Hari ni PKP ke 46... Hari ke 4 pkp fasa 4. 9 Ramadhan 2020
Sebenarnya nak buat laksam dah lama rancang, cumanya sis tengah tunggu kejadian taugeh yang sis tanam sendiri menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah..hari ni sis dah tuai taugeh sis yang sangat cantik akan kejadiannya. Puas hati dapat makan hasil tanam sendiri kan. Jadinya hari ni, sis buat laksam yang sangat femes di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dulu, masa kecik-kecik selalu tengok arwah mak gigih buat laksam bila tiba bulan ramadhan. Sis sangat bertuah mempunyai mak yang pandai memasak walaupun detik bersama arwah mak tak lama...iaitu setakat sis berumur 12 tahun je. Tetapi memori itu terpahat di hati lebih-lebih lagi bila tiba bulan ramadhan. Walaupun sis tak berapa rajin sangat tapi, seni memasak tu memang dah ada dalam diri sis ni, yang mungkin menurun dari arwah mak kot. Hehehe...
Cerita nak buat laksam ni, bab kuahnya, ok lagi..tapi kalau bab nak buat isi laksam ni, sis memang ada letih sikit. Tiap kali nak buat, tiap kali tu lah sis menggoogle cari resepi. Cuma kalau tak hati-hati, dapat salah resepi..haussss.... dapat pulak masa dah singkat nak berbuka puasa, lagi parah bila nko takde back up makanan lain..nko rase????? Memang cari nahaslah jawabnya kan.
Maka hari ni, sis tak sempat nak google banyak, utk cari resepi laksam ni dek kerana keterujaan tak habis lagi pasal taugeh sis tu.. Hahahaha... dipendekkan cerita, sis terus pm je kawan sis, yang sis tau dia mmg pakar dalam buat laksam ni. Keberangkalian utk tak jadi tu, tipis lah sikit kan... Ok, resepi tu, sis share kat bawah ni ye...
RESEPI LAKSAM
Bahan-bahan:
2 cawan tepung besar
1/4 cawan tepung gandum
secubit garam
3 cawan air sejuk (dalam resepi guna 2 cwn air panas dan 1 cwn air sejuk)-sis guna air biasa je
1 sudu minyak
Cara-cara:
Campur semua bahan dan gaul sebati.
Panaskan kukusan hingga mendidih. Sapukan minyak pada penutup periuk dan letak dalam kukusan. Kemudian tuang air bancuhan ke dalam tutup periuk dan kukus lebih kurang 5 min sehingga naik gelembung pada adunan yang telah masak.
Angkat dan gulung. Melalui pemerhatian sis, kalau kita gulung panas-panas, adunan tu akan melekit-lekit sedikit. Biarkan sejuk baru gulung.
Ulang langkah hingga adunan siap.
Kuah laksam
500 gram ikan parang (ikan ni je yang ada dlm peti ais)
-rebus dan asingkan isi dgn tulang.
4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukupnya
1 kotak santan KARA
Cara-cara:
1. Kisar tulang ikan dgn air rebusan, tapis dan ambil airnya.
2. Kisar isi ikan dgn air. Masukkan juga bawang, halia dan lada hitam. Tuang ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air lagi. Agak-agaklah ikut kepekatan ikan tu ye.
3. Masukkan asam keping, gula dan garam. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan.
4. Kacau supaya santan tidak berketul. Bila dah masak, tutup api dan sedia dihidang.
Sambal
Bahan-bahan: Cili kering, belacan, dan garam
Ambil cili kering secukupnya. rendam air panas.
Tumbuk dgn belacan dan garam hingga lumat.
Ulam-ulam
taugeh(yang sis tanam sendiri-hehehe)
daun kesum
daun selasih
kacang-sis tak letak
kobis-sis tak letak
No comments:
Post a Comment