Friday 8 May 2020

POPIA BASAH INTI UDANG

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP 51. Hari ke 10 PKP Fasa 4
15 RAMADHAN 2020/1441H
Hari ni menu berbuka kami ialah popia basah dan juga roti bawang putih bersama dgn sup krim cendawan(mushroom soup & garlic bread). Alhamdulillah... takde nasi hari ni, tapi masih kenyang dan bertenaga. Ye lah kan.. kalau ikutkan popia basah ni, ala2 macam sihat dan macro yang lengkap jugak lah. Ada karbo pada tepung dan sayur, ada protein pada tauhu dan udang, dan ada lemak pada sambal(wpun lemak tak sihat sangat hahaha...Makanya nk bagitau yang tak makan nasi pun dah terasa kenyangnya. Ditambah pulak dengan mushroom soup cicah dengan roti bawang putih....

Cerita popia basah ni, dah hapir 10 tahun sis tak buat. Bukan apa...renyah nak buat satu hal..lagi satu, bila tiba bulan ramadhan ni, kami memang suka membeli popia basah yang famous di Ujong Pasir. Boleh kata setiap hujung mingga kami akan beli popia ni... Popia viral yang sedap. Jadinya, memang takde alasan nak buat sendiri kalau yang beli tu berbaloi dengan sedapnya....

Tapi, tahun ni, tetiba terasa nak buat pulak popia basah ni. Permulaan nak buat bancuhan kulit popia ni rasa macam seram sikit lah untuk dapatkan texture yang betul..Maklumlah 10 tahun baru nak buat sekali, memang sah sah lupa skill dan lupa macamana konsistensi bancuhan tu.

Sebelum tu, nak bagi tau, sebagai ingatan kat diri sendiri jugak ni.Maklumlah jarang buat, lelama lupa...bancuhan tepung ni mesti pekat.. tak boleh cair macam bancuh buat sekodok tu. Nanti tak jadi semasa kita nak buat kulit kat dalam kuali nanti. BANCUHAN MESTI PEKAT YE!!!

Kalau nak tahu macamana nak putar kulit tu dalam kuali, blh tgk link ni, yang 10 tahun dulu sis dah tunjuk caranya...
https://jumeezaila.blogspot.com/2010/06/popia-basah.html
Ngam 10 tahun dulu sis buat popia basah.. selepas tu hanya tinggal impian je.. Baru lah hari ni sis buat disebabkan pkp ni. Tapi sebenarnya, sis ni kalau dah start kat dapur ni sis memang enjoy je. Nak nak pulak bila dapat buat kulit ni menjadi cantik je, leka je tangan tu memutar tepung dalam kuali, tahu2 dah habis dah... Rasa nak buat banyak2 je heheheh....tak padan dgn org yang ada cuma 3 ketul je.




Resepi Popia Basah

Bahan-bahan utk kulit:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar cuka makan
1 biji putih telur
3/4 cawan air
sedikit garam
-Bancuh bahan di atas dan perap selama 30 minit
-Selepas 30 minit, panaskan kuali non stick dan ambil sejemput tepung dan pusing dalam kuali. (rujuk blog yang kat atas tu) atau maybe next time sis buatkan video pulak hehehe
-Susun kulit popia bertindan macam dalam gambar.

Bahan-bahan Sambal

2 ulas bawang putih-kisar
1/2 biji bawang besar-kisar
2 senduk cili kisar
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula
garam secukupnya

-Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
-Masukkan kicap, sos cili, gula dan garam. Tutup api dan letak dalam tapis santan utk keluarkan minyak. Ketepikan.

Bahan-bahan isi popia

Kali ni sis buat popia udang.
6-7 ekor udang-buang kulit.
-Panaskan sedikit air dalam kuali. Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika. Keluarkan udang dan potong kecil-kecil.(cincang halus)

1 keping tauhu
-Tauhu digoreng. Angkat dan cincang halus. Sis guna chopper je, senang hancur sekata.

Sayur-sayur. Kali ni sis guna sayur segar. Tak perlu celur atau tumis.
*** biasanya diorang celur. Sis nak rasa rangup sengkuang dan lobak merah.

1 cawan sengkuang-diracik halus memanjang
1 cawan lobak merah-diracik halus memanjang

Bawang goreng
6-7 bji bawang merah kecil. Dimayang halus dan digoreng hingga garing.



Bila dah siap semua bahan di atas, ambil sekeping kulit popia, sapu sambal dan letaklah bahan2 yang lain tu. Gulung cantik-cantik dan siappppp....


#pkpharike51
#menuramadhan
#15ramadhan1441
#rmoday51_covid19
#kitamestimenang

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...