Sunday, 17 May 2020

SAYUR LEMAK LABU dengan CENDAWAN SISIR

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 61 PKP: Hari ke 5 pkp fasa 5
17 MEI 2020: 24 RAMADHAN 1441

hari ni sis memang pilih utk masak menu lauk kampung je. Betul2 menu kampung ni hehehe...
Kita masak sayur lemak pucuk labu dgn cendawan sisir. Cendawan sisir ni sis dah beli entah zaman bila, jumpa dalam peti ais. Sis semai biji labu ni semasa hujung PKP ke 2 hari tu semata-mata target nak masak pucuk labu buat sayur. Alhamdulillah hampir sebulan menunggu akhirnya sis dapat tuai hasil pucuk labu tanaman sis. Nak cari kat pasar memang susah lah nak jumpa kan. Dah alang-alang sis terperuk kat rumah ni, sis semai lah atas tanah yg sekangkang kera ni.

Satu lagi nak cerita, pokok pisang sis ni dah bertahun tanam, tak pernah berbuah. Bila elok je keluar jantungnya, batang dia akan mengecut dan tumbang. Dah macam kena sumpahan je sis rasa. Asyik keguguran je pokok pisang ni hahaha... Sehinggalah 2 minggu lepas sis terkejut, pokok pisang sis mengeluarkan jantungnya. Terpegun sekejap... Yang kelakarnya sis pun x dpat nak cam pokok pisang apa sbb jantungnya nmpk besar. Oleh kerana sis pernah tengok di econsave, sebiji jantung pisang berharga RM4, makanya sis potong jantung pisang ni utk buat hidangan wpun taktau bila nk masaknya. Sis perap la jantung hati ni dalam peti ais selama 2 minggu. Naik lebam jantung ni hahaha. Alhamdulillah..hikmah pkp ni, banyak pulak hasil tanaman sekeliling rumah sis ni mendatangkan rezeki utk sis sekeluarga. Kacang bendi yang sis tanam hari yang sama dgn semai labu pun dah mengeluarkan hasil sejak minggu lepas. 3 hari kumpul dapat la 15 biji.. Lepas la nk masak..tapi masalahnya, sis tak masak nasi hari2... terpaksa la simpan masuk peti. Hari ni je sekali petik dapat dekat 15 biji kot kacang bendi ni...Oleh kerana taktau bila lagi nak masak nasi utk berbuka, makanya sis combine kan menu hari ni..alang2 tema kampung kan.

Kita masak lemak kuning pucuk labu dgn cendawan, kerabu jantung pisang dan ikan masin goreng dgn ketumbar. Untuk resepi kerabu jantung pisang kita ke next posting ye. Sepatutnya pucuk labu tu nak buat lemak putih, oleh kerana dia digandingkan dgn cendawan sisir, sis teringin nak buat lemak cili api cendawan tu..Untuk resepi ikan kering/masin goreng ketumbar blh klik link di bawah ni ye..
https://jumeezaila.blogspot.com/2011/03/ikan-masin-dgn-ketumbar-dan-sup-sayur.html

RESEPI Lemak kuning pucuk labu dengan cendawan sisir

Bahan-bahan
10 batang pucuk labu
1 cawan cendawan sisir-rendam dan cuci bersih

3 ulas bawang kecil
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
segenggam ikan bilis
3/4 kota kecil santan KARA
garam secukupnya

Cara-cara
1. Patahkan pucuk labu dan gosok2 dengan kedua tapak tangan utk buang bulu/duri pada pucuk daun dan batang labu tu. Buat hingga selesai dan baru dibasuh bersih
2. Masukkan cendawan dan pucuk labu dalam periuk.
3. Masukkan bawang, cili padi,  kunyit hidup dan ikan bilis dalam blender. Masukkan 1 cawan air dan kisar halus.
4. Tuang ke dalam periuk tadi. Masukkan asam keping.
5. Hidupkan api dan biarkan kuah mendidih. kaup balikkan sayur supaya masak serata.
6. Masukkan garam dan biar ianya mendidih.
7. Bila dah masak, masukkan santan dan perlahankan api. tunggu kuah menggelegak sekejap dan terus tutup api. Jangan tunggu lama nanti santan pecah minyak, kuah jadi tak cantik dan kurang sedap.




sekali tgk jantungnya mcm pisang tanduk kan...
tp lepas 2 minggu dah nampak mcm pisang nangka

Hari ni je petik blh dpt byk ni..
alhamdulillah kita kongsi rezeki dgn kawan kita




No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...