Wednesday, 6 May 2020

BINGKA LABU

Assalamualaikum wbt.
Hari ni pkp ke 49, hari ke 7 pkp fasa 4.
12 Ramadhan 2020
Sis nak belanja resepi bingka labu yang sis cedok dari myresepi.com di mana resepi ni adalah sumbangan blogger terkenal chef Hanieliza.
Sis suka resepi ni sbb ianya tidak menggunakan susu. Ada resepi yang guna campuran susu dan santan. Sis ni, kalau bahan berasaskan susu ni, memang kurang sikit lah.. Sis masuk kan resepi kat sini sbb nak dijadikan panduan, bila next time nak buat bingka labu ni..Takdelah tercari-cari google sana sini nk dptkan resepi yang menpati citarasa. Yang bestnya, adunan ni tak besar sangat. Sesuai lah utk makan family ber4 atau berlima. Kat rumah sis ni, yang makannya berdua je..En suami memang tak kawan dgn kuih-kuih manis ni. Jadinya, kita pass kat jiran depan, balas bekas yg dia bagi semalam. Sebenarnya, hari tu sis bg kuih tepung pelita letak dlm bekas pack pluss yg mcm bekas taufufah versi segi emat tu dgn harapan, tak payah le dia nak pulang bekas. Kita taknak susahkan jiran yg kena fikirkan nak bagi apa lah utk pulangkan bekas. Sudahnya, semalam dia bg laksa konon2 nk pulangkan bekas. So, hari ni alang2 buat kuih ni, kita hantar depan rmh sikit. Tapi serius, bingka labu ni sedap.
 Ajom kita terus ke resepinya .

BINGKA LABU
Bahan-bahan:

1/4 biji labu-Kukus dan lenyek labu tu.
(1 1/4 cawan labu yg dah dilenyek)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula(sis guna gula perang, letak 1/2 cawan gula dan keluarkan 2 sudu gula tu sbb xnak manis).
1 1/2 cawan santan kotak(Kara)-sis ambik 1 cawan santan +1/2 cawan air biasa.
Jgn pekat sgt santan tu.
2 biji telur
1 sd teh esen vanila
3 sudu besar mentega cair
1 sd teh garam
minyak utk gris loyang
bijan utk tabur di atas bingka

Cara-cara:
1. Sis basuh labu bersih-bersih dgn kulitnya sekali sis kukus je labu menggunakan periuk noxxa. Stim dalam 12 minit.
2. Keluarkan labu dan kikis menggunakan sudu dan sukat 1 cawan dan lebih lagi dpt dlm 1/4 cawan. Kalau dapat 1 1/2 cawan pun ok je. Lagi banyak rasa labu lagi sedap.
3. Masukkan labu dan santan. Kemudian masukkan semua bahan spt telur, tepung, garam, esen vanila, mentega cair dan gula. Kisar lagi hingga bahan semua sebati.
4. Tuang dalam loyang yang sesuai. Sebelum tu sapu loyang dgn minyak masak. Sis guna loyang acuan cup cake dapat 7 biji dan spring form cheese cake saiz 4 inci.
5. Tabur bijan di atasnya dan bakar api atas bawah suhu 180C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.





No comments:

Post a comment

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...