Kuah Tumis atau Kuah Percik

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
3-4 sudu besar cili kisar
1 -2 ketul kunyit hidup
1/2 kotak kecil santan KARA. SAntan fresh lg bagus, baru dia blh pecah minyak kuah tumis ni.
2 keping asam keping
1/2 cawan air(atau lbh)
-Kisar  semua bahan kecuali santan dan asam keping hingga lumat. Sepatutnya tumis dgn minyak-sis main lebur semua... jimat sikit kalori hehehe
-Tuang ke dalam periuk dan masukkan santan serta asam keping. Masukkan garam dan sedikit gula melaka atau gula kabung.
-Masukkan juga ayam dan masak ayam hingga 3/4 masak. Senang sekali jalan, sambil tu blh dapat ayam percik sekali.
-Bila ayam dah 3/4 masak, keluarkan ayam dan didihkan lagi kuah hingga pekat dan pecah minyak. Biasanya guna santan kotak ni, jarang dapat pecah minyak. Masak je hingga pekat, tutup api dan ketepikan.
- Ayam yang dikeluarkan tadi blh bakar oven hingga masak. Sis panggang guna air fryer je, senang.
-Bila ayam dah masak, ketepikan. Biasanya, ayam dah masak, so masuk oven tu bila dah dekat nak berbuka, jadi ayam masih panas2 dan sesedap rasa.


Sambal ikan dan kelapa

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
-tumbuk semua bahan di atas. Masukkan dalam kuali.
sedikit budu-sis tak letak pun
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit gula kabung-hancurkan sedikit(dalam 2 sudu mcm tu)
sedikit garam dan maggi cukup rasa
2 ekor ikan kembung-rebus dan asingkan isinya. Ramas2 dan hancurkan sedikit. Ikan selayang lg bagus sbb lbh manis dan isinya bulat2 senang nk perisikan
2 cawan kelapa muda-ambil isi putih sahaja. Gaul kan dengan ikan tadi. Masukkan dalam kuali. Gaul sebati dgn bahan tumbuk tadi.

Cara-cara:
Masak semua bahan dalam kuali di atas api sederhana. Jangan terlalu kuat nanti kelapa cepat hangus.
Bila kelapa agak sedikit kekuningan, tutup api dan ketepikan.

SOLOK LADA

2 ekor ikan kembung. Asingkan ikan mentah ni dari tulangnya.(perisikan)
1-2 cawan kelapa muda
1 inci halia
3 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
1 biji kuning telur(sis letak je sebiji telur kecil, cuma nanti ikan agak lembik)-kalau telur A, ambil kuning je.
1/2 kotak santan (100 ml santan)-kalau santan fresh lagi bagus(lbh kurang 3/4 cawan)
Cili besar secukupnya. Cili hijau lagi bagus. Sis belasah apa kaler cili yg ada.

Cara-cara:
1. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Tumbuk sekali dengan kelapa muda. kelapa tu tumbuk sikit2 je ok dah.. jangan lumat macam buat kerisik pulak..Sis masuk dlm food processor je.
2. Tumbuk bwg merah dan halia. Gaul sebati kelapa dan isi ikan mentah tu.
3. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
4. Masukkan telur dan gaul sebati.(telur utk lekatkan isi ikan dan kelapa tadi)
5. Belah cili dan buang bijinya. Masukkan bahan di atas ke dalam cili hingga penuh dan membuncit.
6. Susun dalam periuk.
7. Tuang santan dalam periuk tadi. Masukkan gula dan garam secukupnya.
8. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kering santan tersebut. Ingattt jangan sampai hangit pulak.
9. Bila cili dah masak, tutup api dan ketepikan.

Kuah lada

1 biji cili besar warna merah
10-15 biji cili padi(ikut kepedasan masing-masing)
air perahan limau atau cuka dan sedikit air
gula dan garam
-kisar semua bahan dan ketepikan.

Budu masak

1/4 cawan budu
1/4 cawan air
3 daun limau purut
1 batang serai diketuk
-Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
-Bila dah masak, tutup api dan tapis budu dan sedia dihidang

Sayur-sayur secukupnya diracik halus

segenggam taugeh-sis buat sendiri
kobis
daun selasih
daun kesom
kacang panjang
bunga kantan
timun

Telur Masin secukupnya.
Keropok kembang dogoreng secukupnya.

Tengok dari segi penyediannya, korang rasa??? Renyah kan... Kalau makan reramai, memang berbaloi lah buat nasi kerabu ni. Tapi kalau tak ramai macam sis pun, dan ada kerajinan, boleh je buat untuk kepuasan ahli keluarga kita sendiri kan.. Seronok bila keluarga menghargai masakan kita.
Selamat mencuba semua.





Sempat packing utk kawan sis si pembekal keropok kembang dan si pembekal bunga telang.
Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama. 

1 comment:

  1. Mmm..teruja tgk nasi kerabu sis. Cantik dan berkhasiat. Terima kasih krn berkongsi resepi hebat!

    ReplyDelete

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...