Tuesday, 19 May 2020

CUCUR UDANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih cucur udang resepi che mat gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. Untuk resepi asal, blh klik link di bawah ni..
https://www.tiffinbiru.com/2019/09/resipi-cucur-udang.html









RESEPI CUCUR UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast
1 genggam taugeh, dibersihkan, cuci, toskan dan ramas sedikit
10 tangkai daun kucai, dipotong
1 biji bawang besar, didadu
2 cawan air, kurang lebih
1 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang kertas, saiz sederhana
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh penuh

UNTUK SOS SIS IKUT CARA SIS
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
1 senduk cili kisar
5 ulas bawang putih
1/4 keping gula kabung
3 camca kecil paste asam jawa adabi
1 camca teh garam
1 1/4 cawan air
3/4 sudu besar tepung jagung*
4 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CUCUR UDANG :- Masukkan tepung, kucai taugeh. serbuk kunyit dan instant yeast ke dalam besen besar. Masukkan garam dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan senduk. Bancuh hingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat atau cair. 2 cawan air tu tak habis digunaka, tinggal dalam 2 camca besar macam tu. Kacau rata adunan tadi, tutup permukaan besen dengan plastik cling dan biarkan selama 45 minit. Udang dicuci bersih, kerat bahagian muncungnya yang tajam dan juga buang janggutnya. Lap kering udang tadi dengan tissue dapur sebelum digunakan agar minyak tak meletop masa kita menggoreng cucur udang nanti.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan juga senduk mungkum saiz sederhana, tak kesah lah jenis aluminium atau stainless steel, dengan cara merendam dalam minyak panas, untuk 3 - 4 minit. Keluarkan senduk dari minyak panas dan sudukan bancuhan cucur udang ke dalamnya hingga hampir penuh (adunan cucur udang akan naik, pastikan kacau dulu sebelum kita masukkan ke dalam senduk panas tadi). Ambik seekor udang dan lingkarkan atasnya. Tekan sedikit, dan celop senduk berisi adunan cucur udang ke dalam minyak panas. Masak hingga cucur udang boleh ditanggal dari senduk. 
  3. Terbalikkan biar bahagian yang ada udang berada di bawah. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan udang tadi. Untuk sekali goreng che mat buat 5 - 6 biji cucur udang saja. Bila dah masak, angkat, toskan minyaknya dan susun atas dulang yang dialas tissue dapur, biar minyaknya terserap. Hidangkan cucur udang dengan sos cili atau kalau suka boleh juga dimakan dengan kuah kacang.
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar bawang putih dan air, kisar hingga halus. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam periuk, tambah gula dan garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan paste asam jawa, kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil selama 15 minit. Rasa, jika kurang manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung, kacau dulu bancuhan tepung jagung sebelum dituang ke dalam sos. Kacau dan masak hingga pekat. Boleh matikan api, biar sos cili sejuk dan boleh hidangkan dengan cucur udang.




No comments:

Post a comment

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...